Follow MarzukiJalil on Twitter

7 Alat Permainan Klasik Aku Dulu-Dulu

Bagi seorang kanak-kanak normal mereka tidak boleh dipisahkan dengan alat permainan. Seingat aku ketika kanak-kanak dulu, aku rasa ada 3 bakul koleksi alat permainan aku. Memandangkan aku mempunyai 2 orang abang, koleksi mereka juga diwarisi oleh aku. Aku ketika kanak-kanak dulu memang kurang bersosial, mungkin disebabkan tiada kawan yang sebaya umur. Kalau ada pun ramai kanak-kanak perempuan, tapi aku tak sertai. Tak kan nak main masak-masak atau anak-kan (patung kertas yang memakai coli dan seluar dalam)?



7 Alat Permainan Klasik Aku Dulu-Dulu :

    01. Slinky
  • Pernah dengar tentang Slinky? Aku pun tak tahu alat permainan yang aku pernah bermain dulu namanya Slinky. Di Kuala Terengganu dulu kebiasanya setiap tahun akan ada sambutan 'main pantai' dan Slinky amat popular ketika itu. Aku dan Wati (sepupu perempuan) ada membelinya satu Slinky masing-masing dan hanya alat permainan itulah aku mainkan setiap hari. Walaupun cara bermainnya nampak membosankan sekarang tapi ianya nampak seronok ketika kanak-kanak. Sekarang pun aku lihat ada lagi Slinky, cuma kualiti warnanya seakan pudar tidak seperti zaman aku kanak-kanak dulu. Boleh dikatakan kualitinya sudah berkurang.

  • 02. Ding Dang dan Tora
  • Boleh dikatakan mak aku memang kerap membeli alat permainan kepada aku, walaupun sekadar alat permainan Tora, Ding Dang dan Jojo (rasanya) tapi itu sudah menggembirakan aku. Makcik yang menjual alat permainan itu pun masih hidup lagi aku tengok, tapi tak tergamak aku untuk membelinya lagi. Setiap hari khamis ayah aku wajib memberi aku duit belanja rm2 kepada aku dan duit itulah yang aku belanjakan. Sebelum membelinya mak aku selalu menyuruh aku menggoncangkan kotaknya, jika ianya berat peluang untuk aku mendapatkan patung Batman adalah cerah. Aku pernah dapat patung aksi figura Batman yang boleh dikatakan berkualiti, tapi sekarang aku tengok hanya alat permainan tak berkualiti sahaja seperti puzzle, key chain dan banyak lagi. Kalau nak tahu beli sendiri ya.

  • 03. Pistol/Senapang Mainan
  • Pistol air juga adalah alat permainan yang sangat berkesan bagi aku untuk mengingati zaman kanak-kanak aku dulu. Setiap petang mak aku selalu menyuruh aku mandi jika jam sudah pukul 6. Apa lagi, kena tembak la mak aku sampai basah. Pistol yang menggunakan peluru pelekat juga aku pernah main, pelurunya aku jilat dan bila ditembak akan melekat dipermuakaan yang berkilat contohnya cermin muka, cermin televisyen, cermin lori dan dahi abang aku. Senapang, ini adalah alat permainan kesayangan aku terutama sekali yang berwarna biru. Aku sebenarnya mempunyai 2 laras senapang mainan, berwarna biru dan hitam. Apabila ditarik picunya akan berbunyi bisinglah ia dan akan ada percikan api ditepi senapang. Aku rasa mahu tembak je semua orang kampung.

  • 04. Plaster sin
  • Aku tak tahu kanak-kanak lain panggil apa, kalau orang kaya mereka lebih sukakan plaster sin berjenama Play-Doh. Bagi aku kalau murah pun tak kisah asal boleh main. Biasanya plaster sin mak aku beli sebelum raya, ini mungkin bagi mengelakkan aku bermain acuan kuih raya. Selepas seminggu, plaster sin aku beli tadi akan mula menggeras. Nampaknya terpaksalah aku menjemurnya ditengah sinaran cahaya matahari, atau jika mahu lebih cepat lagi boleh menyalainya di atas dapur. Berbeza dengan plaster sin berjenama, kualitinya akan kekal walaupun ditinggalkan dalam masa yang lama.

  • 05. Kowada
  • Sama seperti plaster sin, aku tak tahu kanak-kanak lain panggil apa untuk alat permainan itu. Kowada yang berjenama Lego merupakan pilihan ramai kerana kualitinya lebih tahan lama. Kowada yang gunakan dulu lebih baik kualitinya walaupun murah berbeza dengan kowada sekarang. Anak saudara aku ada satu kowada berjenama Lego, ayah dia beli dalam harga rm60 kalau tak silap. Sempat juga aku tumpang bermain bersama dia, satu lagi perbezaan yang aku tengok adalah bongkah-bongkahnya lebih banyak pilihan. Dan kowada yang lebih popular dari Lego tentu sekali dari edisi Star Wars, Harry Potter dan NASA.

  • 06. Patung Aksi Figura
  • Ketika itu abang aku yang banyak mengumpul patung aksi figura, yang pasti mereka sangat sukakan superhero seperti Optimus Prime, Megatron, He-Man, Batman, Superman, Spiderman, Kesatria Baja Hitam, Gaban dan lain-lain lagi. Tapi aku hanya minat sebahagianya, mereka lahir lebih awal antara 8 hingga 10 tahun lebih dari aku dan memang patut itu hero kesayangan mereka. Aku pula lebih tertumpu dengan superhero seperti Ultraman, Power Rangers Mighty Morphin dan lain-lain lagi. Selain patung aksi figura yang dipengaruhi dari watak superhero, watak kartun, askar dan koboi banyak juga aku milikki. Aku rasa patung aksi figura adalah alat permainan yang paling diingati sepanjang kehidupan kita walaupun sudah bergelar ayah.

  • 07. Video Permainan Konsol
  • Aku tak tahu sejarah video permainan konsol, kalau tanya abang aku mungkin dia tahu. Tapi sayangnya dia tak ada akaun Blogger mahupun Wordpress untuk menceritakanya. Abang aku pernah membeli satu video permainan konsol yang setaraf seperti Playstation 1 ketika awal diperkenalkannya, namanya Nintendo (rasanya). Katrij permainannya dalam lingkungan harga RM40 - RM60 sekeping, ketika itu harganya sudah cukup mahal. Katrij permainan seperti Contra, Mario, Pac Man, Donkey Kong dan Street Fighter merupakan katrij permainan yang paling seronok dimainkan. Kini video permainan konsol itu sudah tersimpan dalam kotak, mungkin itu kenangan terbaik antara kami adik beradik.

Sebenarnya masih banyak alat permainan yang aku ingin senaraikan, tiba-tiba perut aku sakit. Oleh itu aku berhenti setakat ini, dan kamu boleh kongsikan alat permainan kamu diruangan komen.

23 comments :

mrblind said...
mainan aku masa kecik2 x de macam ko..
aku main lastik, gelang getah, dan yang paling best aku suka kacau budak pompuan..erkk..tu mainan ker?
alif-mikail said...
wa.. sudah curik koi punye idea.. macamana ni.. pancit le lagu ni!
pjoe said...
main plastersin buat belalai gajah
best kan?
paan said...
kecik-kecik aku tak main...asyik belajar jer...hahahaha.poyo tak??
shaxx said...
aku main satu kayu yang kat hujung dia ada tudung tin milo yg dilekatkan dgn paku. pastu aku tolak ke mana2... best... itu yg aku main mass kecik2 dulu... dan x de dalam list ko...
coffee.and.sugar said...
salam
@tune® said...
aku pernah mempunyai ding dang dan hampir kesemua diatas...tp...main slinky leh mengkhayalkan and kalau ade skill lg syiok!
kumbangkecil said...
boleh link kamu?
n y s a a said...
hey, i da link u lah. :)
bdw,those are my fav toys jugak mase kecik2 dulu.
Mr. Azman @ Kreuger said...
muahahaha... aku dulu suke Dendang & tora,
tapi tora mahal skit. RM1.00 kalau dendang baru
RM0.50... tapi mainan tora lagi best...
dendang ni... kekadang cikai je mainan die.
Kekadang tuh ulan-ulang dapat mende yang sama.
ekekeke... tapi jajan yang best antara tora &
dendang... sure laa tora.. sebab die mahal..
cokelat die kire sedap la skit. Dendang ni
selalu masuk angin ar...

Kreuger®
KNizam said...
ko tak merasa main batang aiskrim ek ? hehe
Marzuki said...
mrblind, itu baru sseparuh.

alif-mikail, macam ini pun ada. Haha.

pjoe, aku buat bontot gajah.

paan, belajar apa? Bahaya.

shaxx, macam pelik je bunyinya. Ada gambar tak?

coffee.and.sugar, salam.

@tune®, aku rasa slinky aku masih berkeadaan baik. Boleh buat pameran nanti.

kumbangkecil, boleh.

n y s a a, kenapa dulu kamu tak nak bermain dengan aku?

Mr. Azman @ Kreuger, coklat tu buang ya.

KNizam, merasa. Macam orang gila duk beli aiskrim kumpul.
Princess Azi said...
weh aku pun suke gile maen plastisin
bapak aku belikan aku banyak plastisin dulu.
hehe

haiyo teringat plak zaman kanak2...
rindu~ :D
~mademoiselle hana~ said...
haha..ding dang ngan tora...
jojo x main?
jojo paling mahal..kottak kaler pink purple..heha
Marzuki said...
Princess Azi, memang seronok. Itu kenangan yang sangat berharga.

~mademoiselle hana~, lupa. Rasanya pernah kot.
lelaki melayu said...
kecik2 main PS2 larikkkkk!!!!!!!!

Masa mike kecik dulu. Mike idak ler ada nyer alat permainan. Pasal keluarga susah. slinky pon aku dpt dari sepupu. psal dia dah jemu main. sekarang masih simpan lagik. Biasa aku dapat alat mainan masa aku pi tikam2 kat kedai. dapat simpan. hahaha...
tazz said...
rindunye dekat slinky..huhu
noval said...
wah mainannya sama dong bang saya juga minan gitu dulu :D
feera.zain said...
saya suka slinky!!!! hahahaha.mesti nak yg kalerfulll punya.muahahaha
EM AN said...
teringat masa kat sekolah dulu aku suka main pemadam dengan pen dan pensel yang ade grip.
lawan golek-golek kan sampai jatuh meja.
sapa jatuh dulu dia kalah.
perghh, tersengih teringat balik :)
Diloz said...
main menda ni cepat busan!
j_hafiz said...
mainan orang kaye tu... ki,kamu anak org kaye ke? igtkn kamu maen woh getoh, jetik getoh, polis entry, n cepi(tudung botol). xberapa klassik r maenan kamu itu.. :P
Onetrg07 said...
oh bahagia nya zaman dulu..aku plak minat maskman,flashman,ultraman,cybercop 2 citer zaman dulu2.aku ske main pistol tembak2 yg peluru gulung hadiah arwah tokki aku.fuh rasenk nangis.lagi ding-dang,tora,plastesen,feveret aku lepas balik tadika semestinya bukak tv lyn ngan abg aku.cter yg aku tgk seperti diatas.kenape skang ni x de citer2 2..aku rinduu..

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered