Follow MarzukiJalil on Twitter

Banyak Cerita Hendak Dikongsikan Tapi Banyak Lagi Masalah Hendak Difikirkan

Aku dah balik, ada sesiapa di rumah?

Maaf sebab tak ada gambar menarik, aku kecewa dengan Suhaila kerana tidak mengecas bateri kamera dan dia menggunakan alasan memori kamera sudah penuh. Yang aku tahu memori kamera tersebut penuh dengan rakaman video aksi aku sedang berkaraoke dengan nada yang sumbang, ianya diibaratkan pembaziran bagi aku sedangkan banyak lagi gambar menarik yang boleh diambil. Sampai hari keenam baru dia mengecas itupun aku sudah tiada mood memegang kamera, dia tak tahu yang aku benar-benar suka kumpulkan gambar kami berdua walaupun dimana jua berada.

Itu baru satu masalah, lain-lain nantilah aku ceritakan.

Aku harap semua yang mengenali aku sihat-sihat belaka walaupun sekadar di depan skrin desktop/laptop. Erm, sekarang ni bukan sahaja musim hujan tapi musim 'orang sakit'. Abang Zul tiba-tiba koma sehari, Abang Usop terkena kayap ular dan Mok Da pula tergelincir sampai patah tulang rusuk. Mereka hampir-hampir meninggalkan kita di dunia ini tapi mujurlah nyawa mereka masih dipanjangkan-Nya lagi.

Kita bila lagi akan mati?

Aku dan Suhaila sekarang sudah selamat pulang ke Dungun. Sebenarnya semalam aku sudah online tapi belum ada perasaan ingin bercerita. Kalau nak diikutkan kali ini aku bercuti tanpa mengecapi apa itu keseronokkan bercuti. Tapi aku tetap gembira melihat senyuman Suhaila, kadang-kadang aku terpaksa menipu untuk menjaga perasaannya.

Malas nak cerita, jiwa kacau.

:(

Notakaki : Nasib tadi ketika di dalam kereta aku sempat mengambil (bukan niat untuk mencuri sebab aku meminta keizinan sebanyak 3 kali) kain selimut dan bantal milik Suhaila, semoga malam ini aku boleh mimpikan dia. Erm, sebenarnya kain selimut dan bantal ini digunakan Suhaila untuk tidur semenjak dia belajar di UiTM lagi. Nampaknya semester depan dia terpaksa beli kain selimut dan bantal yang baru, nasib badan.

14 comments :

@LiYaNNuaR said...
aiseh.. apa he ni bro... ok ok ok.. take ur time... ape pun.. take care yek... jiwa2 kaco pun... kesihatan perlu dijagain... nanti mudah sakit2 gitu...
mR said...
salam bro..
kasik rehat2 dulu la..
biar jiwa tenang baru syok becerita..
hehe
Lup-duP said...
welcome backkk
@tune® said...
erm..da jupe suhaila pon iwa kacau lg?payoh nih..
love panties said...
may be bro juga sakit
SAKIT rindu pada cik suhaila...
apa apa pun bawak bertenang dan pastinya
setiap sakit ada ubatnya..
chow dulu
::. na[d]iEya .:: ~! said...
akhirnya incik marzuki m'hapdate juga blog dia..kui³..
mesti ujan lebat masa kau b'karaoke tu kan..hihi
Luth Textile said...
alamak.. amek tu je?
mana cukup..
mrblind said...
semoga suhaila masuk mimpi lu malam ni..
amie said...
haha
relaxla bro
sikecil said...
yups2 relax la. ha ada satu persoalan, x de peta k kt bantal suhaila? ahahaha
Shemmi said...
ala ciput je mslh si Suhaila tu bro 'kecik' weii..haha..

tp yelah..kenangan @ detik yg berlalu itu amat penting utk di rakam...
jk terlepas..dh xleh ulang tayang dh kecuali ulang tayang gambar....
l.i.f.e said...
owh suwitttt :))
Marzuki said...
@LiYaNNuaR, mudah-mudahan.

mR, baik.

Lup-duP, terima kasih.

@tune®, itu cerita lain.

love panties, apa ubatnya?

::. na[d]iEya .:: ~!, rindu ke?

Luth Textile, mana boleh lebih-lebih, ingat pesan orang tua-tua.

mrblind, aku mimpikan Jackie Chan. Lawak gila.

amie, tengah rilek la ni.

sikecil, peta semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak je ada.

Shemmi, kenangan itu sangat berharga.

l.i.f.e, hehe. Terima kasih.
Eriyza said...
Apa lokomotifnya bantal dan selimut
Suhaila diambil?? Mau wat pengasih kaa?? :P

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered