Follow MarzukiJalil on Twitter

Kita Semakin Membenci Hujan, Itukan Rahmat

Dulu aku suka sangat bila tibanya musim hujan, salah satu sebabnya aku tak perlu bersusah payah nak ke sekolah. Mak aku memang manjakan aku, boleh dikatakan 2 atau 3 hari sahaja aku ke sekolah. Hari ahad dan hari khamis adalah cuti tak rasmi untuk aku, akibatnya banyak yang aku tercicir dalam pelajaran.

Kamu ingat aku senang ke nak bangun pagi ke sekolah, dah la aku jenis tak mandi lepas tu liat pula nak bangun. Kalau mak aku tak rebus air untuk aku memang aku tak ke sekolah jawabnya. Tapi bila mak aku rebus air bukan aku mandi pun, cuma basuh badan je. Kepala memang tak kena air.

Maaf, aku memang tak mandi sebab terkena satu sumpahan. Semua orang cakap aku kambing, itulah sumpahannya. Tapi itu ketika sekolah rendah, bagi kanak-kanak yang kurus seperti aku memang patut aku kesejukan. Aku tidak mempunyai lemak yang banyak untuk membenarkan badan aku menerima haba yang secukupnya.

(Jika kamu seorang yang benar-benar prihatin, salurkan lemak-lemak anda melalui email yang tertera di sidebar.)

Kita Semakin Membenci Hujan, Itukan Rahmat
Kita Semakin Membenci Hujan, Itukan Rahmat

Sebagai alternatifnya selepas mandi aku tidur semula menggunakan cadar 2-3 lapis sebelum dikejutkan kembali untuk ke sekolah. Alah, 5 minit je aku tidur.

Tapi lepas balik sekolah memang menjadi rutin aku menikmati suasana kehujanan dengan limpahan air banjir disekeliling rumah. Biasanya hari khamis memang ada pasar minggu, aku akan menyuruh mak aku belikan sebuah motorbot bermati-matian. Motorbot ini hanya dapat dijana jika menggunakan minyak gas sahaja. Kalau yang mahal sikit guna ubat lampu* sahaja 2 biji.

Kadang-kadang aku main motorbot dalam banjir, kadang-kadang aku main dalam besen. Aku main keseorangan sahaja, abang aku ketika itu dah sibuk belajar untuk peperiksaan. Aku pun tak pasti betul atau tidak mereka sibuk belajar, sebab mereka pun malas macam aku juga. Yang pasti aku memang suka hujan.

Tapi sekarang kalau hujan semua pekara terbantut untuk dilakukan. Nak ke tempat kerja pun susah. Nak ke sekolah pun susah. Nak ke masjid pun susah. Tapi kalau temujanji, dalam hujan pun aku sanggup. Ah, tak payahlah cerita.

Cuma aku nak pesan, berhati-hatilah memandu. Maaf, entri lari dari tajuk.

22 comments :

SyaFia said...
aku suka hujan.... sebab kat nganu ni ujannya renyai2 kadang2 nak dekat ke tengkujuh je baru ujan ribut.. kalau tak ribut, ujan renyai2 sepanjang hari.. wkakkakka kata lect aku macam kat manchester (sebab dia belajar kat manchester)
Mr. Azman @ Kreuger said...
Fuh... ingat tadi ade entri nak terkene...
ekekeke upenye bercerite pasal ujan mase skolah~
Huhuhu ni entri terang-terang citer pasal tak
mandi pagi~ Ahahaha... tak elok tuh!

Abis skang ni nko pegi kijer mandi tak?
Sape rebus air mandi nko sebelum nko pg kijer??
Eeheheh... jangan marah ar marzuki~

Kreuger®
kumbangkecil said...
lets sing in the rain.!

:)
menteil said...
aku suka hujan..
time paling bez nak tido..
dan......
noheartfilin said...
gua suka hujan time gua nk tido..xnak pegi kelas dan time gua nk mandi2 ujan..

gua kurang enak dgn hujan time gua nk keluar jalan2..hurmmmm
lindosh said...
aku suka hujan.. nak2 bila time cuti. tido tak hengat.

aku suka mandi waktu hujan. nikmat oo sejuk dia tu
deennasour said...
hujan yang turun bagaikan mutiara~
*kau tak gosok gigi???
Eriyza said...
Cheq suka hujan kerana pabila daku menangis, tiada sapa yg tau bahawa air yg mengalir dipipiku adalah airmata, bukannya air hujan. :)
ilazz said...
Dah kawin sok, jgn males mandi pagi ekk ~huhuhu~
Chutra Padi said...
Aku memang hepi kalu hujan. Maklum la boleh lakukan aktiviti pemanasan dengan bini aku kalu sejuk. Hahahaha!

Aku sejak kebelakangan ni mmg banyak lemak yang dapat aku kumpulkan. Kalu nak amik boleh la aku kasi. Free of charge aku kasi ke mung. Hahaha!
KhairulAqmal said...
HUJAN. pun ramai yang benci. haha
eatmyshort said...
salurkan lemak kt aku jgak
hoho
ss said...
aku pun suka hujan. rasa excited hujan. lepas main hujan puas2 baru aku masuk balik rumah dah mandi semula.
Che Sue said...
kat sini takley aa nk main2 hujan..kang org kata ni org gila mana lak ni...
mrblind said...
aku pon selalu ponteng sekolah kalau hari ujan..best woo..tarik selimut sambung tido..hehehe
aRe You? said...
hujan best utk tido...ZzZzZz...hihihi...
sesape ade extra lemak..leh jgk la salurkan kat i :P
izzyzatt said...
lawak aaaa entri nih...nnt nak buat pasal hujan jugak la.
hahahhah!
ummu_hanis said...
aku pun suka bila hujan. sejokk. salam singgah.
seyn said...
hujan tandanya tdo!!!
shaxx said...
kambing benci hujan maka siapa yg benci hujan adalah lebih teruk dari kambing...kekekke
nani allen said...
hahaha...kau malas mandi ke? aku baru nak ngorat kau. dah turn off dah (alah, sumerg pun aku nak ngorat)
amoi chantek said...
hehee... kite sama la.. moi pun xmandi pagi.. hahaha... dlu masa sekolah mandi pagi la.. sebab ade air panas.. start masa bljr kat indon arituh, da xmandi pagi.. shejukkk!!! hahaha... kat kl skrg neh pun, da mula xmandi pagi.. dlu masa mula2 sampai, mandi pagi sbb ade air panas.. skrg da rosak.. :D

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered