Follow MarzukiJalil on Twitter

PPSMI Nak Diteruskan Lagi Ke?

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara umumnya diketahui diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam blog beliau ada menjelaskan panjang lebar tentang dasar PPSMI yang diperkenalkannya setelah banyak pihak kurang setuju khususnya bangsa Melayu setelah dilaksanakan pada tahun 2003.

Aku rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini setelah menonton rancangan Isu Semasa di TV1 semalam. Mujurlah ahli panel yang dijemput seramai 3 orang dan hanya 1 orang sahaja yang menyokong kerajaan.

Aku tabik dengan ahli panel 2 orang itu, maaf aku tak hafal nama.

Aku bukan tak sokong kerajaan, tapi aku kasihan kat pelajar-pelajar sekolah yang menjadi bahan eksperimen mereka.

Kalau rasa nak buat sangat dasar PPSMI lebih baik mansuhkan terus bahasa melayu di Malaysia dan jadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Aku rasa itu lebih cepat kalau nak semua pelajar fasih berbahasa inggeris.

Dan mungkin kita boleh perkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris (PPBMI) kalau semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris.

Ini tidak, baru buat dasar PPSMI dah nak bandingkan dengan Singapura. Singapura mana ada dasar PPSMI bodoh? Kalau nak banding dengan Jepun bolehlah, dia tak guna dasar PPSMI pun dia boleh maju. Pendek kata segalanya terpulang kepada pelajar itu, kalau dia nak jadi bodoh dia akan ikut cara bodoh dan kalau dia nak jadi pandai dia ikut cara pandai.

Betul tak?

Apa, kalau tak guna bahasa Melayu sepenuhnya tak maju ke orang Malaysia? Orang Malaysia tak maju sebenarnya sebab dasar-dasar yang ada memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kalau nak menyeru rakyat Malaysia untuk jadi pandai sila haramkan rancangan-rancangan hiburan yang bodoh yang sedang disiarkan di saluran-saluran TV swasta. Tutup Akademi Fantasia, tutup Sehati Berdansa, tutup One In Million, tutup American Idol dan tutup segala macam lagi rancangan-rancangan yang bodoh. Bila rakyat Malaysia sudah bodoh khususnya orang Melayu, nak tengok Al-Kuliyyah, Jejak Rasul, Mari Bertaranum pun jadi tak ada minat.

Kalau PPSMI diteruskan maka bahasa Melayu sudah senasib dengan tulisan Jawi. Mengaku jelah ianya sudah berlaku didepan mata kita sekarang.

Ilmu memang mudah didapati dalam bahasa Inggeris, aku pun tahu semua itu. Tapi PPSMI bukanlah satu-satunya dasar yang terbaik. Kalau kamu hanya rasa PPSMI itu adalah dasar mendidik yang terbaik bermakna mereka yang lembab.

Negara dulu-dulu mereka tak senang-senang nak tukar bahasa mereka. Dulu orang Islam sangat berilmu bukan? Semua subjek mereka kaji, maka lahirlah banyak tokoh ilmuwan islam yang terbilang. Akhirnya orang bukan islam pun nak belajar juga, golongan ini memang pandai bahasa arab. Maka mereka mencetak ulang kandungan buku-buku dari golongan bukan islam ke dalam bahasa mereka. Mereka pun tak bodoh untuk gunakan dasar PPSMI semata-mata nak dapatkan ilmu. Akhirnya mereka lebih maju dari negara islam.

Eh! Kita negara islam belum?

Ilmu ni tak kisahlah dalam bahasa apa pun, asalkan orang boleh belajar. Senang cerita kita perbanyakkan cetakan apa-apa buku ilmu ke dalam bahasa Melayu. Kalau PPSMI diteruskan lagi aku tak tahulah setakat mana kempen membaca boleh diteruskan. Nak baca buku bahasa Melayu pun malas, nak baca buku bahasa Inggeris lagilah malas.

Itu baru aku cakap kat kerajaan, tak cakap kat rakyat lagi.

Kita tengok diri kita sendiri sudahlah dan kamu tanya kepada diri kamu "sejauh mana kamu sayang Bahasa Melayu". Kalau kamu sayang Bahasa Melayu maka kamu tolong guna bahasa Melayu kamu baik-baik.

Tak payah tengok jauhlah, kamu tengok blog kamu dan blog kawan kamu sudah. Tanya dia pula "sejauh mana mereka sayang Bahasa Melayu". Aku nak tegur salah, tak tegur pun salah. Kalau aku tegur lebih-lebih kan nanti orang cakap aku gila bajet dan terus ban blog aku.

Senang cerita aku nak tegur yang kita ni sayang bahasa hanya pada nama (sama macam kita sayang agama) nak gunakan dengan sebaiknya punyalah susah.

Berapa ramai orang kita guna bahasa Melayu dengan betul huh?

Ada yang guna bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris campur-campur, ada yang langsung tak guna bahasa Melayu, ada yang guna bahasa Melayu dengan penulisan huruf besar diselang-seli dengan huruf kecil, ada yang guna bahasa Melayu dengan singkatan ejaan dan ada yang guna bahasa Melayu dengan semua sekali diatas.

Tu tak termasuk dengan kesalahan tatabahasa lagi, kalau tak aku pun tersangkut sekali. Hehe.

Guna bahasa Melayu dengan betul pun dah nak malu, guna bahasa Inggeris tak malu pula? Aku bukan bagus sangat menulis blog pun, aku bukan pelajar lepasan graduan dari UiTM yang menawarkan khusus berblogging pun itu hari. Aku guna bahasa Melayu dengan sebaiknya berbekalkan sijil SPM dengan keputusan matapelajaran bahasa Melayu gred B.

Gred aku B je, jadi kalau kamu nak kutuk aku pun aku persilakan. Tapi aku bangga sebab aku masih Melayu yang menggunakan bahasa Melayu.

Ingat! Menggunakan bahasa sendiri itu dengan sebaiknya itu adalah lebih baik. Kalau pekara remeh pun tak boleh nak atasi, lambat laun Malaysia boleh bungkus. Konsep negara islam pun tak diguna, konsep negara melayu pun tak diguna maka nak guna konsep apa?

Lambat laun nanti maka ramai lagilah orang Melayu bodoh tak boleh diajar dan orang Melayu cerdik tak boleh ditegur. Tunggu sajalah.

Cuba teka apa orang melayu suka cari dalam Google?

Kalau dulu jawapannya cipap Melayu, dara Melayu dan lain-lain carian dalam bahasa Melayu.

Maka lepas ni apa pula mereka akan Google?

Mungkin selepas ini setelah dasar-dasar PPSMI berjaya diterima oleh orang Melayu mereka akan menggunakan carian Malay pussy, Malay virgin dan lain-lain carian dalam bahasa Inggeris. Maaf sebab sedikit lucah tapi itu hakikatnya orang kita bukan?

Dan itu hanya satu gurauan dari aku, Selamat Tahun Baru 2009.

27 comments :

deedlebag said...
aku rasa mmg tak patot. benda tu membebankan pelajar2 ada lah. guna fully malay pon ramai yg tak lulus, lagikan english. spm aku bm dpt B jgak, tapi english A. haha. dan aku masih menggunakan bahasa melayu untuk berblogging.
EM AN said...
memang tajam menikam la :D
Zaini said...
"Mari Bertarum pun jadi tak ada minat."

eh bukan bertaranum ke?

kes typo atau sindrom PPSMI ni.

haha.

jangan marah marzuki.

selamat 2009!
Marzuki said...
deedlebag, aku terima je. Memandangkan dia nak ambil semua pandangan dari semua pihak maka aku pun memberi pandanganlah.

EM AN, maaf sebab tertikam. Dilarang tikam menikam oke?

Zaini, malunya aku. Haha, sebab ni la aku dapat BM gred B
Kreuger @ Mr. Azman said...
wah wah wah.... zalim nye bahase crawler google
hang... keh keh keh.. cam pernah carik jer?
ade lagi ker link tuh? bak se dua. *larik

ape ape pon... tak paham laa dengan kejutan
budaya skang ni... kite ni sampai satu keadaan
dah hilang punca. tak tau mane satu arah kite
nak ikut... betoi.. bukak mate luas-luas...
tengok bangsa kite:-
1. Bunuh
2. Rogol
3. Peras Ugut
4. Sex Bebas
5. Kolar Hitam & Putih
6. Rasuah
7... adus... tak sampai hati nak taip lagi
semu, kire kite juara laa..

sungguhpon cam tuh.. masih ade dari kalangan
kite yang still mempamerkan ciri-ciri
kutulenan Tuah & Jebat.


Dalam konteks ni aku cume nak cakap mereka
berdua adalah pendekar yang patut kite
teladani. Pro N Kontra terdapat pada keduanya.

Pikir ler kembali... kalau Tuah & Jebat ade..
nko rase macam mane bangsa kite sekarang???

Takkan Hilang Melayu DiDunia...
Tapi kita dimane???

Kreuger®
zariel said...
wuhu.cayalah artikel ko.sangatlah aku menyokong 99.99% pendapat ko tu.sampai aku tak tau nk komen cmna lg.hehe
Alang Fikri said...
pokok pangkal pada pelajar tu sendiri..kalau ditadahkan dengan bahasa inggeris 24/7,insyallah boleh berjya jika mereka berminat untuk memahami tiap ape yang dipelajari mereka..
Eriyza said...
Tahniah.
Topik yg bemanfaat dari kamu. :)
one love said...
shud!!

and why?
english itu penting!


lagipun tak mati anak2 kita kalau bercakap bahasa lain aih..

:)
cik kedondong said...
This post has been removed by the author.
cik kedondong said...
aku sokong ko marzuki

bukan masalah bahasa.masalah jati diri orang malaysia
kalo betul nak blaja boleyh je

tapi cam lemak lak.
graf pekse macam makin turun
macam semua orang senang dapat a

yang bandar memang maken pandai la
yang tak pandai yang dok kat kampung
yang cikgu2 english ajar english, math, sains dalam BM

pelik betol.
alah aku dulu blaja math ngan sains dalam BM
dapat jugak a
masuk uni dapat je markah bagos
takde masalah pon
letto said...
PBSMI
bodoh punye cikgu
ak mane dpt masuk activiti ni
pilih pelajar je

tapi math gan sains ak dpt A
padam muke cikgu
anak murid kesayangan dia xdapat ape2
.:LaDyHeaRT:. said...
walaupun aku ni cikgu english, tapi sori 2 say la aku pun x sokong PPSMI. skola aku tu budak kampung. tapi disebabkan terlalu tekankan bahasa inggeris akhirnya diorang tak tau nak cakap melayu. padahal bahasa melayu tu bahasa ibunda. tak malu ke bebudak sekarang mengaku warga malaysia tapi perkataan 'sengal' pun tak tau.. aku bangga jadi anak malaysia. selamat tahun baru!
~d!b@~ said...
iskk
topik yang menarik.. insaf rasenyee..
usaha encik marzuki berblog dlm bahasa melayu amatlaa mengagumkan.. xramai yg bole buat *cthnye saye*
papepon.. bkn sbb xsayang bhs melayu.. tp tu laa dh terbiase kan.. adeh! salah sape ni sbnrnye :P

kire mmg benarlah pendapat encik marzuki tu ;)
saya sokong!
mmg byk dasar2 baru yg dperkenalkan ni wat pening je.. yg kesiannye kat budak2 yg jd bahan eksperimen laa ~duh!
selamat tahun baru :)
DA1882 said...
gapena akan ambil tindakan pada 15feb ni kalo kerajaan tetap nak teruskan ppsmi tu kan? sama2 la tgk apa akan jadi nanti
asm said...
slmt tahun baru smga panjang umur murah rezeki
BudAk hijAu said...
english 2 penting,tapi xyah nak abaikan bahasa sendiri...guna pakai dua2..ok what!
niena said...
gune bahase inggeris agak lagi senang kot. gune due due pun senang kot. ahahahha ^_^
susah babe sape yang dah belajar math and science in english tibe tibe tukar bahasa melayu. mmng nak kene tempeleng. ahahahhaa ^_^ plus, nnt kat U senang sikit kot. =)))
~mademoiselle hana~ said...
tak payah kalut pon pasal ppsmi ni.
ada macam2 reason di sebaliknya.

cuma aku rasa bengang bila kementerian pelajaran pernah buat statement untuk jadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.
tapi PPSMI tu apa kes?
huh.
kalau nak btul2 bahasa ilmu buat mcm jepun ke german la.kita nak belajar kat sane pun kena study bahasa diorang.baru bahasa ilmu.
oh Ynn said...
aku kesian tgk adik aku. bila die tanya aku ape fungsi yease. aku dh koma. pdhal bende tu yis dlm roti

sbb nya dlu kite blaja sains dlm bm. skrg bi so kite pn jd bebal.

* bi aku pn biol jgk =.= kahkahkah
Mitsuo said...
best topik kali marzuki. azam baru ke? hehe!
letto said...
ak BM pun buleh B
mcm bkn org melayu lak
malu rasenye kt cikgu BM ak
nk buat cam mane mase dia ak tdr hhahaha

alat makmal pun leh tetukar
nk buat cam mane
campur siol
na[d]iEya ~! said...
Aku nak sgt komen tentang isu ni..
Tapi bila aku menaip,tiba² jadi panjang pulak..
So,aku postkan je kat blog aku sendiri..
Sebarang kritikan & pandangan adalah amat dialu²kan..
sickchild said...
bhahahhaa.
NAK TAU TAK.

AKU LAH MANGSA BAHAN EKSPERIMEN NYE TUHHH!

AKU 1ST BATCH ; PMR IN ENGLISH.
ALSO 1ST BATCH ; SPM IN ENGLISH.

syial an. hahahha. kesian aku.
kan da padan muka aku SPM HANCUS. bhahaha.
Anonymous said...
Makin lama diteruskan PPSMI makin hangatlah isu bahasa di negara kita. Mungkin dengan PPSMI ini akan mencetuskan satu dimensi baru situasi bahasa di negara ini. Mungkin bahasa Melayu akan betul-betul dibudayakan seperti bangsa Indonesia dengan bahasa Melayu Indonesianya.
a k h n a d i y ^ 47 said...
Bro, member aku ade komen pasa| menda ni. Aku tatau nk jawab pe?

FWD:
Friends,

Ridiculous. That was the first thing that came to my mind when I received the SMS news alert today from Malaysiakini: “The government admits that the policy of teaching Science and Mathematics in English has failed and will be scrapped by 2012”.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, the Malaysian Deputy Prime Minister and Education Minister, outlined several reasons the teaching of Science and Mathematics in English (better known by its Malay acronym PPSMI) “could not be implemented as desired”:

i. Only a small group of teachers were using English language fully in the teaching of Science and Mathematics
ii. Only a small group of Mathematics and Science teachers in secondary and primary schools who took the English language Proficiency Level Evaluation test last year achieved the proficiency level
iii. Gap in achievement between urban and rural schools in science and mathematics was becoming wider when the PPSMI was implemented
iv. The level of improvement in the command of the English language by students was nominal, that is, not more than three per cent throughout the implementation of the teaching and learning of science and mathematics in English

All these problems are nothing more than teething problems.

Remember, this national policy was implemented barely seven years ago. Just a few months ago the Director General of Education, Datuk Alimuddin Mohd Dom, said that it was still too early to decide on the effectiveness of PPSMI.

Only a small group of teachers proficient and teaching in English? Train and enforce it upon them. Get the school principal and you’ll get the rest.

Widening gap between urban and rural schools? In time, when rural students are more exposed to English, the gap would have gone back to normal. Heck, why is there a gap in the first place? Look into it, please.

Command of English improved just nominally? Wait a minute, it actually improved and that is considered as “bad”? How much improvement would it take for it to be considered as “good” improvement? Appreciate your victory in battles and you will win the war.

How the government plans to achieve the ultimate improvement of having Malaysians at the forefront of Mathematics and Science by scrapping this policy is beyond me.

Tan Sri Muhyiddin was also quoted as saying, “This decision is not political, we made the decision not for political mileage. What is Manek Urai compared to the future of our children,”

With all due respect, sir, I disagree. Even if this decision was all politics, we did not gain any political mileage from it. This will be deemed as another failure of Barisan Nasional (BN) as the government as we did not prepare for it properly when implementing the policy. This will be deemed as a submission of defeat on our part to the demands of street mobs and thugs. This will be deemed as strengthening Pakatan Rakyat and they will toot their own opportunistic horns claiming they were right all along to oppose this policy (while in actual fact they were opposing it for the sake of opposing the BN and to gain political mileage from language extremists).

Let me just say that Tun Mahathir made policy mistakes before, but he was right on PPSMI. It is the epitome of his forward-looking mind.

I hope this is not the last time we see the PPSMI. Rather, it is just a hiatus for the policy as we train and prepare our teachers and ourselves for its return someday.

God Bless Malaysia.


F.H.C.Y.

(thefadli.blogspot.com)
a k h n a d i y ^ 47 said...
secara dasarnya, dia x stuju PPSMI dimansuhkan. ko to|ong jawabkan... nnt aku paste kat b|og dia.

Ka|o aku paste ko nye current posting ni ok ke?
Cam kasar sgt |ak.. takott~

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered