Follow MarzukiJalil on Twitter

Win "Rocky" Win

Kebelakangan ini Abang Zul mempunyai hobi yang pelik, setiap masa membeli barangan secara online. Kalau 2-3 jenis barang masih aku boleh terima tapi kalau sampai sudah tak terkira apa kejadahnya? Aku bukanlah jahat sangat untuk dengki kat abang tapi kadang-kadang aku geram bila setiap kotak barangan yang sampai ke rumah terpaksa aku tandatangan.

Kesimpulannya, masa tidur aku 12 jam terganggu.

Abang posmen itu pun sampai sudah naik jelak melihat aku yang bermuka baru bangun dari tidur dengan bermulut penuh air liur basi. Tahi mata tak usah ceritalah, melekat sampai ke pipi.

Selepas aku catatkan butir-butir pengenalan aku sebagai penerima, aku menyambung kembali masa tidur aku yang terbengkalai sejak 5 minit tadi.

Apa yang aku tengok Abang Zul beli hanyalah baju, dompet, baju tidur (untuk isterinya), DVD, patung aksi figura, patung aksi figura dan patung aksi figura. Mungkin ketika zaman kanak-kanaknya mak ayah kami masih belum mampu untuk membelinya. Mungkin ketika zaman kanak-kanaknya juga perkhidmatan membeli secara online tidak diperkenalkan lagi.

Rocky Balboa, Rocky, Sylvester StalloneBaru-baru ini dia hadiahkan aku sehelai baju tapi aku memang kurang berkenan. Baju itu hanya sesuai untuk dia yang berperut buncit dan bukannya aku berperut ehem-ehems. Dia sudah tahu adiknya adalah satu-satunya benih paling kurus kering dalam salasilah keluarga tetapi tetap dibelinya saiz L.

Akhirnya aku simpan baju itu konon-kononya sayang nak pakai. Kamu boleh klik gambar untuk tatapan yang lebih jelas, sekarang aku guna plugin Thumbnail Viewer.

Kalau dia google 'Marzuki', 'Rocky', 'Win Rocky Win' atau 'perut buncit' dan menjumpai blog ini memang mati aku dibunuhnya. Syhh, diam-diam sudah oke?



Sebenarnya aku nak suruh dia beli t-shirt ini dengan ucapan 'kamu kan abang'.

13 comments :

deedlebag said...
macam mane kau buat pop-up tu? style la.
loque said...
giler lah bro
maksud sy yg tees bro nak tuh
mrblind said...
ceh..baju tengah berjimak lu nak beli..sungguh tak bertamadun..
na[d]iEya ~! said...
Oitt²..
Aku repot sama abg kau..ahaha
Eriyza said...
Semakin daku tidak paham
dengan budak nama Marzuki nih. :(
manje said...
simpan baju itu dengan rasa terpaksa ker??? huhu
kumbangkecil said...
haha. tuh ada maksud. sila lah tambah lemak2 di sekitar perut anda. Ia sangat membantu jika anda mahu pkai baju tersebut. muahaha
Lup-duP said...
teeshirt romen gak ko suke
Marzuki said...
deedlebag, aku guna plugin thumbnail viewer. Hebat bukan?

loque, sudah lama aku gila. Diam-diam sudah, syhh...

mrblind, berjimak hanya untuk manusia. Jika haiwan, kita menyebutnya sebagai mengawan. Jika robot, kita masih tiada perkataan yang sesuai kerana ia tiada jantina dan tidak diperanakkan.

na[d]iEya ~!, sudah report belum?

Eriyza, hehe.

manje, ada sesiapa mahu beli?

kumbangkecil, semua lemak menjadi tahi. 10kg aku makan, 10kg juga aku berak. Ada petua?

Lup-duP, aku suka pakai sahaja. Harap maklum.
loque said...
ha3...ssyyyhhh...
Truckster said...
owh baju robot teruja ni aku pernah miliki dulu.....yang versi hitam cukup kool dan selesa dipakai, tetapi ilang entah kemana?
Marzuki said...
loque, haha.

Truckster, aku yang curi. Star Wars memang cool.
sickchild said...
taknak baju tu bagi aku. tau. pos laju tauu.

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered