Bila aku tengok orang bersukan, aku rasa jeles juga sebab mereka berkebolehan bermain bola sepak, batminton atau sepak takraw. Sukan-sukan itu antara sukan yang popular dimainkan di kampung atau di sekolah sejak zaman berzaman. Dan aku labelkan sukan-sukan itu sangat cool untuk menarik perhatian sesiapa.
Sebab utama aku tidak bersukan adalah kerana buku rekod kesihatan aku tidak baik, pada buku rekod itu tertera yang aku menghidap penyakit jantung.
Sakit jantung?
Entahlah, aku pun tak tahu sama ada aku sakit jantung atau tak. Lagipun aku tak pernah tanya mak aku untuk mengesahkannya. Lagipun aku tak pernah pengsan dalam tandas ketika berak. Lagipun aku tak pernah menjalani sebarang pembedahan atau makan ubat sakit jantung.
Soalan itu masih tiada jawapannya.
Kerana itu aku satu-satunya seorang penghidap sakit jantung dalam kelas itu, dalam sekolah rendah itu. Kemana aku pergi biasanya akan dapat hak keistimewaan sebagai pesakit.
Aku ingat lagi, aku dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT), aku tak pasti sama ada sekarang masih diteruskan lagi saluran bantuan pelajar seperti itu. Selain dikatakan aku menghidap sakit jantung, keluarga aku juga amat susah ketika itu dan tidak hairanlah aku mendapat RMT.
Biasanya RMT memperuntukan nasi lemak, mee goreng dan mee sup sahaja, tidak lupa segelas air dan sebiji buah-buahan sebagai pencuci mulut. Memandangkan aku memang jarang ke sekolah, maka aku 'wakaf'kan makanan aku kepada kawan-kawan aku yang tidak dapat RMT. Kerana RMT aku pun mereka sanggup bergaduh, apa punya kawanlah.
Berbalik pada cerita asal, aku juga diberi hak keistimewaan sebagai pesakit ketika perhimpunan. Wah, boleh kamu bayangkan jika aku berpura-pura pengsan setiap minggu ketika perhimpunan? Mereka akan menyediakan satu bilik rehat untuk aku, yang konon-kononnya akan pengsan beberapa minit lagi. Seingat aku hanya sekali aku ke bilik persalinan, itupun sebab aku sakit perut nak berak.
Tak kan aku nak berpura-pura sakit, nanti aku terlepas menyanyikan lagu Negaraku.
Lain-lain, kawan aku tak pernah menganggu aku. Mereka takut aku pengsan agaknya jika mereka membuli aku. Tapi ada juga yang berani mati mengacau aku, akhirnya mereka kena marah dengan cikgu. Itupun mereka curi kotak pensil aku, memang patut pun kena marah.
Kalau aku mengacau orang pula macam mana?
Tak, aku budak baik. Aku tak pernah mengacau orang.
Tapi aku kerap juga tidak menyiapkan kerja sekolah. Kalau kawan aku kena 'henjut telinga' 50 kali, aku pula hanya kena 10 kali sahaja. Kalau kawan aku kena 'jalan itik' satu kelas, aku pula dibebaskan tanpa sebarang rayuan. Baru aku tahu cikgu pun takut dengan aku, yang konon-kononnya menghidap penyakit jantung.
Bila aku beralih ke Politeknik baru aku boleh bersukan, kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri. Akhirnya aku memilih untuk bermain bola tampar ketika itu, salah satu sukan yang sangat tak cool.
Kalaulah masa boleh diundur, aku akan bakar buku rekod kesihatan itu.
Aku Memang Tak Pernah Bersukan Ketika Zaman Persekolahan
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














Shared
23 comments :
kalau tak memang gua kacau lu sampai menangis
haha
tp jarang2 pulak exercise. aparaa aku ni.
volleyball best ok!
xpenah kacau orang?leh caye ke?
ahaks . :P
baek isap rokok.. haha
klu dulu menapak kaki beratus tapak pun tak jadi hal.. sekarang ni nak g berak pun mau naik moto.. padahal jamban dalam umah je.. huhu
Fiziy, aku separa sihat. syukur.
Princess Azi, memang best kalau dimainkan di pantai. Di kampungku ianya kurang terkenal, itu lah masalahnya.
@tune®, entah.
berrykisses, tak juga. Rasa diri macam OKU.
menteil, hisap jangan tak hisap.
the12, haha.
azharjaafar, tengok kawan-kawan sahaja. Pun malu nak join.
deedlebag, haha.
cat_too_young, itu abang aku. Namanya Frank Lampard.
tgk aku ni
badan taf!
hehhee
best :)
ilazz, aku main guli, congkak dan layang-layang. haha.
m a h i r a, haha.
shaxx, sebab apa ya. haha.
dulu mase aku skola rendah de sorang budak dlm klas haku sakit jantung b'lubang..
tetiap hari de org tlg bawak beg budak tu turun coz klas tingkat 4 atas skali tu..
sampai bawah mak dia bg upah 20sen..
x ikhlas betul..hahaha
Ko tak pergi MRI/CT scan? Mende2 jantung ni kene check betul2. Sebab kalau betul ko sakit, bole diperbetulkan mase mude2 ni. Nanti dah tue, termengah2.
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>