Follow MarzukiJalil on Twitter

Pantai Teluk Lipat, Dungun

Petang tadi Suhaila datang ke rumah aku, katanya mahu jumpa aku. Aku pergi dapur terus basahkan rambut, biar hensem sedikit. Dua minit kemudian aku nampak kereta dia dihadapan pintu pagar rumah aku, aku pun meluru pergi. Dengan seluar pendek, selipar cap ayam dan berambut serabai aku pun terus kontrol hensem. Sebenarnya kelmarin (rabu) aku marah dia sebab dia marah aku top-up telefon aku, katanya dia mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu. Aku memang tak suka ayat tu, aku tutup telefon bimbit.

Aku tengok dalam kereta ada dia, adik dia dan dua lagi kawan dia, aku lupa siapa nama mereka. Suhaila tersenyum padaku, arghh nak rasuah la ni. Dia memang tahu aku lemah tengok senyuman dia, manis sekali. Dia ajak aku ke pantai, aku pun terkejut beruk sebab pakaian aku ni hanya sesuai berada dirumah. Sekurang-kurangnya bagilah aku masa seminit untuk tukar seluar dan selipar. Masa itu aku tak pakai seluar dalam, lagilah aku tak suka. Tapi sebab sayang aku ikut juga tapi dia yang pandu kereta.

Dalam kereta aku tengok saja mimik muka dia, aku memang suka tengok senyuman dia. Memandangkan aku tak pakai seluar dalam, aku mengalihkan pandangan aku ke Laut China Selatan. Mana boleh tahan.

Akhirnya dia memberhentikan kereta di Teluk Gadung, betul-betul di hadapan Universiti Institut Teknologi Mara cawangan Dungun. Aku masa itu terkilan juga sebab tak dapat belanja Suhaila dan kawan-kawannya sebab tak bawa dompet pun. Cuma Suhaila je belanja aku makan beberapa cucuk hotdog, chicken ball dan fish ball dan segelas minuman tapi berkongsi dua. Akhirnya sesi suap menyuap makanan dilakukan, memang kenyang perut aku.

Memandangkan kami keluar dalam pukul 6.30 petang, maka kamera digital yang dibawanya tidak dapat mengambil gambar yang berkualiti. Mahu guna flash, nanti putih sangat imej. Tak mahu guna flash, nanti hitam sangat imej. Akhirnya tiada gambar yang berkualiti diambil, rugi bukan? Apa-apa pun Suhaila memang comel sangat hari ini, mungkin aku rabun dekat atau gila meroyan.

22 comments :

SyaFia said...
dekat mana tu ek.. betul2 dean uitm dungun ek? emm tak pernah lagig sana.. best tak??
Marzuki said...
syafia, uitm ini satu-satunya uitm yang nyaman boleh rehat tepi pantai. Keluar pagar je sudah bunyi ombak. Datanglah beramai-ramai.
chokilala said...
kuar umah xpakai spender. haha. aku rasa blog ko semakin hari semakin lucah la. haha
cik kedondong said...
makin pening ak bace blog ko
wahahha
kawen la
Eireen Camelia said...
jujur betul ko ye... terkesima aku nih.
bulan.ke.bulan said...
aku tahu tempat tu.best buat minum petang. dungun.. pernah jadi hometown aku masa kecil.. rindu
poyotito's said...
tengah bercinta semua manis, semua comel..

biasala tu..
Marzuki said...
chokilala, ada sebab mengapa aku tak pakai spender.

cik kendodong, sila makan ubat.

Eireen Camelia, aku memang jujur (dan baik hati).

bulan.ke.bulan, kalau senang datanglah rumah.

poyotito's, ini lagi manis dari cinta.
chepsmore said...
sgt jujur anda..
aku terkedu n terkesima membacanya (:
DarabDua said...
taiko sunggoh lu,
kuar melepak dgn awek tak pakai spenda.
haha`
sickchild said...
eee meroyannn tak pakai spender..
busuk
SyaFia said...
emm aku kat UMT, tu pasal tanya.. sebab tak pernah g uitm dungun lagi.. wakakka
eatmyshort said...
adoi..tepo dahi baca entry nie
hahaha
nurain said...
dah betol la tu..x pkai suar tecik..pastu pg pantai..masok angin~wee~
cikyuyu said...
kah kah kah! bongok skmo mu.. wahi ngt wi ayt bodo g2!!
mrblind said...
gile ko..kuor ngan awek x pakai spender..kantoi wess..
Marzuki said...
chepsmore, sekadar menyedapkan cerita.

DarabDua, jangan tiru aksi ini dirumah.

sickchild, itu aku.

SyaFia, yeke?

eatmyshort, haha.

nurain, nyaman dan damai. Pasir dan ketam pun masuk.

cikyuyu, haha.

mrblind, itu aku.
F y Q a said...
wahhh . aq rindu gile pntai toh.

tmpat skodeng.

smbil skodeng org dating (utk kumpul bhn gosip mse klas), bule mkn kopok lekor, bayam goreng tepung dgn air kelapa.

best gilo.
amscreamo said...
ni kampung aku.
letto said...
teringin ak nk pergi sane
kawan ak ade ajak gi pulau batu kapas
dekat kan gan dungun kan
shaxx said...
hahaha... x pakai...
floha sella said...
mmg r suhaila yg bawak kere.. cz zuki x padai bk kwtw.. mase date ngn aakku dulu pn aku yg drive..huahahaha.... oitttttt.... gaane leniing???? keje dop ag???

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered