Aku sekarang mula berjinak-jinak dengan Google Adsense, kononnyalah! Aku harap setiap iklan yang aku pasang kat sini kamu janganlah tengok sebelah mata je.
Google Adsense ni merupakan program kerjasama pengiklanan melalui internet yang diselenggarakan oleh Google. Melalui program pengiklanan AdSense ni, kamu yang telah mendaftar dan disetujui keanggotaannya layak memasang unit iklan yang bentuk dan materinya telah ditentukan oleh Google di halaman web mereka. Kamu juga akan mendapatkan pemasukan berupa pembagian keuntungan dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung blog kamu, yang dikenal sebagai sistem pay per click (ppc) atau bayar per klik.
Tu aku copy dari Wikipedia, jadi sekarang mari kita pasang Google Adsense plak. Kalau kamu memang pengiklan tegar dari Nuffnang atau Adverlets tak perlulah bimbang sebab Google Adsense boleh digunakan sama dalam sesebuah blog.
Html Google Adsense
Aku anggap kamu dah daftar Google Adsense. Dan sekarang kamu perlu ada iklan Google Adsense bersaiz 300 x 250 piksel sebab tu adalah saiz yang paling berpontensi untuk diklik.
google_ad_client="pub-3972933541199121";
google_ad_host="pub-1556223355139109";
google_ad_width=300;
google_ad_height=250;
google_ad_format="300x250_as";
google_ad_type="text_image";
google_color_border="392b1f";
google_color_bg="392b1f";
google_color_link="fefd0d";
google_color_url="ff4e00";
google_color_text="000000";

</script>

Letakkan kod Html Google adsense di bawah kod <data:post.body/>. Sila tukar no google ad client dan google ad pub untuk memastikan itu adalah no akaun kamu.
Pastikan kod Html Google Adsense tu kamu encode kat Centricle dulu (Aku dah highlight).
Memasang Adsense Di Bawah Tajuk Entri
Sponsered
Hari ini Buat Medical Check Up Kat Hospital
Tadi pagi-pagi lagi aku dah ke hospital, hajat hati nak buat medical check up secepat mungkin. Okelah, sesampainya disana aku tengok orang dah berduyun-duyun menunggu macam nak pergi stadium.
Aku dapat tiket no 1049.
Memandangkan bilik hospital tu transparent jadi aku ambil keputusan untuk tunggu kat luar.
Dari pukul 8 sampai pukul 9 seterusnya pukul 10 kemudian pukul 11 dan akhirnya sampai juga pukul 12. Macam haram bila tiket no 1048 terus pergi ke tiket no 1050, 1051, 1052 dan seterusnya.
Ahirnya aku tanya balik doktor dia cakap tak payah tunggu no, tunggu kat bilik ujian mata je. Nak cakap aku salah pun aku memang tak tahu, jadi 10 minit kemudian aku terus masuk ke bilik doktor.
Masa nak buat ujian mata, sumpah tahap kerabunan aku makin teruk.
Doktor : Kamu mungkin rabun jauh atau rabun warna.
Aku : Ala, tolonglah cik.
Doktor : No paling besar pun kamu tak nampak. Kalau no sederhana besar saya masih boleh tolong awak. Habis macam mana kamu belajar sebelum ni?
Aku : Saya duduk meja paling depan doktor. Masa pratikal pun saya masih boleh bekerja dengan baik.
Doktor : Awak mesti selalu main komputer ni. Mesti selalu buka laman web porno ni!
Kemudian aku tak lepas ujian mata, jadi dia suruh aku datang kembali kat hospital setelah aku dah buat cermin mata. Macam-macam kelentong tapi tak mujarab hari ini.
Jadi aku ke bilik seterusnya, bilik ujian x-ray dada. Seterusnya aku diarahkan untuk membuka baju. Nasib doktor perempuan tua bukan doktor perempuan muda.
Aku : Doktor, saya malulah. (tersengih)
Doktor : Nak malu apa? Kat rumah pun kamu bukan berbaju pun. Kalau malu boleh bogel ya!
Aku pun apa lagi, sepantas kilat menanggalkan tali pinggang.
Doktor : Eh! Eh! Jangan bogel.
Aku : Mana bogel, saya nak ketatkan seluar je. Tau takut!
Akhirnya aku berjaya menjalani ujian x-ray. Aku bukan malu sebab tak pakai baju tapi lupa nak cukur bulu ketiak. Haish.
Sesampainya aku ke bilik ujian gigi aku jumpa kawan lama aku. Dulu dia nerd tapi sekarang sudah berjaya jadi pembantu doktor gigi. Doktor perempuan muda-muda pun ramai, salah seorang mengenali aku tapi saja tak nak layan.
Akhir sekali aku pergi ke bilik ujian air kencing. Seronok betul aku kencing dalam bekas, rasa nak pancut penuh takat bekas je. Haha.
Esok lusa aku nak buat cermin mata, doakan aku supaya tak nampak pelik bila bercermin mata nanti.
Mengawal Jumlah Label Count Pada Label
Aku tak tahu berapa banyak label yang aku ada, mungkin beratus-ratus label aku ada rasanya setakat ini. Jika aku paparkan ia sebagai widget disidebar sudah tentu ia menggunakan ruang yang besar bukan? Aku bukanlah seorang yang suka membazirkan ruang blog, dan ini mungkin tidak seronok untuk dipandang oleh penggunjung blog kamu.
Bagi pengguna Wordpress mereka mungkin bertuah kerana sudah ada label dan tag pada blog mereka. Mereka boleh meletakkan seberapa banyak tag dan dalam masa yang sama mereka hanya perlu memaparkan beberapa label saja pada widget label mereka. Bagi pengguna Blogspot pula mereka tiada tag dan hanya bergantung pada label untuk menguatkan Seo mereka.
Kali ini aku ada tip untuk memaparkan hanya label yang memiliki jumlah yang banyak saja untuk dipaparkan. Jadi jika kamu banyak label yang berjumlah 1 maknanya kamu boleh sembunyikan kesemuanya. Jadi sudah tentu ia menjimatkan ruang blog kamu bukan?
Html Label Count
Pertama sekali kamu kena buang kod Html label count asal yang berada dalam templat kamu. Lain templat lain kod, jadi sila search dengan teliti.
Pastikan kamu tick pada Expand Widget Templates dulu.
<b:if cond='data:blog.url == data:label.url'>
<data:label.name/>
<b:else/>
<data:label.name/>
</b:if>
(<data:label.count/>)

Kemudian gantikan dengan kod Html label count yang baru.
if (<data:label.count/> > 2) {
document.write("
<data:label.name/> (<data:label.count/>)

</b:loop>
Tak kisahlah kamu guna widget label dari Blogger, widget label cloud dari Phydeaux3 ataupun widget label cloud blogumus dari siapa entah tapi rasanya semua kod Html label countnya sama saja.
Kamu juga boleh tukarkan label 2 kepada angka yang lebih tinggi untuk meminimumkan jumlah label yang hendak dipaparkan pada widget.