Follow MarzukiJalil on Twitter

Menteil, Dari Jauh Ku Pohon Hadiah

Seorang kawan lama aku telah mengadakan satu pertandingan, aku rasa terpanggil untuk menyertainya. Memandangkan aku masih tidak berduit untuk membeli domain, insya'Allah aku akan menang untuk pertandingan itu jika ada rezeki. Kalau kamu mahu menang kamu sertailah bersama aku, tapi kalau kamu kasihankan aku sila abaikan pertandingan itu. Katanya dia buat pertandingan itu untuk memeriahkan ulangtahun hari lahirnya yang berlangsung pada 11 oktober 2008 yang lalu.

Siapa kawan aku itu?



Baiklah, dia hanya mahu dikenali sebagai Menteil sahaja. Aku pun tak tahu mengapa nama Menteil dipilihnya dan sekarang dia mahu aku menulis tentang Menteil atau Menteil.net. Kalau aku kutuk dia sah aku tak akan menang, jadi aku cuba untuk memujinya walaupun sangat berat tangan aku untuk menaipnya.

Sebenarnya aku sudah lama kenal dia, dia dulu sama macam aku selalu aktif berforum. Nampaknya kini kami beralih kepada blog sepenuh masa. Mungkin blog kami berbeza, dia lebih lebih suka bercerita tentang kepenatan kerja seharian, pandangan tentang isu semasa dan layout dia sedikit kearah feminim. Aku pula mungkin ke arah lebih banyak kenangan, aktiviti semasa dan mungkin mengandungi unsur-unsur kelucahan. Perut aku sudah lapar, tanpa melengahkan masa mari baca pandangan aku terhadap Menteil.

Kehadapan Menteilku,

Entri ini memang khas untuk kamu dan teman wanita kamu. Dan aku tak ada modal untuk memuji kamu disebabkan aku bukanlah seorang gay. Jadi aku akan beralih kepada sambutan hari jadi kamu minggu lalu, katanya teman wanita kamu ada memberi hadiah kepada kamu. Sedih juga sebab aku tak dapat sambut hari jadi aku bulan lepas dengan teman wanita aku, kalau tak boleh aku eksyen depan kamu (ayat poyo). Boleh tahan teman wanita kamu, cantik dan nampak seperti kebudak-budak-sekolahan.

3 Hadiah Menteil :

Bantal Peluk (kos RM9.90)

  1. Memang seronoklah kamu dapat bantal peluk tu aku rasa. Warna merah lagi, sah kamu makin meroyan kat teman wanita kamu.
  2. Sebelum tidur mesti kamu tersengih sebelum terlelap. Aku syak kamu memang sangat jiwang, romantik dan auwww.
  3. Aku pun jiwang juga, tapi dalam blog apa nak peduli? Teruskan.
Patung Beruang (kos RM15.00)
  1. Kalau sudah nama wanita, memang tak sah kalau mereka tak beli patung beruang. Sepatutnya lelaki yang membeli, wanita pula yang menerima. Aku pun ada, tapi aku simpan. Mana mungkin aku tergamak memeluk patung beruang, kalau kawan aku masuk bilik aku sumpah aku kena kutuk.
  2. Agak-agak aku koleksi patung beruang kamu sudah mencecah 26 ekor, betul tak?
  3. Auwww...
Kad Hari Jadi (kos RM7.45)
  1. Buatan sendiri, mengambil masa satu hari untuk menyiapkannya. Sungguh bertuah bila kad ini tidak dibeli malah hanya mengoyakkan sehelai buku sekolah adik.
  2. Dan disini aku coretkan sedikit isinya, kandungannya tidak sesuai untuk bacaan umum.

    Cyang harap hubungan kita kekal hingga ke anak cucu.
    I like you so much honey.
    Cyang nak hidup dengan abang.
    Cyang xnk kehilangan abang.
    Love u so much.
    Sorry xlawa pun.

Walaupun jumlah kos hanya RM32.35, aku harap hubungan kamu bahagia. Aku pun tak tahu apa motif aku letak harga itu, sekadar mengelakarkan suasana walaupun tak menjadi. Dan selamat hari lahir yang ke-22 untuk kamu, kalau datang ke Terengganu bolehlah kita saling bertukar patung beruang. Aku punya lagi besar, auwww...

Tapi aku tak tahu apa hadiah yang kamu berikan kepada teman wanita kamu. Adakah sekotak ayam KFC? Adakah seutas rantai? Adakah sebuah hosting serta sebuah domain?

Memandangkan aku terlampau sibuk maaf kerana sudah jarang berkunjung ke blog kamu, walau apa pun blog kamu memang mantap. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Sebenarnya aku tak mahu menang, aku nak tempat ke-4 je. Aku memang gatal menulis, sekian.

Trivia : Lahir pada 11 Oktober, sama tarikh ngan raja pecut nombor 2 Le Tour de Langkawi baru-baru ini. Lahir kat Gedangsa, satu perkampungan di Hulu Selangor

18 comments :

Princess Azi said...
menteil auwww ke??
wahkahkahkah!!
menteil, npknye kwn ko dh menyebarkn sesuatu yg buruk ttg kau.
jgn bg die mng!
wakakakaka ;))
eatmyshort said...
hahaha
sengal
menteil said...
weh!! ini mengutuk secara serius nie..
ko dah menyebabkan para gadis menjauhkan diri dari ku sebab ko mengeluarkan statement yang aku nie auww..... cis!!

erk!! memandai je letak harga.. aku sendiri pon tak tau.. lagi satu... err.. nampak rupenye isi kad tu.. aku ingatkan tak nampak.. aduh!! malu!! lagi sekali para gadis menjauhkan diri dariku..

menteil.net la bkn menteil.com

penyertaan diterima.. menareks!!
aku dikituk n aku suka.. haha..
kumbangkecil said...
ahaha.

baek punya sindir?
bisik-bisik.

*dye mmg auwww kew*

XD
chokilala said...
wahhh.. dia nak num 4 je.. bagi je la dia num 4. hehe
Mr. Azman @ Kreuger said...
Gile arrr macam ni, tadek chance laa aku nak
menang... huhuhu.... tak bleh tak bleh...

tapi aku baru jer nak sertai contest... tup-tup
menteil dah close penyertaan... huhuhuu *nanges!

Kreuger®
topo said...
saham si menteil telah dijatuhkan dengan sebaik mungkin oleh marzuki.. hohohooh
menteil said...
erk!! bila plak aku tutup penyertaan?
zariel said...
marzuki... biasak le... nak cuba nasib... hehe... bila nak update BlogMenjerit tu weh?

contest dah tutup?? bila dan mengapa wahai menteil?? eh... silap blog lak

* makin pudarlah harapan ku yang tak seberapa untuk menang dengan entri ko ni marzuki... huhuhu
Luth Textile said...
alla,, nanti hang kena gak marzuki..
tunggu masa dan ketika..
.::WaNiE::. said...
hahahahahah..menteil mmg aww aww jiwang karat cam besi karat bleh jual kat kedai besi ..kekekeke
Eriyza said...
Ada harapan tuk menang
anugerah khas juri nih. :)
aman said...
haha...harap hang bleh menang dalam pertandingan nie. :D
Marzuki said...
Princess Azi, dia mengaku dulu-dulu.

eatmyshort, aku atau menteil?

menteil, cepat-cepatlah tutup penyertaan.

kumbangkecil, dia memang auwww.

chokilala, buat apa domain banyak-banyak.

Mr. Azman @ Kreuger, belum lagi. Baca semula tarikh tutup, 30 oktober ya.

topo, ini peluang yang aku tunggu sebernarnya. Kamu bila lagi?

menteil, dia meroyan.

zariel, peluang ada lagi.

Luth Textile, auwww...

.::WaNiE::., menteil sudah naik minyak tu.

Eriyza, doakan selalu.

aman, melayu boleh.
g.3.3 said...
hahahaa....
mmg best r....
layak ntok menang..
erkkk~~~mcm haku je menteil.net...
wakakakkaka*golek-golek*
Jackster® said...
ni kalo kalah gak boleh bakar blog menteil haha
izzyzatt said...
kalau kalah, da tau da....mesti sebab entri ni!!!!

ade tak sesape bleh tolong padam entri nih???hahhahaha!!!!
-eni- said...
huhu... xley bla...
siap letak harga agi...
cam ko lak yg tlg awek die beli sume tu...
tp entri yg best!!!
ley runtun jiwa menteil... hahaha~

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered