Follow MarzukiJalil on Twitter

Nak Berak Pun Susah

Satu lagi entri jijik dari aku, maaf.

Sebenarnya entri semalam tak ada motif, jadi sebab itu aku buat sekual pada hari ini. Jika sambutan entri hari ini lebih banyak dari entri semalam, mungkin aku akan buat trilogi pula esok. Itu pun kalau anda boleh tahan muntah. Aku harap seseorang dapat translate blog ini ke dalam Bahasa Inggeris tanpa menghilangkan rasa dan bau. Bukan apa, aku hendak sangat kisah hidup aku difilem oleh Peter Jackson.

Nak Berak Pun Susah
Nak Berak Pun Susah.

3 Situasi yang aku tempuhi ketika berak :

01. Tiada Air
Dalam minggu persekolahan itu gempar dengan masalah ketiadaan air, sampai aku pun terima padahnya. Dulu masa orang cakap mereka berak tiada air aku cuma gelakkan sahaja, "Alah, kamu istinjak la dengan batu. Bawa 5-6 ketul dan gosok sampai menggelumpas kulit kau". Semua orang gelak-gelak, "Haha, tak senonoh kamu Marzuki. Baik istinjak guna kertas pasir, lagi licin".

Ketika cikgu Bahasa Inggeris aku melangkah ke dalam kelas, aku meminta izin kepadanya untuk ke tandas sebentar. "5 minit sahaja ya!", tegasnya lagi. Aku pun set masa, alamak sudah 5 minit tapi air pula tiada. Aku rasa dunia ini seakan gelap, ini betul-betul mencabar kewibawaan aku. Aku buka pintu ala-ala James Bond, aku pandang kiri aku pandang kanan. Selamat tiada orang, aku pun bergegas ke tandas sebelah dan Alhamdulillah ada satu tandas yang masih mempunyai bekalan air.

02. Salah Tandas
Aku rasa aku nak terberak lagi, lalu aku berlari-lari anak menuju ke tandas yang berhampiran. Ada dua tandas tanpa label, aku tidak boleh membezakan mana tandas lelaki dan mana tandas wanita. Lagipun tandas itu masih baru dibina dan aku terus masuk dan melepaskan hajat aku yang sudah aku pendamkan sejak 5 hari yang lalu.

Di tandas yang bersebelahan, aku tedengar seseorang masuk ke dalam tandas. "Plepekk plepekkk plepeeekkkk", bunyi orang membasuh kencing menggunakan air paip. Dalam hati, "Mampus aku, tersilap masuk tandas wanita lagi". Lepas seorang keluar, dua tiga orang lagi perempuan masuk. Ada yang berak, ada yang kencing, ada yang menukar pad dan ada juga yang sekadar melancong di dalam tandas. Akhirnya aku keluar juga dengan wajah puas dan ada beberapa orang wanita yang terkejut beruk melihat kelibat aku.

03. Sakit Perut
Hari itu hari pertama temujanji aku dengan Suhaila, kalau tak silap aku makan di Pizza Hut. Itu juga kali pertama aku makan Pizza Hut dan itu juga kali pertama aku rasa nak berak ketika temujanji. Macam manalah aku nak cakap kat Suhaila yang aku nak berak, mahu peram tapi tahi ni rasa gatal mahu lihat dunia pula. Akhirnya sampai juga Pizza Hut, selepas makan beberapa potong aku pun dengar wajah tenang berkata, "Abang mahu ke tandas sekejap, nak berak". Suhaila tergelak lalu membalas, "Basuh bersih-bersih tau".

Selepas tahi itu aku lemaskan kedalam mangkuk tandas, terpacul sebuah senyuman diwajahku. Tanpa rasa bersalah, aku makan Pizza Hut dengan lahapnya tanpa memikirkan aku terlupa menarik pam tandas. Sah tahi aku belum lemas lagi. Boleh dikatakan setiap kali aku ke Pizza Hut, McDonald, KFC atau mana-mana restoran makanan segera bersama Suhaila mesti perut aku memberontak nak berak.

Sebenarnya banyak lagi situasi yang ingin aku ceritakan seperti terberak dalam bas, kena skoden masa berak, cirit birit dalam seluar dalam dan macam-macam lagi. Bukan apa aku takut ada dikalangan kamu yang termuntah, euwwww.

42 comments :

nana said...
selekeh bebenor gayenye encik marzuki ni. haha.


* wey3. link lah url aku betul2.
Razaisyam said...
dulu aku pernah tgk short film tajuknya TANDAS

so ideanya hampir sama

next idea!
pjoe said...
jangan kau berak dalam sink sudah la beb
haha
HariHaz said...
kenapa kau dan berak macam terlalu banyak kenangan bersama?
Fiziy said...
plepek plepek plepek.. HAHA aku boleh bayangkan! oi lucahnya aku nii
deedlebag said...
plepek plepek bunyi mahal tu. HAHA
pendekar said...
aku pernah kene yang pertama tu. hempeh gak. heh...
kumbangkecil said...
agagaga.

ternganga jap.
sambil membayangkan situasi sebenar.

sungguh.
loya tekak sekejap.

blueekkkk.
poyotito's said...
aiyak!!
Daddy Cool said...
Jijik dan berinformasi!
lindosh said...
alaa tak bleh gak kata jijik. sebab semua orang pon berak
susu dalam botol said...
macamana ya rupa tahi yang kelemasan? haha.
mrblind said...
woo..dating ngan awek kat pizza hut..tinggi taste awek ko..hahahaha..
hanis said...
jijik ah ko nih!
Fendy said...
ko pernah terberak masa perhimpunan?
akuanakkecil said...
aku suke berak. sebab lepas berak aku lapa blk. haha
APE-KO-KESAH???? said...
"Ada yang berak, ada yang kencing, ada yang menukar pad dan ada juga yang sekadar melancong di dalam tandas." <--weh!!mane ko taw aktiviti diorang neh???ko tersalah masuk ke ko skodeng???

Cian suhaila dpt bf mcm ko...hahahaha...
dayah@yasha said...
hahhahaha! lawak tol.. adoiyai..
shaxx said...
cis... x de citer lain ka... nasib baik aku belum makan... heheh
n u r i d r i n said...
ya ampun!
nasib baik puase dan tak perlu mkn today..
hahaha..
terbayang2!
Redzwan Abdullah said...
hoh...
memang best citer walau agak kasar...
Kena letak label 13SX dulu sepatutnye nie
syah saliman said...
adoi.. aritu cerita pasal kerepek pedas.tu ok lagi.
ni pasal berak. hahaha.
aku ada sorg kawan,kalau keluar makan,mesti mau berak. adoi haha
one love said...
telan air liur membaca entry nih sebab tak tau sama ada nak gelak ataupun nak muntah!

heheheheh
diskopi said...
untuk debat idea dan pelbagai artikel santai dan serius, jemput melawat blog kami di:

http://diskopi.blogspot.com

macam-macam ader dan ditulis dalam trilingual - bm, bi dan manglish!

kalau suker dengan blog kami, silalah beritahu kawan-kawan yang lain.

timer kaseh.
noheartfilin said...
aduss..

gua baru nk makan megi..tak jadi la camni..gua kne makan tanpa melihat..ahahah
nana said...
eyh marzuki,
ko tau tak, link aku farnarin.blogspot.com

tapi dekat list wanita kau tu,
ko letak name aku tapi link ke syurgacomelmilikku.blogspot.com

kecik ati a macha~~
Luth Textile said...
loklaq..
1 entri yg bagus..

i like it..
yanaLURVE said...
situasi 1 tu memang menyusahkan..
syok3 buang air besar(bahasa sopan)hahah
tiba2 tak ada air..
ataupon air sikit jeh..
huh..
tension gilerrrr!
banyak ek encik marzuki punya kenangan ttg buang air besow..
ngee3~
Mr. Azman @ Kreuger said...
hahahaha... pecah perot aku.
Haram tak gune nko marzuki... mende macam ni
pon bleh jadik modal nko kan... kekekeke
tapi ape ape pon... tergelak sorang aku bace.

Best... best... teruskan... WAVEEE to MARZUKI~

Kreuger®
a.k.a SUXX said...
hati2 berak kat masjid.
ilazz said...
Kalau wat filem nihh, kompem malatoppp :P. Leh menang oscar lagikk..~huhuhu~
YAN^S said...
gila ah kalau aku mesti aku dah tak tahu nak buat apa... salute kau!!!!
Busby SEO Test said...
wek nih orang masalah berak aja di publis tapi ga apalah namanya informasi dan blog pribadi :D
chepsmore said...
hahaha..ni masa aku nk kutuk ko juki..
pehal entry ko selekeh2?
tp aku salute ko sbb so far i only know u the one blogger in mesia yang blog nya berunsur kelucahan && keselekehan yg amat!!

jijikkk..ueww!
Marzuki said...
nana, apa yang selekeh? Nak berak kena pakai hensem2 ke?

Razaisyam, ye ke?

pjoe, kalau ya kenapa?

Fiziy, sekadar bacaan umum.

deedlebag, euwww.

pendekar, kita senasib.

kumbangkecil, euwww.

poyotito's, euwww.

Daddy Cool, ada unsur makan dalam.

lindosh, setuju.

susu dalam botol, emailkan pertanyaan anda.

mrblind, sekali sekala. Itu kali pertama semua mesti grand.

hanis, euwww.

Fendy, entah. Pernah kot.

akuanakkecil, euwww.

APE-KO-KESAH????, tersalah masuklah. Lagipun masa itu aku muda remaja lagi, biasalah tu.

dayah@yasha, euwww.

shaxx, jom kita makan.

n u r i d r i n, selamat berpuasa.

Redzwan Abdullah, apa yang kasar?

syah saliman, kawan kau tu mesti aku bukan?

one love, gelak sambil muntah.

diskopi, ???

noheartfilin, euwww.

nana, yeke? Banyak sangat nama nana.

Luth Textile, euwww.

yanaLURVE, banyak oh.

Mr. Azman @ Kreuger, kan sudah pesan biar pecah diperut jangan pecah dimulut.

a.k.a SUXX, kenapa?

ilazz, jangan beli cetak rompak.

YAN^S, terdesak.

Busby SEO Test, benar dong.

chepsmore, berak itu pekara normal. Tak perlu malu, ianya pengalaman dan aku sedang berkongsi.
YAN^S said...
sebab tu aku salute kau terdesak pun boleh cool lagi...
feera.zain said...
muahahahaha.berak tu besss ahh.geli hape.sume org berak kot ;p
siggplus said...
pernah rasa berak pintu xboleh kunci, tiada air,tiada batu untuk istinjak dan tiada alat flush?
aku kena jugak sebab terpaksa..xkn nak biar dia keluar tanpa boleh control kan?
oh ya, tiada kertas pasir juga
Fizz said...
hahahahaha.... adesss.. nk tergelak aku bace.. bukan nk termuntah punn.. hahahahhaha.. kelako.. selabe serious je ko nih... huhuuh... aku pun pnah gak mengalami situasi cam ko.. hahaha..
cik afeera said...
hahahahampeh....tingat kesah ex aku...
situasi tu lebih kurang same cam situasi 1 ko tu...hakhakhak
EM AN said...
haha, sungguh jujur sekali. kau dan berak memang tak boleh dipisah kan :D
m a h i r a said...
hehe klaka la..
nervous ke?
smpi nk terberak ni..
:)

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered