Follow MarzukiJalil on Twitter

Adakah Kamu Seorang Penagih Blog?

Satu soalan bonus untuk kamu, adakah kamu seorang penagih blog?

Akhir-akhir ini aku rasa aku perlu kurangkan masa bersama beberapa blog aku ini, mana-manalah asalkan ia blog kepunyaan aku. Mungkin aku perlu tumpukan blog ini sahaja sebab aku takut aku terlalu membazirkan waktu sosial aku bersama kawan-kawan, keluarga mahupun televisyen aku. Sumpah aku jarang tengok televisyen semenjak akhir-akhir ini.

Selepas ini aku ingin berkaraoke, mencari pakaian bundle, meronda kampung, mengajar anak saudara asas berbahasa inggeris dan menolong mak di dapur (pembetulan : mengacau bukan menolong). Aku nekad.

Boleh dikira dengan jari rancangan-rancangan televisyen yang aku sempat menonton, rancangan terakhir aku menonton adalah rancangan Dirty Job disaluran Discovery. Rancangan itu sangat menarik bagi aku sebab di dalam dunia ini banyak pekerjaan yang boleh dibuat selain menjadi seorang penagih blog yang boleh membuang masa dan duit kita.

Kamu macam mana pula?

Alang-alang kamu dah baca blog aku yang separa lucah ini lebih afdal kamu bacanya sehingga noktah terakhir. Mari kita lihat apa simptom-simptom seorang penagih blog, jika aku silap maafkan aku.


Ini mungkin kamu

Simptom-simptom yang biasa dihadapi seorang penagih blog :-
  • Kamu ingin melihat blog kamu setiap seminit walaupun kamu sedang bekerja ataupun sedang berehat.
  • Kamu akan jadi bimbang jika bekalan internet terputus atau tergendala, kemudian menyalahkan perkhidmatan Streamyx atas segala kesulitan.
  • Kamu terlalu mengambil serius terhadap komen-komen yang diberikan pengomen, jika silap gayanya kamu akan mengeluarkan satu entri tentang pengomen itu.
  • Kamu berasa tenang dan selesa selepas berjaya membuat satu entri yang berkualiti dan kemudiannya kamu akan berasa cemas dan takut kembali memikirkan apa entri yang kamu harus tulis selepas ini.
  • Kamu berusaha dalam masa yang singkat untuk jadi penulis blog yang hebat walaupun baru membina blog.
  • Kamu meletakkan diri kamu sebagai seseorang yang penting didalam arena blog ini dan merasakan pembaca blog kamu memerlukan kamu jika tiada entri dihasilkan.
  • Kamu memberikan lebih nilai kepada laptop kamu berbanding teman wanita kamu.
  • Kamu mahu pengasingan diberi daripada dunia supaya kamu boleh bersama dengan laptop. Paling kamu tak suka ketika menulis blog sekumpulan manusia bercakap kuat dan membuat bising.
  • Kamu ditegur oleh teman wanita ataupun kawan-kawan kamu bahawa kamu sudah mulai berubah.
Malas nak cakap banyak, cukup setakat ini. Boleh tambah hingga seratus lagi simptom jika kamu mahu, tapi itu aku inginkan jika kamu mensia-siakan hidup kamu.

Blog itu membunuh, sama seperti dadah. Dan kamu salah seorang penagihnya, sebelum terlanjur katakan TAK NAK pada blog. Eh! Bukan tolak semua blog oke, blog aku ni bacalah seperti biasa.

Satu lagi aku nak kongsi, menjadikan amalan menagih blog sebagai rutin harian tidaklah begitu elok. Entahlah, memandangkan blog ini blog untuk golongan dewasa maka aku harap kamu faham-fahamkanlah sendiri. Kamu sudah ber'bulu' bukan?

Kaedah rawatan yang boleh diikuti oleh penagih blog :-
  • Bataskan beberapa entri dalam blog seminggu, contohnya 1 entri mengikut kesesuaian. Jika kamu penagih blog tegar, cubalah 2 entri setiap seminggu.
  • Membela haiwan peliharaan contohnya kucing atau Sugar Glider. Sekurang-kurangnya masa kamu terisi untuk membasuh najis mereka.
  • Jika kamu tidak pandai bersukan, cukuplah sekadar menyaksikan orang lain bersukan.
  • Jangan tinggal di rumah, pergilah ke mana-mana sahaja untuk bersiar-siar atau berkelah.
  • Erm, paling mudah berhenti melanggan perkhidmatan Streamyx.
  • Kalau mahu yang lebih hebat, kamu online tanpa henti jika kilat sedang sambar menyambar. Kamu mungkin mati bersama blog peribadi kamu dan aku akan selalu merindui kamu.
Apa aku mengarut ni?

Sebenarnya menulis blog memang menyeronokkan dan aku paling seronok menulis tentang hal peribadi. Kesimpulannya janganlah membiarkan blog kamu mengawal cara hidup kamu dan sebagai fitrah seorang manusia ianya haruslah diisi dengan pelbagai aktiviti yang lebih baik lagi.

Notakaki : Tiada lagi blogmenjerit, harap maklum.

57 comments :

menteil said...
aku penagih blog!!
kompem!

aku blogger yang tegar.. haha..

tapi tak la sampai cam budak tarik CPU tu.. haha..
adil said...
dulu aku addict juga dengan blog ni.
simptom no 1 tu sejibik mcm aku dulu2 masa kerja.
tp bila da lama, aku rawat diri aku dengan menjauhkan diri aku dengan internet. lama2 da jadi ok. hehehe....

cuba la jauhkan diri dari internet sebulan ke. insyaAllah tak addict da. hehehe...
eSempoi.com said...
haha... memang tak salah lagi....aku penagih blog..

Biase la, blog ni kan hasil usaha kita sendiri, kita akan sayang kat dier sangat2
chokilala said...
memula dulu masa kat blogspot aku addict gak. bila family ajak kuar time aku tgh update, mula la mengelak. kalau kuar pun, muka ketat. lol

tapi skrg aku da x addict sgt. bwk2 la lepak dgn kwn2 ke, so xde la asek igt psl blog da. tapi part yg rasa tenang lepas publish then cemas utk next entry tu mmg aku. sampai skrg pun *haiz*
QueeN said...
bagus gak tu..
lepas tu jgn lupa masuk mysahabat.org yek.
heee...
hanis said...
ye leh...
aku pun dah addicted
aqila aini said...
haha.. dulu aku addicted.

tapi, aku memang nak hilangkan.

so, apa yang aku buat, mula2 update 2 3 hari sekali, then 3 4 hari sekali.

then, seminggu sekali. atau tak update langsung. *yang ni tgh try*

tapi, aku tetap suka baca blog org. cuma, dah kurangkan update je.

heh.
kikiEy said...
haha.

aku termasuk dalam simptom ini!
JM said...
sungguh ampes yg last skali tu.. ekekeke
amie. said...
aku post hampir setiap hari!
maw kurangkan!
heee~
A-K-U said...
memang pun....dlu aku ye...gile blogging btul..ari2 hapdet..padahal xder readers pun..cess...

skg..blog tu aku da biarkan berhabuk..wat diari lak...x terlalu fanatik dan x obses..ngeh2...

actually..aku bukan la si blogger tega..tp aku si chates tega...bru2 ni aku siap ambik pendekatan nk potong stremix lagi..sebab aku rase..si chates tega..xdek real life la..aku xnk cmtu...aku ade family..dak bnyk kucin tuk aku uruskan..
cato;patchi said...
asal takde blog menjerit lagi dah?
Ir. hydir said...
kurangkan blog...lebihkan bersukan... ataupun buat blog tentang sukan... hahahah
Eriyza said...
Masa memula memblog dolu, takde ramai lg bloggers wujud tp mmg suka tulis blog. Walo apa pun, cheq maseh punya masa tuk wat ektibiti len. Kena pepandai bahagi masa tp selalu gak kena marah dek parents sbb abaikan tv tuk pc. Hehehe!!! :D
BudAk hijAu said...
aku mmg malas update blog,kdg2 la.. :D
tp aku mmg ketagih bca blog org...
sapa nak jawab...hahahahaha...
Signorina Syima said...
notakaki: kenapa blog menjerit dah tak de??

