Dulu aku memang peminat perlawanan Word Wrestling Federation (WWF) dan jika ada perlawanan terbaru contohnya Summer Slam, No Way Out, Royal Rumble atau sebagainya abang aku pasti membeli VCDnya di kedai-kedai yang berdekatan. Memang kat Terengganu susah untuk mendapatkan VCD ketika itu apatah lagi dengan harga yang murah, dan yang paling dekat adalah di Pahang.
Antara penggusti kegemaran aku adalah Stone Cold Steve Austin, Undertaker, Chris Benoit, Mankind dan The Rock. Aku sangat beterima kasih kepada WWF kerana aku sempat mengadaptasikan beberapa gerakan yang dilakukan oleh penggusti profesionalnya kepada kawan-kawan dan abang aku.
Ini semua bukan idea aku tapi idea budak-budak di kampung aku, lebih-lebih lagi keluarga Pakcik Iskandar. Anak-anak mereka memang hyper-aktif, aku fikir aku sudah terlebih ekstrem rupa-rupanyanya ada lagi yang lebih ekstrim.
Kat kampung aku tanahnya berpasir debu, maka kalau kena beberapa gerakan pun masih tidak sakit lagi. Masa itu memang seronok sebab ramai budak-budak yang join, aku jarang join sebab aku memang tak suka pasir debu. Kat kampung itu juga memang celaka sebab ada 2-3 orang samseng yang lagi tua dari aku suka buli kanak-kanak. Aku ketika itu tingkatan 1, mereka tingkatan 5. Takkan aku nak jadi hero, nak mati ke?
Biasanya juga anak pakcik iskandarlah yang kerap kena buli, nasib aku tak kena.
Yang paling aku kagum ketika anak pakcik Iskandar melakukan gerakan People's Elbow (dipopularkan oleh The Rock), memang sempoilah lagi-lagi ketika melemparkan baju yang dibalut dilengan (kononnya pelindung siku) kepada penonton.
Masa itu aku rapat dengan Aman, aku pun tak pasti kenapa Aman ni suka sangat berkawan dengan aku. Ingat tak yang aku pernah cerita dulu, dialah yang ajak aku lempar mercun dalam tandas tu. Dan yang berak dalam tandas itu tak lain tak bukan adalah Pakcik Iskandar, sampai mati pun aku tak boleh lupa kisah tu.
Ada satu hari ketika Aman bermain dengan aku, kalau tak silap selepas bermain Police and Thieves. Selepas berpenat-lelah bermain ada seorang budak yang tak berlaga angin dengan aku mengacau aku, apa lagi aku hadiahkan Tombstone Piledriver (dipopularkan oleh The Undertaker) kepada dia. Tiba-tiba aku terus menghilangkan diri sebab aku tersilap melakukan gerakan itu di atas simen. Dalam hati aku terfikir sama ada tengkuk dia sudah patah atau tak, tapi nasib sebenarnya tak ada apa-apa kecederaan berlaku.
Sejak dari itu aku sudah bersara dari arena gusti (ayat poyo).
Di rumah aku pula abang aku memang suka mengganggu kehidupan aku, lebih-lebih lagi abang Kamal. Boleh kamu bayangkan dia menggunakan gerakan Mandible Claw (dipopularkan oleh The Mankind) ke atas aku. Dan aku rasa dia lebih jahat daripada Mankind bila mana dia tidak menggunakan stoking busuk malah menukarkannya dengan seluar dalam yang dipakainya selama seminggu berturut-turut.
Ya, aku tak tipu. Bayangkanlah apa perasaan ketika itu.
Abang aku lagi jahat dari aku, lebih jahat dari Mankind. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali. Bayangkalah. Masa itu dia berumur 23 tahun manakala aku masih 13 tahun, aku guna gerakan Stone Cold Stunner (dipopularkan oleh Stone Cold Steve Austin) atau Crippler Crossface (dipopularkan oleh Chris Benoit) pun gerenti tak menang. Untuk mengelakkan dari kalah aku menggunakan kerusi (buatan plastik bukan besi), penyapu, baldi, kain selimut atau apa-apa sahaja yang tercapai di akal untuk menghentamnya.
Tapi aku tetap kalah, sebab dia kan abang?
Alangkah Indah Jika Aku Sekuat Stone Cold Steve Austin
Gusti,
Kenangan,
Stone Cold Steve Austin,
The Rock,
Wrestling
Gusti,
Kenangan,
Stone Cold Steve Austin,
The Rock,
Wrestling
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














Shared
44 comments :
ntah apa jadi ngan mamat tuh ek. hehe
aku x suka wwf..
keganasan yg melampau..
lgpon aku ni kan lemah lembut orgnya..
wakakaka
seumur hidup x penah lagi terdetik nak tgk program gusti..megerikan..huhu
papepun, the rock ttp best ;p
wakakakkakaka
dulu memang zaman sekolah, pantang ade mase sikit, ramai ramai berlakon wrestling. sampai kan aku yg kecik ni pun mampu buat choke slam kat budak lebih tiggi dr aku. die kene lompat la..HEHE
gile kenangan wrestling ni..
Wa tak minat gusti maa.
Pemainan yg x best langsung. :P
xmintla wwf
ganas2 sket pale nengok
sickchild ayat macam puaker....
tapi aku stuju... marzuki... nko kene minum
susu penuh lemak laa bebanyak.. makan daging
separuh masak... baru bleh masuk wrestling..
ini.. nko dengan sayur pon takut nak makan..
cam ne nak masuk wrestling... wrestling lengan
pon tak lepas audition.. muahahaha... *abis la ken
ban blog aku pas ni~
Muahahaha
Kreuger®
dulu2 pon suka tengok yang gemok gaban tu letak buntut kat muke..
apa najis da.. cis!!
hahaha
ye..saya gaids jelik yang suka menontoN wrestling ...No way OUt gile best.kalo selagi muke tak berdarah jgn harap leh kuar ..Mac fOley amat style kalo lawan dalam no way Out ...style oh`..kini jarang aku menoNton ..duLU tv3 pasang ..ohw winduuuu
newey ko sedar tak wrestling nih byk y pengotor,...
the rock: meludah-ludah..ko bayangkanlah kalo die nak wat rock bottOm..mangse die yang terbraong tuh pasti landing atas ludah die kan?
Mankind/mac foley: suke sangat men ngan stOkin..aku tatau la berapa lame die tak basOh stOkin tuh..ambut pon serabai..mcm nak hadiahkan jer getah kat die soh ikat ambut
rakeshi: bOntot gile besar sure terlekat najis diesekeliling..pastu dok hempap muke orang....adoi
stone cold: botak yang suci ..tapi gile minum arak cam haram ..trademark pon ngan botol arak ..adoi
...tapi edge aku yang kecak suci..wahahahaha ..Y2J pon suci :)
kreatif..
Entri yang menarik...
Kenapa tak gune skill rey misterio? owh lupe, zaman tue tak wujud lagi die, kan?
haha
klakar la.
dulu masa skolah je rajin layan wwf.
abg siap pergi sewa VCD utk saya tgk.
hakhak.
tp skang rasanya dh tade.
manyak menda yang dh tade....
oh, i pun dlu rajin wrestling dengan cousin. tapi last wrestle masa form3. sebab dah makin besar, kan. dia tu laki, tua setahun.
and i pun penah wrestle dgn bf. plg best. mwahahaha!
ganaz2
cousin semua besar2 nk lawan gile ak
skrg ni ak pulak res adk ak
skrg pakai muay thai dh xde resling lagi
semua naik ke adk ak
siku penumbuk semua naik
tapi best gak zaman kecik2 dulu mmg xleh nk lupa ar
peh beraksi tu..
tapi lawak giler citer ko ni..
buat den tergelak sorang2 petang2 bolong ni..
hahaha!..
bravo!ko mmg cute!
gusti tgh2 laman...mmg guling2 ar atas pasir..
disokong secara damai oleh abg nomot 3...
sure la dia sokong aku kan?sebab adik bongsu dia...pompuan lak tu!hahaha!
tapi knpe semua org kampung hang fanatik gusti
berat la stone cold tuh. penyet lak wife tu nnt
sampai saya sekali terikut2!
but it was cool! heheheh!
skrg nie, kalau sesapa nak ajak wrestling dgn saya, mesti deme kena pikir banyak kali! terer wo saya nih!
heehehehe
hehehe;)
Anda telah tersenarai sebagai LEGENDA BLOGGERS!
Lihat list ini di
http://edenbudaknogori.blogspot.com/2009/01/50-and-list.html
sebarang komen tinggalkan di link ini...
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>