Aku kena tag lagi oleh Nor Aini, seorang wanita yang perasan comel dan kurus walhal tersangat boyot dan boroi. Dia adalah musuh tapi mesra buat aku, jadi aku tak akan melengahkan masa untuk menjawab tag-tag dia. Punyalah banyak sampai tak terjawab aku dibuatnya.
Tag ini aku jawab sebab aku suka ambil gambar dan tunjukkan pada umum, maka hayatilah setiap gambar yang aku tunjukkan ini. Rasanya semua gambar aku bermula pada tahun 2004, jika mahu lebih marilah ke rumah aku untuk membelek album gambar lama aku.
Aku ada scanner tapi tak pandai nak scan. Apa-apa sajalah.
9 Gambar Mengenai Aku :
Kalau tak silap ini masa semester 1 di politenik. Yang berbadan boyot dan boroi seperti Nor Aini ni namanya Pok Te. Dia adalah roomate aku yang paling baik sebab tak pernah buat hal dengan aku. Kiranya sekepala, kalau dia lapar dia curi mee Maggi aku dan kalau aku lapar aku curi roti coklat dia. Nanti aku buat entri untuk dia sebab banyak sangat cerita aku nak kongsi.
Aku tak suka dengan keadaan aku ketika itu, masa aku nak dating dengan Suhaila tiba-tiba anak saudara aku nak ikut. Masa itu aku baru pelan nak pergi karaoke, kecewa betul. Tapi akhirnya aku pergi juga karaoke, dengan anak saudara aku sekali berkaraoke walaupun baru berumur 5 tahun. Bila dia sudah bosan dengan suara aku yang tak sedap tiba-tiba dia tutup plug mesin karaoke. Aku pun apa lagi balik rumah dengan perasaan hampa. Tapi sebelum tu aku ajak Suhaila temankan dia main buaian, jongkang-jongket dan papan gelongsur dulu. Senyuman itu adalah palsu 100 peratus.
Sudah semestinya mak aku. Tapi ini mak angkat aku, gambar mak aku ada tapi lain kali aku upload. Dari kecil lagi aku tinggal dengan mak angkat aku, secara tak langsung kasih sayang aku mungkin lebih sedikit kepada dia. Tapi dua-dua tetap aku sayang. Mak angkat aku ni sangat baik dan antara yang paling baik dalam dunia ni, kadang-kadang aku sedih sebab aku sangat jahat dan antara yang paling jahat dalam dunia. Susah kan jadi lelaki?
Aku jarang buka mulut ketika senyum sebab aku susah nak senyum. Tangkap gambar pun masih buat mimik muka serius kononnya kacak dan hensem. Sebenarnya tu semua nak tutup rahsia sebab gigi geraham aku sudah berjaya dicabut sebanyak 3 batang. Tapi taklah seteruk Magibon bukan? Kadang-kadang aku kasihan jugak kat Magibon sebab tak habis-habis orang kutuk dia, seluruh dunia pula tu pasal dia tak punyai gigi yang cantik.
Aku rasa senyuman ini tak adalah antara yang terbaik. Dan aku rasa sangat seronok ketika itu. Hehe, malulah nak cerita lebih-lebih.
Aku bukan peminat kumpulan Newboys atau Boboi oke, cuma ketika zaman itu rambut belah tengah adalah gaya yang paling top. Aku rasa semua ni hal remeh temeh je, kalau tak percaya kamu tengok gambar kamu 10 tahun lepas. Masa ini kalau tak silap baru habis peperiksaan SPM dan yang mengambil gambar itu bekas teman wanita aku. Entahlah, aku pun dah lupa. 25 Januari 2009 ini insya'Allah dia akan bertunang dan aku doakan dia kahwin cepat-cepat. Berani ya kamu curang dengan aku dulu?
Oke, ni dia pengarang jantung dan limpa aku. Pejam celik dah 3 tahun aku berpasangan dengan dia dan alhamdulillah dia masih kekal dengan aku. Mak aku pun sayang sangat kat dia sampai dia sendiri tertukar mana anak dia dan mana teman wanita dia. Aku sebenarnya malas nak berpasangan lama-lama, doakan aku kahwin cepat-cepat.
Aku malas nak tangkap gambar anak patung ke, tabung syiling ke, bantal busuk ke, kad raya ke atau seluar dalam aku ke. Apa kamu fikir aku gay? Aku rasa gambar air botol masih oke kot sebab tidak berunsur lucah atau berbaur politik. Sekurang-kurangnya boleh menghilangkan dahaga dan melegakan kentut yang berbau. Kalau ketiak masam boleh minum air botol Pepsi dan kalau kuku kaki cekam boleh minum air botol Coca Cola. Eh! Tipu jelah.
Aku jarang pakai baju putih ketika dating dan ini antara baju putih kesukaan aku. Dibaju itu tertulis 'Kill Fucking Kolonel', aku sangat benci ayam goreng KFC sebab aku dah jatuh hati dengan ayam goreng McD. Tengok rambut aku tu macam syaitan gondol je, aku bencilah berambut pendek sebab tak kacak dan hensem langsung. Janggut pun tak lebat lagi, sama macam Awang Dogol. Tapi misai ada iras-iras Datuk K bukan?
Akhirnya siap juga aku jawab tag ini, laparlah pula. Mahu temankan aku pergi KFC?
Eh! McDlah.
9 Gambar Mengenai Aku
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
















Shared
32 comments :
mouth open ke mouse open?? rujuk gambar yang dgn ank sedara tu..hehe
ni naik lepas orang tengok muke nko juki.
keh keh keh.... aku tak sanggup ar kalau
kene tag jenis ni... aku tak suke bergambar.
muke ku hodoh dan terbakar (Fredy Kreuger) kan..
kekeke~
Kreuger®
gambar paling tampan pada pandangan aku ialah gambar with the lamest pose & with your best smile (mouth open)..ahaha
na[d]iEya ~!, terima kasih. Haha...
sickchild72, aku tag kamu balik.
chokilala, menarik sebab kau tertarik dengan muka aku yang kacak dan hensem bukan?
sy paling benci dapat tag kalo nak bergambo2 cam nih
sebab nye
sy xder camera
kalo x
dah lame sy show off muke yg cute nih
bro nak taje sy beli camera baru x?
ngeh3
demand*
Dah nampak matang. Leh nikah dah. :)
maoz, isk...
Lup-duP, panggil Marzuki je. Bahaya panggil abang ni.
mrblind, nabil mentor ke? Aku ingat aku je yang perasan, haha.
Eriyza, terlebih boleh. Haha...
kesimpulannya, kekalkan fesyen rambut seperti foto pertama. kacak. haahaha
ala lu pminat tomok lu takmo ngaku..haahah!
tapi yg ni
A picture of you with your best smile (mouth close).
nape nampak cam Jack milik kapten Barbosa dlm cite Pirates Of The Caribbean lak
sila kawin cepat2 :D
cepat-cepat lah kawin..
Hihi..
=)
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>