Masa ini aku tingkatan 6 bawah, dan aku masih pergi sekolah dengan berbasikal. Aku berbasikal dari rumah aku hingga ke rumah nurain, manakala aku berjalan kaki dari rumah Nurain hingga ke sekolah. Jaraknya hanya 1 kilometer sahaja, kalau pecut hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sebab utama aku tak terus berbasikal hingga ke sekolah kerana aku adalah salah seorang jejaka paling hensem dan terkenal dalam sekolah itu. Aku sangat takut populariti aku hilang kerana aku sorang pelajar yang sentiasa kontrol macho (itu cerita lain) sebab berbasikal apa kelas? Kalau kamu tak percaya sila telefon pengetua sekolah aku sekarang sama ada aku hensem atau tak.
Hari itu macam biasa aku balik dari sekolah untuk mengambil basikal dengan berjalan kaki bersama dua kawan aku yang namanya Nurain dan Norli sebelum memecut balik ke rumah. Nurain mempunyai kekurangan berat badan sama seperti aku, semua orang menggelarkan dia angsa. Seorang lagi namanya Norli, dia pula mempunyai gigi yang rongak sama seperti aku, semua orang memanggilnya rongok. Aku bertuah bila tiada siapa memanggil aku angsa ataupun rongok.
(Maaf, aku bukan seorang jurugambar. Selepas terkena kejutan elektrik tangan aku terketar-ketar apabila memegang kamera)
Sebelum balik ke rumah aku biasanya lepak dulu di rumah Nurain, macam-macam kami sembangkan. Tiba-tiba aku terlihat seorang awek yang baik punya yang baru balik dari kedai sedang bermotorsikal Yamaha Nouvu. Memandangkan aku memiliki mata yang rabun, aku terus menyuruh Nurain minta nombor telefon dari awek yang baik punya tadi sebab aku ingin berkenalan.Nurain : Kamu nak nombor telefon adik dia atau kakak dia?
Aku : Adik dia atau kakak dia lawa?
Nurain : Dua-dua lawa.
Aku : Nak dua-dua.
(Sebenarnya rumah Nurain bertentangan dengan rumah awek baik punya itu.)
Esoknya dapatlah aku sekeping nota yang tertulis nama 'Suhaila' dan nombor telefon '5898'.Aku : Ini nombor adik dia atau kakak dia?
Nurain : Kakak dia.
Aku : Lawa tak?
Nurain : Lawa macam Ellen Page.
Aku : Woo Hoo... Kalau tak lawa siap kamu.
Gembira hati aku memang tak terkata hari itu sebab aku juga dapat beberapa keping gambar, setiap masa gambar dia dibawah bantal aku. Mulai hari itu kami saling menghantar mesej tapi niat aku hanya untuk berkawan dengan dia sebab masa itu aku dalam proses berpisah dengan cinta ketiga aku, namanya Fatihah (itu cerita lain).
Waktu ini juga aku sudah mendapat tawaran ke Politeknik Yang Namanya Terpaksa DiRahsiakan (PYNTDR) dan sayang sekali aku tidak dapat menghabiskan pelajaran aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Entah (SMKE). Beberapa minggu kemudian barulah ayah aku membeli sebuah motorsikal Yamaha Lagenda yang merupakan motorsikal idaman aku ketika itu. Setiap petang aku akan lalu-lalang didepan rumahnya memandangkan politeknik dan rumah aku hanya satu daerah.
Lama kelamaan aku makin sayangkan Suhaila dan dalam masa yang sama aku baru mendapat tahu yang dia baru sahaja mempunyai teman lelaki baru. Yang pasti aku sudah terlambat, sangat sedih bukan?
Akhirnya malam itu aku berterus terang kepada Suhaila bahawa aku sudah lama memendam perasaan kasih dan sayang kepada dia. Akhirnya aku mendapat lampu hijau dari dia, katanya dia juga punyai perasaan yang sama tapi dia malu untuk meluahkannya. Untuk memendekkan cerita, dia melepaskan teman lelakinya sebab dia pun tak tahu mengapa dia menerima tawaran untuk menjadi teman wanita kepada lelaki itu dan baru aku tahu dia hanya berpasangan baru seminggu. Masa itu aku jahat lagi, yang penting aku dapat Suhaila dan banyaklah ayat-ayat cinta aku gunakan. Kalau difikir-fikirkan jahat juga aku, mungkin lelaki itu sudah membunuh diri agaknya.
Kini, aku sudah jadi teman lelaki dia dan dia sudah menjadi teman wanita aku.
Cinta Keempat Aku, Namanya Suhaila
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













Shared
25 comments :
boleh uat novel cinta nie..heheh
[ayat di atas penuh dengan nada gurau senda dan tidak serius, harap maklum]
gua syak ayat lu mmg manis.
ha ha!
nama adik aku suhaila gak
adik aku awek ko ke?
smuga bahgie la yek..
"kami mau powerrrr"
:)
waa,aku mawu gabo kamu bedua la juki..
anyway,nape la cnta ke3 ko cantek bebeno..
wakakak..
.:CiK ArA:., terima kasih.
Jackster®, sekadar menyedapkan cerita. Mungkin ada lebih atau kurang.
DarabDua, haha.
farah sr, haha.
Ynn Ainul, rugi bukan?
mrblind, akan datang.
nurain, haha.
QueeN, 0987654321.
noheartfilin, daftar dulu jika mahu berguru.
shaxx, shhh...
cik kedondong, sudah makan ubat?
Extremist Thinker, tadi baru lepas menelefon dia.
cybernetics mind, haha.
chepsmore, tak. Haha.
Eriyza, huhu.
menarik!
btw.
saya da link kamu.
makasih yach!
XD
http://dunlopillow.blogspot.com/
hahaha... klakarlah pa nie. tapi skarang da takder kot cerita cinta yakuzen macam tue. da insaf nie, ekekeke... jangan lupa untuk pelajaran baru nanti yerk. sayang pa, mmmmmuach!!!
kalau dah suhaila tu time dgn 'ORG LAIN' die buat camtu...tak mustahil ko akan rase ape yg 'TEMAN LELAKI' die dulu rase...ditinggalkan tanpe sepatah pun explaination dari die...
aku kenal die la...
n ko jgn ingat aku tak kenal ko..
anonymous, duit motor? Bila masa aku buat bayar motor? Semua duit bapak aku tanggung, huhu. Gaduh apanya? Yang nak bergaduh pun kecut perut, last-last pegi minta maaf dengan aku kat Terengganu tu apa kes? Takutnya aku, auwww.
Suhaila, haha. Pening pa layan anonymous banyak sangat ni.
Anonymous, aku tak sudi nak kenal sesiapa. Tumpang tanya, tak tutup buku lagi ke?
saya da terang satu satu pada wan naper saya clash ngan dier,
dier boleh jerk faham saya.
takder nak dendam macam awak pom.
sebelom saya capel ngan wan pom, saya ader cakap ngan dier "ella tak boleh nak jatuh cinta ngan wan",
tapi dier cakap tak kesah asal saya sudi tima dier untuk seketika...
so, nak salah kan saper?
awak penah hilangkan diri time, saya takder tempat nak mengadu, nak gelak sama sama,
so awak nak hukum saya???
saya kenal awak, awak pom kenal saya...
saya merayu jangan seksa saya...
awak yang mulakan segalanya...
maafkan saya.
ko rampas dye dri aku gak...
hehehe...
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>