Pengalaman aku bersunat memang menyedihkan buat aku. Jika kawan-kawan aku bersunat ketika umur 12 tahun aku pula bersunat ketika umur 13 tahun.
Apa barang umur 13 tahun baru bersunat?
Tapi sejarah tetap sejarah, maka aku kongsikan pengalaman aku untuk tatapan semua. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka sekaranglah masa yang sesuai untuk berkongsi.
Abang Kamal sudah tidak asing lagi dalam kehidupan aku, tak kira apa yang aku akan buat atau sedang buat ada sahaja taktiknya mengganggu aku. Dia adalah orang pertama menyogok kepala otak aku dengan anasir-anasir jahat bahawa 'bersunat itu sakit', 'tiada ubat bius', 'doktor akan guna gergaji', 'silap hari bulan boleh terputus kemaluan' dan macam-macam lagi.
Abang Zul pula tidak kata apa-apa, membisu seribu kata.
Walaupun aku tinggal di Dungun tapi seperti sudah turun termurun pula aku kena bersunat di Kuala Terengganu. Aku ingat lagi, nama kliniknya adalah Klinik Sikh. Semua abang-abang dan saudara mara lelaki aku yang lebih tua keseluruhannya disunatkan di sana. Mungkin sudah terbiasa kot?
Sebelum itu aku diraikan dengan Nasi Kunyit, kononnya itu nasi paling terakhir aku makan sebelum aku disunatkan. Aku makan sikit sahaja, dalam kepala otak asyik memikirkan bahawa 'bersunat itu sakit', 'tiada ubat bius', 'doktor akan guna gergaji', 'silap hari bulan boleh terputus kemaluan' dan macam-macam lagi.
Tiba di hari yang ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi Abang Kamal kecuali aku yang mati-mati tak nak bersunat. Dengan muka ala-ala redha aku berjaya dipaksa masuk ke dalam bilik bersunat dan doktor mengarahkan aku bertenang.
Dalam bilik itu memuatkan 3 orang kanak-kanak yang mahu berkhatan, aku lihat kedua-dua budak itu sedang disunatkan. Dan aku antara yang terakhir selepas 2 orang budak itu.
Sampai giliran aku, aku dilumur ubat bius versi sapu di kemaluan. Terasa tiba-tiba mengembang dan aku tiba-tiba tangkap lentok. Sesekali mengintai sedikit dari celahan kain takut-takut doktor itu terpotong kemaluan aku.
Akhirnya aku selamat. Rupa-rupanya bahawa 'bersunat itu sakit', 'tiada ubat bius', 'doktor akan guna gergaji', 'silap hari bulan boleh terputus kemaluan' dan macam-macam lagi adalah palsu.
Aku pun keluar dengan perasaan bangga, hari itu aku jadi lelaki sejati rupanya. Dengan berkain batik dan memegang sedikit pada bahagian depan kain aku terus menuju ke kaunter ubat seperti yang diarahkan doktor.
Abang Kamal pula tak habis-habis dengan perangainya, dia tahu kelemahan aku masih tidak mampu menelan ubat berbentuk pil lalu aku menangis teresak-esak. Macam biasa mak aku memotong ubat berbentuk pil itu menjadi dua, aku menelannya dengan perasaan berbaur sedih. Nasib dapat juga telan.
Setibanya di rumah, aku difitnah bahawa aku menangis ketika bersunat. Teruk betul Abang Kamal. Maka berduyun-duyun saudara mara menggelakkan aku walaupun ia adalah tidak benar.
Aku menangis lagi.
Malam itu Abang Zul membelikan alat permainan ala-ala Brick Game tapi kat dalamnya adalah permainan bola sepak. Siang malam aku main alat permainan itu, maka bebanan yang aku alami petang tadi sedikit berkurangan. Rumah nenek aku hanya ada satu televisyen dan aku hanya dapat dengar suara Mickey Mouse dari jauh. Aku dengan Apis sepupuku memang tak ngam, asyik dia je dapat tengok televisyen dan aku terperuk di bilik bawah keseorangan.
Sudah jatuh ditimpa tangga (perumpamaan sahaja).
Pagi itu aku terasa ada benda yang bergerak-gerak dalam kain aku. Sial betul Abang Kamal tengah mengusha kemaluan aku, padahal dia pun bersunat macam aku juga dulu.
Aku menangis lagi.
Memang sedih betul aku ketika itu, aku tak terdaya langsung melayan karenah Abang Kamal yang gila-gila itu. Apa-apa pun mereka tetap abang aku walaupun masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.
Aku rasa ketika aku bersunat memang tak seronok sebab aku seorang diri, lagipun kedua-dua sepupu aku adalah perempuan. Tapi bila Abang Kamal bersunat aku rasa semacam gembira sangat sebab dia tak seorang diri sebab ada Abang Zul, Abang Man, Abang Min, Abang Fauzi, Abang Usop dan Abang Din ketika itu. Memang penuh satu rumah nenek aku dengan mereka bertujuh, mungkin perbezaan umur yang ketara antara aku dan mereka membuatkan aku tidak layak menyertai mereka.
Walau apa pun bersunat memang tak sakit, cuma pengalaman bersunat je memang sakit sedikit bagi aku.
Sumpah tak tipu.
Kamu Sudah Bersunat Belum?
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














Shared
45 comments :
aku ada satu
haha
hari ke 5 dah naik basikal..
langsung bentan.. haha
*nasib baik aku juga perempuan
amie, aku pun. Yang lama lagi tahan lama dari yang sekarang kat pasar malam.
menteil, memang patut pun. bentan tu apa?
deedlebag, macam mana kamu tahu? Abang Kamal yang cerita ke?
oh Ynn, abang sepupuku bukan kuman je ada siap ulat pun ada.
*btw: terima kasih melawat....
ko sme mcm aku,,,
aku dlu pun tkot sunat,,,
pakcik aku pn mcm abg ko,,,
bg kata2 rangsangan yg agak merosakkan pmikiran budak ntok sunat
kuang kuang kuang...(pecah rahsia cato patchi)
pompuan pon bersunat juge..
wooo...ari ni ckp bab bersunat yer...
nostalgia sungguh!!
*mmg x sakit tapi pengalaman tu yg sakit..hehe btol2 aku sokong statement nih..
kalau x...
sure ko pung same...
Seawal umo 9 tawun dan bekhatan. :)
p/s: kalau bentan memang sakit gile time .......
sunat yeh..
sakit x?
hak3..
ultramantarojuga, sekarang aku ada mangsa baru yakni anak saudara aku.
Shemmi, tak dapat aku bayabgkan.
EiNS, suruh dia call aku.
Lup-duP, biasalah tu barang baik punya.
mrblind, untuk apa?
hajime, hehe.
Eriyza, orang tua pun ada yang bersunat.
Uncle G, bentan tu apa?
shaxx, buat malu kat adik-adik je.
nur liyana, cubalah.
Weed and Bandages, tak baik nanti mata timbir.
Che Sue, ouch.
afzan ; NA, hehe.
nur'ain lǝɯoɔ, memang kiut selepas dipotong.
klu x,aku akn kco die yg mungkin boleh mnyebabkn bentan..hahahaha..
aku rase kan,kite sunat klinik same.hurm.aku kah orang yang ade kat dalam bilik tu same an kamu?
demmm!
bile terbace entri ni... miahahaha
tak mo ingat citer tuh... ngeri..
muahahaha.
cookie, katakan ia palsu semata-mata. Haha.
Mr. Azman @ Kreuger, ini belum masuk cerita hantu lagi ya.
ohh. bgus ngt mu... dop skt sket!
salam sayang
pengganti pasa sanda
ha kan dah kene sound ngan adik sendiri. karang budak tu tak nak sunat baru tau.. haih
JRY, aku hanya aktif di waktu malam.
Darkheart, hebat.
cikyuyu, mana sakit?
The Spiral Eyes, buih sabun?
Madu Warna Biru, nak tak nak memang kena sunat juga.
(haha power tak?)
lama dulu...
barang halus lagi mase tu...
hahaha..
salam perkenalan marzuki
ingat lagi dulu masa adik n kazen aku bersunat, aku la yang jaga makan minum derang, suap derang, bagi minum, ape ape yg derang nak aku layankan je...aku pon tatau nape aku baik sangat tyme tuh..hahaha..=p
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>