Follow MarzukiJalil on Twitter

5 Pekara Yang Aku Suka Tentang Hari Raya Aidilfitri

Memandangkan aku tidak sempat menceritakan pengalaman menarik aku ketika berpuasa ketika kanak-kanak, maka aku akan tunda hingga ke tahun hadapan (ayat poyo). Aku tahu kamu suka akan Hari Raya Aidilfitri, aku pun sama. Maka tidak eloklah kita bermasam muka sesama ahli keluarga dan sahabat handal.

Atas kelewatan itu, aku cuba berkongsi dengan beberapa pekara yang aku suka tentang Hari Raya Aidilfitri. Aku tahu setiap kali menjelang raya mesti kamu ada pekara yang kamu suka atau tidak suka ingin kongsikan. Dan semua pekara ini akan terus berulang dari tahun hingga ke tahun seterusnya bukan?



5 Pekara Yang Aku Suka Tentang Hari Raya Aidilfitri :

01. Kerepek Ubi Pedas
Kerepek ini merupakan makanan feberet aku, kalau tak ada kerepek ubi pedas memang gersang perut aku. Tahun ini abang aku sudah tempah 5 bungkus besar kerepek pedas, kalau kuih raya tak ada pun aku tak kisah.

Semasa entri ini ditulis, aku sedang makan kerepek ubi pedas. Rasanya sangat sedap dan nikmat.

02. Biskut Almond London
Aku masih ingat, biskut Almond London pernah dipekenalkan oleh kakak ipar aku 5 tahun lepas. Waktu itu di belum berkahwin lagi dengan abang aku, dan dia memberi biskut itu kepada mak aku setabung. Aku dapat biskut itu lantas aku habiskan pada hari raya pertama itu juga. Sejak dari itu aku terus menunggu biskut dari air tangan kakak ipar aku hingga sekarang.

Selain itu Suhaila ada juga memberi aku biskut Almond London Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, sedih rasanya bila aku rasa macam hangus sikit. Macam biasa, mak aku habiskan. Tahun ini tak ada biskut raya dari Suhaila, sedih.

03. Tapir
Tapir juga dikenali sebagai Tapai oleh masyarakat bandar. Untuk membuat tapai pantang bagi mak aku diganggu dengan bunyi bising. Pendek kata, jangan bercakap langsung ketika kerja-kerja membungkus tapai ke dalam daun dibuat. Kalau tak dengar pantang dia, kononnya tapai itu menjadi tidak sedap, tawar atau cepat masam. Dengan niat jahat aku pun apa lagi terus pasang MP3 Meet Uncle Hussein kuat-kuat. Berapi mak aku marah aku, tapi tapai itu sedap juga jadinya.

Orang yang paling otai dalam membuat tapai sudah tentu nenek aku, dia buat tapir lagi sedap dari mak aku. Kalaulah mak aku terbaca entri ini, alamaknya pasti aku kena sula dari belakang ni.

Biasanya tapir dibungkus menggunakan daun jambu laut, tapi tahun ini abang aku terasa mahu tapir dibungkus dengan daun getah. Sesiapa yang mahu mencari daun getah boleh mencarinya di tepi Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.

04. Takbir raya
Takbir raya membuatkan hati aku hiba setiap kali mendengarnya, oh.

05. Mercun, Bunga Api, Pelita Buluh Dan Meriam Buluh
Ini adalah elemen wajib untuk kanak-kanak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Boleh kamu bayangkan apabila semua elemen ini tiada? Jika kamu benci akan mercun atau meriam buluh, sila jangan benci aku. Jika kamu bermain sendiri ini semua, pasti kamu menyukainya. Apa yang penting, tutup telinga semasa mercun dinyalakan atau meriam buluh diletupkan.

Peristiwa paling yang aku tak boleh lupa ketika aku melontar mercun bola ke dalam tandas belakang rumah aku. Itu bukan tandas persendirian, tapi perkongsian penduduk kampung. Tanpa niat, mercun meletup dalam mangkuk tandas dan segala tahi-tahi didalamnya terpecik ke dinding tandas. Dalam masa yang sama ada seorang pakcik mahu membuang air besar, dan aku rasa kamu boleh bayangkan apa pakcik itu menyumpah kat aku semasa melihat kejahatan aku.

Sebenarnya banyak lagi pekara yang aku suka tentang Hari Raya Aidilfitri, tapi itu tidak sehebat 5 pekara yang aku sebutkan ini. Kalau boleh aku nak sambung mengenai duit raya, lagu raya, sate, ketupat, nasi minyak, rendang dan pelbagai lagi pekara tapi aku mengantuk.

Seterusnya aku akan tag topotato, sickchild72, stfueatmyshort, fwzynn dan queen911.

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

21 comments :

Eriyza said...
Awat takbir raya jatuh di tangga keempat??
Huhuhu!!! :p
Marzuki said...
Eriyza, ianya disusun secara rawak. Dan kerepek dimakan sebelum raya lagi, haha.
topo said...
jadi tag pon best gak ni.. ohohoo
Jackster® said...
haha no5 tu xle bla
cato;patchi said...
bontot pakcik tu meletup tak? haha
paan said...
citer pasal jamban tue memang tak boleh tahan la.hahaha
Marzuki said...
topo, memang tag pun. Hehe.

Jackster®, rahsia kita seblogger je.

cato;patchi, dia berak dengan perasaan hiba.

paan, tak dapat nak bayang. Haha.
farah aminuddin said...
bestnya..suke kerepek ubi pedas.. thn ni xdpt makan!! waaa
sickchild72 said...
hahhaha. bongek.
aisyahkama said...
haha... apelah sejenis lucah sgt belog anda ini? same here... suka makan kerepek pedas. besh woo! selamat hari raya. jgn romen mercun. ingat org tersayang... haha
Marzuki said...
farah aminuddin, sangat sedap dan nikmat.

sickchild72, ko plak bengok.

aisyahkama, apa yang lucah? Otak kamu mungkin kekuningana. Haha, selamat raya juga.
eatmyshort said...
wahh..mesti dpt idea tulis post nie masa mkn kerepek ubi pedas tu kan?
hahaha
syah saliman said...
haa.kerepek ubi pedas ni aku tak suke.pedasss.

aku kalau raya,suka kerepek ubi kering tu je.usually dia salty sikit tp sedap la.kerepek ubi pedas kene tgk siapa buat.sebab setengah org kerepek ubi pedas dia buat,x sedap.

sorri kepada peniaga kerepek :)
Aini, Aqila said...
eeeiiiyyyeeewww!! no 5 tu, aku tak dapat bayangkan kalau taik melekat-lekat kat dinding.. yak yak yak yak! gila sedih berak! haha..
Marzuki said...
eatmyshort, betul betul betul.

syah saliman, haha. Pedas itu sedap.

Aini, Aqila, haha. Nasib masa tu xda handycam.
nurain said...
sesungguhnya kerepek ubi pedas mmg seap..tidak syak lagi..namun setelah memakannya..kita perlu berhati2 kerana akan kedengaran bunyi2an yg tidak menyenangakn..pret..pret..or proooott...lebeh kurang la~
Marzuki said...
nurain, yeke? Aku tak pernah pun pret pret prooot. Hehe.
cikyuyu said...
kerepek Ubi pedas; aku amat ske jgk! tp maap KAWAN, raya thn ini kerepk ubi TAK ADA dlm senarai kueh raye aku. nnt aku suruh kamu beli n mkn sekalik untuk aku. HAHA

Biskut almond london; biskut aku tuh,! Aku g raye akan mkn bskut itu shaja.. Jika TIADA..? aku diam jerk. nnt suh SUHAILA not SUHAIDA wat untuk aku sekalik! xayh bg untuk kamu. bguih.?

Tapir; aku SANGAT tidak suka makanan ini!ia sgt manis..

Takbir RAya; aku SUKE. AKu suke.. Aku suke! ia sgt syahdu apabila kita menhayatinya. ooh!

Mecun blaa blaa; BABI jer mnde ini! Ak bnci sgt.. coz aku pernah kne MAKI dgn PAkcik kat umah aku sbb ade org bodoh mne men! tp aku yg kena. Smpai skg spe men mercun! aku akan mencarut. babi bngong!

jamban.? natang pew juki cap ayam.!
SyaFia said...
stailllll wahahaha.. cantik gila isi karangan ko neh.. aku suka bahagian tapai tu..
bulan.ke.bulan said...
hurm kerepek ubi pedas tu bila2 pon leh dpt kn?
tp kan.. prinsip mak kamu utk buat tapai tu serius mcm prinsip mak ngah aku.org mane ye mak dan nenek kamu tu ye?
oding aminudin said...
halo, saya tertarik dengan tulisan anda, terima kasih sebelumnya. oding aminudin. bandung, indonesia.

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>