Semua murid-murid mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan berbunyi berdering telefon tin. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun.
Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi:Linny : Telefon, telefon berbunyi!
Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seorang manusia berada dalam kesusahan di dalam tandas. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:
Ming-Ming : Telefon, kami datang!
Tuck : Telefon, telefon berbunyi!
Linny : Ada manusia dalam bahaya.
Ming-Ming : Ada manusia dalam bahaya.
Tuck : Ada manusia dalam bahaya di sana!Tuck : Itu Marzuki sedang sembelit dalam tandas.
Mereka bertiga melompat ke dalam sekotak cebisan kain dan melompat keluar kembali, memakai bermacam-macam pakaian yang berkaitan. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.
Ming-Ming : Ini serius!
Tuck : Mesti tolong dia
Linny : Selamatkan Marzuki!
Semua : Selamatkan Marzuki!Linny : Linny,
Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan dinamakan Flyboat dari bahan-bahan di bilik darjah (frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya). Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:
Tuck : Tuck,
Ming-Ming : Dan Ming-Ming juga!
Semua : Wonder Pets datang membantu!Linny : Apa yang penting?
Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Cuaca ribut dan angin kencang menghalang Wonder Pets bertolak, setelah bertungkus lumus akhirnya Flyboat dapat diterbangkan. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:
Semua : Kerjasama!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!Semua : Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang membantu Marzuki dalam kesusahan!
Ketika menyelamatkan Marzuki, Wonder Pets telah gagal dalam percubaan terawal. Setelah bahayanya semakin genting, akhirnya Ming-Ming menyanyi, 'Ini serius!'. Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya teringat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan adalah hampir sama caranya. Maka mereka telah bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Marzuki diberikan ubat sembelit dan mereka mengulangi lagu awal tadi:
Ming-Ming : Kami tak besar,
Tuck : Dan kami tak kuat,
Semua : Bila bekerjasama semua jadi mudah! Hei, Wonder Pets! Yey!Linny : Linny,
Setelah Marzuki diselamatkan, tibanya kawan-kawannya mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan kawannya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:
Tuck : Tuck,
Ming-Ming : Dan Ming-Ming juga.
Semua : Wonder Pets datang membantu!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!Semua : Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya membantu Marzuki dalam tandas.
Akhirnya mereka kembali di sangkar masing-masing, Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya jua. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya.
Ming-Ming : Kami tak besar,
Tuck : Dan kami tak kuat,
Semua : Bila bekerjasama, semua jadi mudah! Hei, Wonder Pets! Yey!Marzuki : Baru lepas berak ni, tak ada idea nak menaip malam ni. Aku mahu tidur dulu. Anak saudara aku memang suka Wonder Pets, sampai aku pun terikut-ikut. Haish...
Terima Kasih Wonder Pets Kerana Menyelamatkan Aku Yang Sedang Sembelit
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














Shared
40 comments :
haha
haishhh...
napew mest gilew katoon neyh dowh.
comel2 ;D
kelakar la..
salam perkenalan..
:)
'ape yg penting? KERJASAMA"
hahahhaa...nie lagu ank buah ku suke nyanyi
wakakakakaka
aku ingtkan bdk taraf ank buah ku je suke tgk..
yg berumor mcm ko pn lyn gak ekh...
adesssssshhhhh~~~
selfish je.. g blahla ngan kerjasama skrg..huu...nsb bek wonderpets ade..=)
sembelit tak senonoh seh... ekeke
marzuki... per cer kijer skang??
dah semakin xcited ker? tak citer pon dalam blog... share lee skit~
Kreuger®
apa yang penting?
kerjasama.
apa yang penting?
kerjasama.
lalala~
tapi best2!!
kerjasama..
hehehehe..
best!
haish!
ehehe..=p
suka nyanyi lagu wonderpets kat umah..
aku x suke ..
menarek! menarek!
:DD
eh2, nak jgk nak jgk!
buatkan:D
heeee,
love this post..
kreatif sngt..
btw,mcmmaner nk contact dorng hah??
ditonton oleh segenap lapisan masyarakat rupanya..
sengal ye kamu ;p
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>