Siapa aku? Oke, panggil saja aku sebagai Marzuki walaupun aku ada banyak nama. Ada orang panggil aku Micheal Jackson, Jehan Miskin, Nabil Mentor, Adibah Noor, Siput Serawak tapi aku harap kamu abaikan sajalah ya!
Aku lahir pada tahun 1987, kamu kira sendirilah berapa umur aku ya? Aku ada seorang budak politeknik yang mengambil jurusan Elektrik dan Elektronik, sila jangan tanya aku kenapa aku minat tulis blog.
Tinggal di Dungun walaupun lahir di Kuala Terengganu, seorang anak yatim dan membesar bersama keluarga angkat. Aku nak kata miskin tak adalah sangat dan nak kat kaya pun tak adalah sangat. Raya nanti jemputlah datang rumah oke!
Hobi
Sudah tentu aku suka melayari internet, terutama sekali blog. Macam-macam maklumat aku dapat melalui internet, tanya apa saja semuanya hanya dengan satu jari saja aku menjawabnya. Oh! Bunyinya macam sombong. Sebenarnya aku cuma nak cakap kalau malas kamu mungkin akan ketinggalan, jadi belajarlah macam mana hendak mengoggle dengan betul.
Lain-lain aku suka pergi dating dengan Suhaila, main game Guitar Heroes kat Playstation 2 dan kacau mak aku tidur malam. Kalau rajin aku akan mandikan Snowy, basuh motor memang jarang sekali.
Suka / Tak Suka
Aku suka makan, aku suka tidur dan aku suka berak. Tapi aku tak suka mandi.
Filem / Anime
Kalau cakap pasal filem aku suka filem The Lord Of The Ring, paling tak tahan aku suka tengok aksi Legolas. Tapi aku bukan gay ya! Filem Spiderman juga merupakan filem feveret aku, pernah aku berangan nak jadi macam Peter Parker kalau terkena gigitan labah-labah. Lain-lain aku suka filem lakonan Arnold Schwazenagger, Sylvester Stallone, Van Damme dan Jackie Chan walaupun mereka dah tak releven untuk zaman ini.
Kalau anime aku pilih anime Naruto, Naruto Shippuddin, Afro Samurai, Detectif Conan dan Slam Dunk. Aku tak suka Bleach, jangan paksa aku tengok tau!
Penyanyi
Memandangkan banyak sangat penyanyi solo atau kumpulan yang bercap ayam, aku tak boleh nak jadi peminat tegar mereka.
Aku suka Beatles, Oasis, Strokes, System Of A Down, Red Hot Chili Peppers, Blur, Aerosmith, Jason Mraz, Fall Out Boys, Pretty Ugly, Meet Uncle Hussain, Yuna, Blink 182, Weezer, Eminem dan macam-macam lagi. Selain itu aku juga dengar Metallica, Linkin Park, Butterfinger, Coldplay, Scorpion, Laila's Lounge, Estranged, Greenday, Hujan, Katy Perry, King Diamond, Nirvana, Offspring, Good Charlotte, Couple dan pelbagai lagi.
Tak semua lagu-lagu mereka aku dengar, terima kasih.
Status
Telah mempunyai teman wanita bernama Suhaila dan masih kekal bersamanya. Sebelum ini pernah berkapel dengan Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Zaiton Sameon, Diana Danielle dan Janet Jackson. Kalau tak silap kami kapel pada 15 Mac 2007. Akan bernikah bila masing-masing dah dapat Ijazah walaupun terpaksa lanjut usia menunggu.
Pernah berjanji dengan Suhaila nak dapatkan 18 orang anak, itu pun kalau ada jodoh.
Penutup
Terima kasih kerana membaca.
Tentang Aku
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













Shared
14 comments :
saya mmg minat blog tpi cume bhwase ye sy nie kurang care utk mahir dlm menambah o etc ttg blog.
cmne ek..nk wat tab 'profile' cam anda nih.means leh kendali cam wordpress.
biar sye jelaskan. klu kat wordpress kan ade tmpt 'pages' jdi kat c2 la tmpt sye leh wat profile. tpi kat dlm blogspot sye, ade top tabs then de ty URL tpi klu cm2, mst sy tauk link yg bukn pergi ke profile pages yg sye nk.
cth cm anda puya, ade profile. tekan kat tab tu the profile ye url website nih jugak cume yang ade ttg anda je.
saya harap anda faham ape yang cube saya katakan.
jd sy harp anda dpt ajar sye.mcm mane nk selesaikan prob nih.
kretif2..
er..kenapa amek gmbr kasut?
tak cukup... i want more~ hahaha
Adakah pilihan untuk mendapatkannya secara percuma?
Arahan 01 suruh guna bahasa Melayu yang betul, letih ler camni weh!
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>