camana kamu dapat idea untuk merapu??
Raver said...
wahahaha.
bijak betol ko terbalikkan monitor ko kan
memang aku gelak besar kot.

aku addicted sekejap.
sekejap sangat2.agak2 ar,kira tak sekejap tuh?
:D
Che Sue said...
owh..sy bukan penagih tegar lagi...if yes, sy akan enroll diri sendri masuk pusat serenti utk bloggers...huhuhu..
EM AN said...
abistu, kalau semua orang berenti main blog, sapa pulak yang nak tulis entri dengan baca blog kau ni? haha.
amie said...
aku pun da lama xtgk tv
tp bkn sbb blog, kot
teheee
Sue Anna Joe said...
# Kamu ingin melihat blog kamu setiap seminit walaupun kamu sedang bekerja ataupun sedang berehat.
# Kamu akan jadi bimbang jika bekalan internet terputus atau tergendala, kemudian menyalahkan perkhidmatan Streamyx atas segala kesulitan.
# Kamu terlalu mengambil serius terhadap komen-komen yang diberikan pengomen, jika silap gayanya kamu akan mengeluarkan satu entri tentang pengomen itu.
# Kamu berasa tenang dan selesa selepas berjaya membuat satu entri yang berkualiti dan kemudiannya kamu akan berasa cemas dan takut kembali memikirkan apa entri yang kamu harus tulis selepas ini.

Menepati ciri-ciri aku. Yeah hidup itu blog. Weh, sugar glider, bukan glinder. Kikikiki.
Aisyah Rozi said...
ok terasa.

i pun penagih blog la.

cis.

hahah.

ey ey, message sebelum comment form kita sama ah. haha.
lindosh said...
oh

baru aku tahu kau owner blogmenjerit.

gambar kau tidur berteman kan pc memang hebat. nampak sangat macam penagih internet. memang pun kan.
Lup-dup said...
ohw phw...aku akan merindui mu..hahahaha
akusape! said...
hahahaha...aku seorang penagih blog....
+dat!n iLLiani ariFFin+ said...
aku ceni ke???? huhu....tp ni cm da masuk icu je..
@LiYaNNuaR said...
yes i do... mengaku aje... seorang penagih blogggg... ha ha ha...
Mr. Azman @ Kreuger said...
ahahhaha... thanks cikgu
nko dah sedarkan aku,
aku amat menghargai setiap entri mu
semakin beharga buatku~

ekekeke... memang aku blog adict yang giler
dan perlu diubati~

Kreuger®
yunnne said...
aduh..kamoo mmg penagih blog..
gambar kamoo ngan pc mu mmbuktikannya..
yup..
syabas.
AkiM said...
aku penagih blog dulu, tapi aku dah berubah..

syukur...
SUXX said...
biasalah semua ni bermusim,dulu myspace.

gilalah aku pun terjerumus,makcik aku pun ,jiran aku yang keje goverment pun.semua pun.
datuk seri said...
bahasa kelantannya bedooh...hehehe
mrsbubu said...
haha
aku pun penagih tegar blog
adoi
tp skg da malas skit
;)
queenrara said...
haha :P chokilala skrg boleh menjauhkan diri dari blog since ada boyf kan kan kan :P
KAHKAHKAH

saya adalah penagih blog cemanakah ini ? T_T
wuuu *nanges esak esak*
Ahmad Azrin Aziz said...
nice blog.. link me pliz.. :)
shaxx said...
aku belum sampai tahap addicted.. so kira ok la walaupun aku nampak macam addicted tp tak sebab tak dpt blogging pun aku happy jer... dan aku memang x guna streamyx... hahahah
cendawanintim said...
lebih baik jadi penagih blog...daripada jadi penagih dadah n ganja!
oh Ynn said...
sy tidak menagih blog, sy menagih teh o ais. cmne nih, bila nk kurang tah =.=
*Sarah is the One said...
aku memang nak kurangkan. tengoklah maybe kau lagi berjaya dengan cemerlang subjek ini. selagi aku belum mula sambung belajar balik, masa aku sangat banyak, tapi aku rasa aku nak buat benda lain pula,



p/s: aku memang pernah resah tidak berblog, sekarang aku malas dan aku nak komen blog orang entri aku suka. hahahaha. aku try untuk limitkan. benda yang melampau semuanya memang tak bagus. terima kasih
kotak-katik said...
Hahahaha.

Oh! aku addicted kpd blog aku.

mungkin aku bcinta dgnnya.
waras said...
blog ini 'pembunuh' senyap . tak sedar kita dikawal. last2 in real life pandang kiri kanan kosong, hanya laptop sebagai peneman. huh, mari kita mulakan kehisupan yg sehat....


:)
dukerobin said...
nampak nya aku hampir2 jatuh cinta dengan blog aku....yer ker?? Anyway memang ada beberapa point terkena kat aku...
an2blur said...
aku pernah menjadi penagih blog,
tapi percayalah ko, dalam 2 atau tiga tahun akan datang aku pasti ko akan ada perasaan fedup nak blogging.
masa itu ko akan digelar blogger yg cool sbb baru pulih dari ketagihan.
hehe.
peace.
AkuKopiKauSiapa? said...
point yang terakhir..kawan-kawan dan teman wanita mengatakan aku dah berubah itu mmg tepat..
percakapan aku dan pemikiran aku menjadi seperti apa yang aku tulis di blog. aku lebih bercakap bahasa baku. walaupon dahulu bercakap bahasa baku. tapi sekarang sangat melampau-lampau dan susunan ayat pun lebih teratur. haha. menulis pon menjadi gian.
Shemmi @ Tachi~Hajime said...
emh...agak ketagihan..
tu yg kadang2 sasau..meracau xde bahan nak disumbat dlm tengkorak blog ku...hehehe..
kumbangkecil said...
aku suka dirty job!

haha.lari topik jap. XD
izzyzatt said...
haha!!saye separa penagih dulu...kini tidak lagi!!!!!lallala~~~

tapi, cam ramai gak blogger cam tak pnh tinggal pc...haaa~~~*wonder how they survive*
Sunshine in the morning said...
salam..
sekadar melawat..
hehe..
sy juga kini mnjadi penagih blog..;DD

senang2..
kunjung la ke blog sya
addyaholix said...
rasanya saya antaranya haha!
si kicik chomot said...
aku da malas kot ?
hahaha
tp aku rajin bace blog orang
blog sndri kdg2 rasa cam malas update pon ada

apekah aku masih penagih blog?? :p
Myra said...
Haha aku ada simptom ni sahaja

- Kamu ingin melihat blog kamu setiap seminit walaupun kamu sedang bekerja ataupun sedang berehat.

aku study dpn blog aku. dalam masa 10 jam study, selama beribu kali mata aku lari pandang blog. kadang kadang aku baca balik previous posts aku berulang kali dan merasa terharu terhadap blog aku sndiri.

Hahaha gambar lawak.
syakey said...
gamba lawak.
haha XD
EiNS said...
emm, dh stop ke blogmenjerit?

nape plak?
akusiktauk said...
blogging ni life aku.
wee~
Tony a.k.a Dashboards said...
.::.Aku baru lagi dlm dunia blog.::.
.::.So ak blm lagi jadi penagih blog.::.
.::.x nak ah jadi macm budak tarik cpu tu.::.
.::.hahahah.::.
Nadine Zuharra said...
salam singgah..hehe,tersengih bace citer psl blog addicted nih..best ah!

mm,tulis blog zmn study dulu2 asyik tak menjadi je..almaklumlah bz,la nih baru ade mase..tu pun tk rajin sgt nak update tp menyinggah kat blog orang lain mmg hobi aku..hehe..
sufian said...
lawak tul gambar tu..haha

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered