Follow MarzukiJalil on Twitter

Kalau Jadi Minggu Depan Aku Mula Bekerja

Kawan aku yang pernah meminjam PS2 aku dulu ada menelefon aku waktu maghrib tadi, nama dia Hafiz. Katanya tempat yang dia bekerja dulu ada projek baru nak jalan, dan dia ajak aku sertai kumpulan kerja dia. Biasanya 3-4 kumpulan diperlukan untuk jalankan kerja-kerja ini, memang bagus sebab nampak bersistematik. Kalau jadi minggu depan aku mula bekerja, tapi ini masih bukan kerja tetap. Ada projek aku kerja, tak ada projek aku tidur.

Projek apa ni? Sebenarnya projek ini membabitkan aku untuk membuat pendawaian elektrik. Tapi tempat kerja baru ini lebih ke arah pemasangan, maknanya untuk aku membuat pendawaiaan tidak banyak dilakukan. Tapi bagus juga, peratus aku terkena kejutan elektrik juga amatlah rendah. Masa aku pratikal dulu rasanya banyak kali aku terkena kejutan elektrik, nikmat betul rasanya. Tapi kali ini aku mahu berkongsi dua cerita sahaja.



    01. Kejutan Elektrik Pertama
  • Masa ini aku ditugaskan untuk menukar lampu jalan disekitar bandar Dungun. Aku lupa sama ada aku tukar untuk hari raya aidilfitri atau untuk tahun baru cina. Kali ini dua kumpulan, satu kumpulan menggunakan lori skylift manakala satu kumpulan lagi menggunakan lori biasa. Biasanya menggunakan lori biasa lebih cepat berbanding menggunakan skylift, tetapi menggunakan lori skylift lebih cool lebih-lebih lagi bila dilihat di persimpangan jalan. Aku terkena kejutan elektrik ini betul-betul dihadapan 7Eleven cawangan Dungun. Puncanya mungkin disebabkan pemegang lampu itu dimasuki air hujan atau mentol lampu itu sendiri dimasuki air hujan. Nikmat betul rasanya terkena kejutan elektrik, kebas seluruh badan.

  • 02. Kejutan Elektrik Kedua
  • Masa ini aku ditugaskan untuk memasang kipas siling untuk sebuah rumah batu di Sura Gate. Kali ini aku bersama Amir, salah seorang pekerja syarikat tempat aku pratikal itu. Masa itu aku buka suis lampu untuk membalut wayar hidup (red), mungkin kecuaian aku membalut menyebabkan aku sekali lagi menikmati kejutan elektrik. Cuma kali ini tidak seteruk kejutan pertama yang menggunakan arus 3 fasa kerana rumah persendirian hanya menggunakan arus 1 fasa.

Mungkin kamu tertanya-tanya mengapa tidak dimatikan arus terlebih dulu bukan? Kejutan pertama yang aku terkena tidak boleh dimatikan punca bekalan kerana ia menyusahkan kerja-kerja pekerja membezakan mana mentol yang masih boleh digunakan dengan mentol yang sudah terbakar. Kejutan kedua yang aku terkena juga tidak boleh dimatikan punca bekalan elektrik kerana ia menyusahkan kerja-kerja tuan rumah untuk membasuh kain, menonton televisyen atau mengisar bawang.

Jimatlah tenaga elektrik, bye.

10 comments :

apple Sweet said...
owh.. Alhamdulillah ... berkerja jugak akhir nyer .. syukur .. tahniah.. cari le keja tetap ... TNB kan de ... jadi technical wayering building ke..

semoga x kena ag kejutan.. keja molek skit ... safety len kali k..

igt le ko tu dah ber-2 ... hihi
Eriyza said...
Kerja itu ibadah.
Lakukan ia dgn amanah.
nurain said...
hmm.ye betul 2..ape yg dilakukan 2 sume adalah amanah...ehe..p kan..time nak raye arituh..xnak black out byak kali la plak..sampai kan x sedap kueh aku wat..huu...sume salah letrik...(hakhak..skurang2 nye ade alasan ngape beskotku xmsak kat dalam)
farah sr said...
rumah batu tu bukan rumah aku..
hahaha..
rumah aku kat tanah lot..
en_me said...
teringat me gambar mat gian yg cuba nak curi cable pencawang TNB yg mati hangus tersadai tewww.. ngeri beb.. salammmmz
pjoe said...
buat amal banyak
biasanya kalau kena kali ketiga

tak lama tu
]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[ said...
mlm raya aritu..ako pun kena kejutan eletrik...huahuahuaaa...kebas tangan neh ....
adess!!!padan muka haku...
Mr. Azman @ Kreuger said...
uik... kemapekah posting ni jadi popup plak.. tak best laa cikgu~

kesah kejutan elektrik... dah name
aku pon technician... tak terkira
berapa banyak kali aku kene renjatan
elektrik ni...

Mase kene macam semua orang aku nak
marah.. lepas tuh... sembang ngan
member-menber... pakat gelak ramai
ramai~

Kreuger®
sickchild said...
miahahaha. patut ah ko cam terencat je.
bhahahahah
Marzuki said...
apple Sweet, terima kasih.

Eriyza, baik bos.

nurain, macam-macam. Kenapa tak telefon aku? Aku pakar.

farah sr, kat mana tu? Bagi peta.

en_me, doakan aku selamat.

pjoe, ini sudah 33 kali. Haha.

]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[, lepas kena kejutan sila minum susu lembu.

Mr. Azman @ Kreuger, percubaan.

sickchild, itu aku.

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered