Follow MarzukiJalil on Twitter

Snippets

(Versi Bahasa Uganda di akhir entri ini)


  • Semalam Pjoe umumkan pemenang cabaran 'Pjoe Memang WTFuck', dan aku dapat tempat ketiga dalam cabaran itu. Aku memang sudah agak Anasir akan menang tempat pertama, lagipun mereka sedang hangat bercinta sekarang adalah adik beradik. Yang aku pelik lain gambar yang aku bagi lain gambar pula yang menang, tapi syukur aku menang.

  • Sekarang ini juga ramai yang telah tag aku, aku rasa macam ada pencemaran tag disana-sini. Semua tag bukan calang-calang, semua nak korek rahsia. Maaf jika ada sebahagian tag tidak dapat dijawab setakat ini. Aku harap jangan terlalu banyak sangat tag dilakukan, anda hanya membunuh blog anda sebab ia nampak seperti kebudak-budakan.

  • Semalam juga aku rasa aku sudah terlebih tidur, memang lama aku tidur semalam lebih-lebih lagi sekarang musim hujan. Dan semalam juga adalah hari yang aku tunggu-tunggu sebab aku memang peminat Naruto. Sekejap lagi aku nak muatturun Naruto Shippuden episod 81 yang terbaru, itu pun kalau ada. Ada sesiapa yang minat Naruto Shippuden di sini?

  • Sedang aku terlena tidur tadi kawan aku menelefon, katanya nak ajak aku keluar. Aku memang dapat agak dia mahu ajak aku pergi karaoke, sebab aku sayang tinggalkan cadar kesayangan aku ini. Kalau aku pergi pun memang dia sahaja yang syok, suara dia saling tak tumpah macam suara Datuk M.Daud Kilau. Suara aku jangan cakaplah macam suara Steven Tyler.

  • Sekarang aku telah menggunakan sistem 'read more' untuk mengelakkan loading yang agak berat, aku pun tak tahu apa yang berat dalam blog ini. Sebelum aku terlupa aku juga memasang sistem 'reaction' untuk memudahkan anda mengklafikasikan sesuatu entri di sini sama ada ianya sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat atau sebaliknya.


Notakaki : Entri ini ada macam blog Chedet tak? Aku demam ni, tak larat nak menaip lagi.

11 comments :

Mr. Azman @ Kreuger said...
hohohoh.... nko dapat no 3 ek~
canggih gak kan... gambar gif muke
ala-ala ungke tuh... ekekek memang WTF~

huhuuhuhuh terer terer. RESPECTED~

Kreuger®
nurain said...
hee..im sorry 4 tagging u..x perasan ANTI TAGGING nye kenyataan~
Marzuki said...
Mr. Azman @ Kreuger, itu kamulah yang doakan.

nurain, anti tag itu sekadar hiasan. Kalau tag itu menarik aku cuba jawab, itupun kalau aku lapang.
poyotito's said...
gambar lu memang wtf?

gua rasa nak lempang je pc
Razaisyam said...
berlagak lah tu menang
lindosh said...
tahniah dapat no 3. janji ko tetap dpt adiah.

nanti belanja aku makan dabel cis beger ok
YAN^S said...
erkkk kalau kau kalah WTF tu pun.. apa masalahnya.????
~mademoiselle hana~ said...
oh,tahniah kerana menang cabaran wtf..haha.
suara anda macam steven tyler?
mahu nyanyi dlm band saya?
band saya menampilkan lagu2 rakyat serta kanak.
cikyuyu said...
juki. aku rndu ke mu! soe aa.. mlm mreng ak xtpon mular.. xdop doh luahan perasaan owk? sian ktku.. dilema dgn org glerrr..
.:nayzi.norman:. said...
mane bahasa uganda nya????
btw, time kasih sebab sudi singgah blog saye.
mrblind said...
tahniah bro..dpt no.3..che det pon respek kalau macam ni..

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered