Petang kelmarin petir memanah distribution board rumah aku, nasib sistem pembumian rumah aku bagus. Selamat laptop aku, komputer abang aku, televisyen mak aku dan dekoder Astro anak saudara aku punya.
Tapi router sudah rosak, tak tahu kenapa rosak. Doakan abang aku beli router baru sebab dia memang banyak duit dan dan harap dia kasihankan aku yang sedang ketagih internet.
Aku sudah separuh mati ni.
Notakaki 1 : Sekarang aku sedang curi-curi menggunakan komputer abang aku, bila router rosak hanya abang aku boleh main internet. Sebelum abang aku pulang, baik aku blah dulu. Chow.
Notakaki 2 : Kabel dari modem ke komputer abang aku je yang berjaya online, kabel dari modem ke laptop aku plak yang gagal online.
Router Aku Rosak, Tak Tahu Bila Aku Akan Kembali Lagi
Sponsered
Bercerai Jua Akhirnya Mereka
Layout aku buruk hari ini, grrr...
Pagi tadi Suhaila mesej aku, katanya mak dan abah dia sudah sah bercerai. Sedih aku dengar, kemudian dia menelefon aku. Katanya mahu keluar. Kalau dia menangis memang susah aku nak memujuknya, cuma apa yang aku mampu hanya memberi semangat kepada dia untuk lebih bersabar.
Petang tadi dia menelefon aku lagi, tapi aku tertidur. Dan dia menelefon mak aku sebagai sumber kedua untuk meluahkan perasaan. Mak aku bukan dengar pun luahan dia, mak aku cakap kat aku hanya dengar dia menangis je. Best kan mak aku kamceng dengan dia? Cuma yang tak bestnya mak dia yang tak kamceng dengan aku.
Aku harap sangat mak dia bahagia dengan abah dia, mungkin mereka patut disatukan dalam Sehati Berdansa. Silap aku juga tak sempat ambil borang hari itu.
Bila aku bandingkan aku dan Suhaila dengan mak dan abah dia aku takut sangat kalau hubungan kami tak kekal. Mak dan abah dia selalu bergaduh, tak kira masa asyik bercakaran je sampai bercerai-berai. Berkali-kali aku pesan kat Suhaila, walau apa pun yang terjadi di antara kita jangan sesekali mudah meminta putus macam mak dia. Alhamdulillah, aku tak pernah minta putus dengan dia walaupun dia sudah bedozen-dozen minta putus dengan aku. Selepas satu peristiwa terjadi, akhirnya dia akur juga kenapa aku buat begitu.
Perempuan memang cepat terasa hati, sebab itu macam-macam benda bodoh mereka buat tanpa memikirkan perasaan teman lelaki atau suami dia. Mereka fikir keputusan mereka buat betul, tapi mereka tak fikir jauh di depan.
Maaf, aku meluahkan apa yang terbuku macam sudah sepuluh tahun berkeluarga pula. Bila aku dah berkeluarga nanti mungkin aku tak tulis blog lagi, aku nak bersama dengan isteri aku pula. Maka aku taip siap-siap sekarang, bertuah kamu sempat baca.
Aku kenal Suhaila masak sangat, mungkin aku boleh kekal dengannya sebab perangai dia tak menurun sangat dengan perangai mak dia, panas baran. Nasib baik juga aku tak termengorat adik dia dulu, perangainya macam singa. Ada yang berminat untuk jadi teman lelaki dia?
Aku doakan mak dan abah dia rujuk semula dan kembali kekal bahagia, tu je harapan aku.
Kita Semakin Membenci Hujan, Itukan Rahmat
Dulu aku suka sangat bila tibanya musim hujan, salah satu sebabnya aku tak perlu bersusah payah nak ke sekolah. Mak aku memang manjakan aku, boleh dikatakan 2 atau 3 hari sahaja aku ke sekolah. Hari ahad dan hari khamis adalah cuti tak rasmi untuk aku, akibatnya banyak yang aku tercicir dalam pelajaran.
Kamu ingat aku senang ke nak bangun pagi ke sekolah, dah la aku jenis tak mandi lepas tu liat pula nak bangun. Kalau mak aku tak rebus air untuk aku memang aku tak ke sekolah jawabnya. Tapi bila mak aku rebus air bukan aku mandi pun, cuma basuh badan je. Kepala memang tak kena air.
Maaf, aku memang tak mandi sebab terkena satu sumpahan. Semua orang cakap aku kambing, itulah sumpahannya. Tapi itu ketika sekolah rendah, bagi kanak-kanak yang kurus seperti aku memang patut aku kesejukan. Aku tidak mempunyai lemak yang banyak untuk membenarkan badan aku menerima haba yang secukupnya.
(Jika kamu seorang yang benar-benar prihatin, salurkan lemak-lemak anda melalui email yang tertera di sidebar.)
Sebagai alternatifnya selepas mandi aku tidur semula menggunakan cadar 2-3 lapis sebelum dikejutkan kembali untuk ke sekolah. Alah, 5 minit je aku tidur.
Tapi lepas balik sekolah memang menjadi rutin aku menikmati suasana kehujanan dengan limpahan air banjir disekeliling rumah. Biasanya hari khamis memang ada pasar minggu, aku akan menyuruh mak aku belikan sebuah motorbot bermati-matian. Motorbot ini hanya dapat dijana jika menggunakan minyak gas sahaja. Kalau yang mahal sikit guna ubat lampu* sahaja 2 biji.
Kadang-kadang aku main motorbot dalam banjir, kadang-kadang aku main dalam besen. Aku main keseorangan sahaja, abang aku ketika itu dah sibuk belajar untuk peperiksaan. Aku pun tak pasti betul atau tidak mereka sibuk belajar, sebab mereka pun malas macam aku juga. Yang pasti aku memang suka hujan.
Tapi sekarang kalau hujan semua pekara terbantut untuk dilakukan. Nak ke tempat kerja pun susah. Nak ke sekolah pun susah. Nak ke masjid pun susah. Tapi kalau temujanji, dalam hujan pun aku sanggup. Ah, tak payahlah cerita.
Cuma aku nak pesan, berhati-hatilah memandu. Maaf, entri lari dari tajuk.
Sponsered
Snippets
(Versi Bahasa Uganda di akhir entri ini)
- Semalam Pjoe umumkan pemenang cabaran 'Pjoe Memang WTFuck', dan aku dapat tempat ketiga dalam cabaran itu. Aku memang sudah agak Anasir akan menang tempat pertama, lagipun mereka
sedang hangat bercinta sekarangadalah adik beradik. Yang aku pelik lain gambar yang aku bagi lain gambar pula yang menang, tapi syukur aku menang. - Sekarang ini juga ramai yang telah tag aku, aku rasa macam ada pencemaran tag disana-sini. Semua tag bukan calang-calang, semua nak korek rahsia. Maaf jika ada sebahagian tag tidak dapat dijawab setakat ini. Aku harap jangan terlalu banyak sangat tag dilakukan, anda hanya membunuh blog anda sebab ia nampak seperti kebudak-budakan.
- Semalam juga aku rasa aku sudah terlebih tidur, memang lama aku tidur semalam lebih-lebih lagi sekarang musim hujan. Dan semalam juga adalah hari yang aku tunggu-tunggu sebab aku memang peminat Naruto. Sekejap lagi aku nak muatturun Naruto Shippuden episod 81 yang terbaru, itu pun kalau ada. Ada sesiapa yang minat Naruto Shippuden di sini?
- Sedang aku terlena tidur tadi kawan aku menelefon, katanya nak ajak aku keluar. Aku memang dapat agak dia mahu ajak aku pergi karaoke, sebab aku sayang tinggalkan cadar kesayangan aku ini. Kalau aku pergi pun memang dia sahaja yang syok, suara dia saling tak tumpah macam suara Datuk M.Daud Kilau. Suara aku jangan cakaplah macam suara Steven Tyler.
- Sekarang aku telah menggunakan sistem 'read more' untuk mengelakkan loading yang agak berat, aku pun tak tahu apa yang berat dalam blog ini.
Sebelum aku terlupa aku juga memasang sistem 'reaction' untuk memudahkan anda mengklafikasikan sesuatu entri di sini sama ada ianya sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat atau sebaliknya.
Notakaki : Entri ini ada macam blog Chedet tak? Aku demam ni, tak larat nak menaip lagi.
Nak Berak Pun Susah
Satu lagi entri jijik dari aku, maaf.
Sebenarnya entri semalam tak ada motif, jadi sebab itu aku buat sekual pada hari ini. Jika sambutan entri hari ini lebih banyak dari entri semalam, mungkin aku akan buat trilogi pula esok. Itu pun kalau anda boleh tahan muntah. Aku harap seseorang dapat translate blog ini ke dalam Bahasa Inggeris tanpa menghilangkan rasa dan bau. Bukan apa, aku hendak sangat kisah hidup aku difilem oleh Peter Jackson.
3 Situasi yang aku tempuhi ketika berak :
01. Tiada Air
Dalam minggu persekolahan itu gempar dengan masalah ketiadaan air, sampai aku pun terima padahnya. Dulu masa orang cakap mereka berak tiada air aku cuma gelakkan sahaja, "Alah, kamu istinjak la dengan batu. Bawa 5-6 ketul dan gosok sampai menggelumpas kulit kau". Semua orang gelak-gelak, "Haha, tak senonoh kamu Marzuki. Baik istinjak guna kertas pasir, lagi licin".
Ketika cikgu Bahasa Inggeris aku melangkah ke dalam kelas, aku meminta izin kepadanya untuk ke tandas sebentar. "5 minit sahaja ya!", tegasnya lagi. Aku pun set masa, alamak sudah 5 minit tapi air pula tiada. Aku rasa dunia ini seakan gelap, ini betul-betul mencabar kewibawaan aku. Aku buka pintu ala-ala James Bond, aku pandang kiri aku pandang kanan. Selamat tiada orang, aku pun bergegas ke tandas sebelah dan Alhamdulillah ada satu tandas yang masih mempunyai bekalan air.
02. Salah Tandas
Aku rasa aku nak terberak lagi, lalu aku berlari-lari anak menuju ke tandas yang berhampiran. Ada dua tandas tanpa label, aku tidak boleh membezakan mana tandas lelaki dan mana tandas wanita. Lagipun tandas itu masih baru dibina dan aku terus masuk dan melepaskan hajat aku yang sudah aku pendamkan sejak 5 hari yang lalu.
Di tandas yang bersebelahan, aku tedengar seseorang masuk ke dalam tandas. "Plepekk plepekkk plepeeekkkk", bunyi orang membasuh kencing menggunakan air paip. Dalam hati, "Mampus aku, tersilap masuk tandas wanita lagi". Lepas seorang keluar, dua tiga orang lagi perempuan masuk. Ada yang berak, ada yang kencing, ada yang menukar pad dan ada juga yang sekadar melancong di dalam tandas. Akhirnya aku keluar juga dengan wajah puas dan ada beberapa orang wanita yang terkejut beruk melihat kelibat aku.
03. Sakit Perut
Hari itu hari pertama temujanji aku dengan Suhaila, kalau tak silap aku makan di Pizza Hut. Itu juga kali pertama aku makan Pizza Hut dan itu juga kali pertama aku rasa nak berak ketika temujanji. Macam manalah aku nak cakap kat Suhaila yang aku nak berak, mahu peram tapi tahi ni rasa gatal mahu lihat dunia pula. Akhirnya sampai juga Pizza Hut, selepas makan beberapa potong aku pun dengar wajah tenang berkata, "Abang mahu ke tandas sekejap, nak berak". Suhaila tergelak lalu membalas, "Basuh bersih-bersih tau".
Selepas tahi itu aku lemaskan kedalam mangkuk tandas, terpacul sebuah senyuman diwajahku. Tanpa rasa bersalah, aku makan Pizza Hut dengan lahapnya tanpa memikirkan aku terlupa menarik pam tandas. Sah tahi aku belum lemas lagi. Boleh dikatakan setiap kali aku ke Pizza Hut, McDonald, KFC atau mana-mana restoran makanan segera bersama Suhaila mesti perut aku memberontak nak berak.
Sebenarnya banyak lagi situasi yang ingin aku ceritakan seperti terberak dalam bas, kena skoden masa berak, cirit birit dalam seluar dalam dan macam-macam lagi. Bukan apa aku takut ada dikalangan kamu yang termuntah, euwwww.
Sponsered
Terima Kasih Wonder Pets Kerana Menyelamatkan Aku Yang Sedang Sembelit
Semua murid-murid mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan berbunyi berdering telefon tin. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun.
Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi:Linny : Telefon, telefon berbunyi!
Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seorang manusia berada dalam kesusahan di dalam tandas. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:
Ming-Ming : Telefon, kami datang!
Tuck : Telefon, telefon berbunyi!
Linny : Ada manusia dalam bahaya.
Ming-Ming : Ada manusia dalam bahaya.
Tuck : Ada manusia dalam bahaya di sana!Tuck : Itu Marzuki sedang sembelit dalam tandas.
Mereka bertiga melompat ke dalam sekotak cebisan kain dan melompat keluar kembali, memakai bermacam-macam pakaian yang berkaitan. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.
Ming-Ming : Ini serius!
Tuck : Mesti tolong dia
Linny : Selamatkan Marzuki!
Semua : Selamatkan Marzuki!Linny : Linny,
Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan dinamakan Flyboat dari bahan-bahan di bilik darjah (frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya). Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:
Tuck : Tuck,
Ming-Ming : Dan Ming-Ming juga!
Semua : Wonder Pets datang membantu!Linny : Apa yang penting?
Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Cuaca ribut dan angin kencang menghalang Wonder Pets bertolak, setelah bertungkus lumus akhirnya Flyboat dapat diterbangkan. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:
Semua : Kerjasama!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!Semua : Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang membantu Marzuki dalam kesusahan!
Ketika menyelamatkan Marzuki, Wonder Pets telah gagal dalam percubaan terawal. Setelah bahayanya semakin genting, akhirnya Ming-Ming menyanyi, 'Ini serius!'. Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya teringat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan adalah hampir sama caranya. Maka mereka telah bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Marzuki diberikan ubat sembelit dan mereka mengulangi lagu awal tadi:
Ming-Ming : Kami tak besar,
Tuck : Dan kami tak kuat,
Semua : Bila bekerjasama semua jadi mudah! Hei, Wonder Pets! Yey!Linny : Linny,
Setelah Marzuki diselamatkan, tibanya kawan-kawannya mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan kawannya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:
Tuck : Tuck,
Ming-Ming : Dan Ming-Ming juga.
Semua : Wonder Pets datang membantu!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!
Linny : Apa yang penting?
Semua : Kerjasama!Semua : Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya membantu Marzuki dalam tandas.
Akhirnya mereka kembali di sangkar masing-masing, Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya jua. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya.
Ming-Ming : Kami tak besar,
Tuck : Dan kami tak kuat,
Semua : Bila bekerjasama, semua jadi mudah! Hei, Wonder Pets! Yey!Marzuki : Baru lepas berak ni, tak ada idea nak menaip malam ni. Aku mahu tidur dulu. Anak saudara aku memang suka Wonder Pets, sampai aku pun terikut-ikut. Haish...
Pjoe Memang WTFuck
Kamu faham tak apa yang tersirat dalam gambar animasi diatas?
Tolong jangan tengok peha aku, itu aurat aku. Sebenarnya seorang lagi kawan aku menciptakan satu lagi permainan bodoh, dinamakan sebagai 'Pjoe Memang WTFuck'. Kalau tak silap semalam baru aku sedar aku dicabar oleh dia untuk menunjukkan gambar yang boleh melahirkan perasaan WTFuck, celaka betul. Memandangkan webcam jenama Crystal Eye aku tidak dapat berfungsi semalam kerana sudah malam, maka sekarang aku cuba menerima cabaran itu.
Jika aku tak berjaya menerima cabaran 'Pjoe Memang WTFuck' ini maka bontot aku akan di fuck oleh Pjoe bertalu-talu. Kepada Pjoe, sila klik link dibawah entri ini. Ingat! Sila undi aku dengan meninggalkan komen di entri ini atau mana-mana entri peserta WTFuck yang lain. Undi anda adalah bermakna.
{ Marzuki Memang WTFuck }
Berapa markah mahu bagi aku? (sambil sembunyi bawah katil)
Update : Aku rasa aku tak akan menang cabaran ini, ada lagi yang lebih WTFuck selain aku dan Pjoe. Siapa dia?
{ Anasir Memang WTFuck }
Nama dia Anasir, bekas teman wanita Chokilala.
Menteil, Dari Jauh Ku Pohon Hadiah
Seorang kawan lama aku telah mengadakan satu pertandingan, aku rasa terpanggil untuk menyertainya. Memandangkan aku masih tidak berduit untuk membeli domain, insya'Allah aku akan menang untuk pertandingan itu jika ada rezeki. Kalau kamu mahu menang kamu sertailah bersama aku, tapi kalau kamu kasihankan aku sila abaikan pertandingan itu. Katanya dia buat pertandingan itu untuk memeriahkan ulangtahun hari lahirnya yang berlangsung pada 11 oktober 2008 yang lalu.
Siapa kawan aku itu?
Baiklah, dia hanya mahu dikenali sebagai Menteil sahaja. Aku pun tak tahu mengapa nama Menteil dipilihnya dan sekarang dia mahu aku menulis tentang Menteil atau Menteil.net. Kalau aku kutuk dia sah aku tak akan menang, jadi aku cuba untuk memujinya walaupun sangat berat tangan aku untuk menaipnya.
Sebenarnya aku sudah lama kenal dia, dia dulu sama macam aku selalu aktif berforum. Nampaknya kini kami beralih kepada blog sepenuh masa. Mungkin blog kami berbeza, dia lebih lebih suka bercerita tentang kepenatan kerja seharian, pandangan tentang isu semasa dan layout dia sedikit kearah feminim. Aku pula mungkin ke arah lebih banyak kenangan, aktiviti semasa dan mungkin mengandungi unsur-unsur kelucahan. Perut aku sudah lapar, tanpa melengahkan masa mari baca pandangan aku terhadap Menteil.
Kehadapan Menteilku,
Entri ini memang khas untuk kamu dan teman wanita kamu. Dan aku tak ada modal untuk memuji kamu disebabkan aku bukanlah seorang gay. Jadi aku akan beralih kepada sambutan hari jadi kamu minggu lalu, katanya teman wanita kamu ada memberi hadiah kepada kamu. Sedih juga sebab aku tak dapat sambut hari jadi aku bulan lepas dengan teman wanita aku, kalau tak boleh aku eksyen depan kamu (ayat poyo). Boleh tahan teman wanita kamu, cantik dan nampak seperti kebudak-budak-sekolahan.
3 Hadiah Menteil :
Bantal Peluk (kos RM9.90)
Patung Beruang (kos RM15.00)
Kad Hari Jadi (kos RM7.45)Cyang harap hubungan kita kekal hingga ke anak cucu.
I like you so much honey.
Cyang nak hidup dengan abang.
Cyang xnk kehilangan abang.
Love u so much.
Sorry xlawa pun.
Walaupun jumlah kos hanya RM32.35, aku harap hubungan kamu bahagia. Aku pun tak tahu apa motif aku letak harga itu, sekadar mengelakarkan suasana walaupun tak menjadi. Dan selamat hari lahir yang ke-22 untuk kamu, kalau datang ke Terengganu bolehlah kita saling bertukar patung beruang. Aku punya lagi besar, auwww...
Tapi aku tak tahu apa hadiah yang kamu berikan kepada teman wanita kamu. Adakah sekotak ayam KFC? Adakah seutas rantai? Adakah sebuah hosting serta sebuah domain?
Memandangkan aku terlampau sibuk maaf kerana sudah jarang berkunjung ke blog kamu, walau apa pun blog kamu memang mantap. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Sebenarnya aku tak mahu menang, aku nak tempat ke-4 je. Aku memang gatal menulis, sekian.
Trivia : Lahir pada 11 Oktober, sama tarikh ngan raja pecut nombor 2 Le Tour de Langkawi baru-baru ini. Lahir kat Gedangsa, satu perkampungan di Hulu Selangor
Manusia Kreatif
7 Alat Permainan Klasik Aku Dulu-Dulu
Bagi seorang kanak-kanak normal mereka tidak boleh dipisahkan dengan alat permainan. Seingat aku ketika kanak-kanak dulu, aku rasa ada 3 bakul koleksi alat permainan aku. Memandangkan aku mempunyai 2 orang abang, koleksi mereka juga diwarisi oleh aku. Aku ketika kanak-kanak dulu memang kurang bersosial, mungkin disebabkan tiada kawan yang sebaya umur. Kalau ada pun ramai kanak-kanak perempuan, tapi aku tak sertai. Tak kan nak main masak-masak atau anak-kan (patung kertas yang memakai coli dan seluar dalam)?
7 Alat Permainan Klasik Aku Dulu-Dulu :01. Slinky
02. Ding Dang dan Tora
03. Pistol/Senapang Mainan
04. Plaster sin
05. Kowada
06. Patung Aksi Figura
07. Video Permainan Konsol
Sebenarnya masih banyak alat permainan yang aku ingin senaraikan, tiba-tiba perut aku sakit. Oleh itu aku berhenti setakat ini, dan kamu boleh kongsikan alat permainan kamu diruangan komen.
Aku Mula Bekerja Esok, Selamat Tinggal Semua
Atas ugutan chepsmore, aku dipaksa kongsikan 2 keping gambar kenangan kami berdua sebelum aku bekerja esok. Walaupun aku tak hensem dan dia tak comel, kami tetap bahagia.
Woo Hoo...
Pertanyaan : Kamera apa yang bagus untuk mengambil gambar yang jelas dan terang? Boleh syorkan beberapa jenama dan model kepada aku? Aku mahu beli kamera dalam harga rm2000, terima kasih kerana sudi membantu.
Cinta Keempat Aku, Namanya Suhaila
Masa ini aku tingkatan 6 bawah, dan aku masih pergi sekolah dengan berbasikal. Aku berbasikal dari rumah aku hingga ke rumah nurain, manakala aku berjalan kaki dari rumah Nurain hingga ke sekolah. Jaraknya hanya 1 kilometer sahaja, kalau pecut hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sebab utama aku tak terus berbasikal hingga ke sekolah kerana aku adalah salah seorang jejaka paling hensem dan terkenal dalam sekolah itu. Aku sangat takut populariti aku hilang kerana aku sorang pelajar yang sentiasa kontrol macho (itu cerita lain) sebab berbasikal apa kelas? Kalau kamu tak percaya sila telefon pengetua sekolah aku sekarang sama ada aku hensem atau tak.
Hari itu macam biasa aku balik dari sekolah untuk mengambil basikal dengan berjalan kaki bersama dua kawan aku yang namanya Nurain dan Norli sebelum memecut balik ke rumah. Nurain mempunyai kekurangan berat badan sama seperti aku, semua orang menggelarkan dia angsa. Seorang lagi namanya Norli, dia pula mempunyai gigi yang rongak sama seperti aku, semua orang memanggilnya rongok. Aku bertuah bila tiada siapa memanggil aku angsa ataupun rongok.
(Maaf, aku bukan seorang jurugambar. Selepas terkena kejutan elektrik tangan aku terketar-ketar apabila memegang kamera)
Sebelum balik ke rumah aku biasanya lepak dulu di rumah Nurain, macam-macam kami sembangkan. Tiba-tiba aku terlihat seorang awek yang baik punya yang baru balik dari kedai sedang bermotorsikal Yamaha Nouvu. Memandangkan aku memiliki mata yang rabun, aku terus menyuruh Nurain minta nombor telefon dari awek yang baik punya tadi sebab aku ingin berkenalan.Nurain : Kamu nak nombor telefon adik dia atau kakak dia?
Aku : Adik dia atau kakak dia lawa?
Nurain : Dua-dua lawa.
Aku : Nak dua-dua.
(Sebenarnya rumah Nurain bertentangan dengan rumah awek baik punya itu.)
Esoknya dapatlah aku sekeping nota yang tertulis nama 'Suhaila' dan nombor telefon '5898'.Aku : Ini nombor adik dia atau kakak dia?
Nurain : Kakak dia.
Aku : Lawa tak?
Nurain : Lawa macam Ellen Page.
Aku : Woo Hoo... Kalau tak lawa siap kamu.
Gembira hati aku memang tak terkata hari itu sebab aku juga dapat beberapa keping gambar, setiap masa gambar dia dibawah bantal aku. Mulai hari itu kami saling menghantar mesej tapi niat aku hanya untuk berkawan dengan dia sebab masa itu aku dalam proses berpisah dengan cinta ketiga aku, namanya Fatihah (itu cerita lain).
Waktu ini juga aku sudah mendapat tawaran ke Politeknik Yang Namanya Terpaksa DiRahsiakan (PYNTDR) dan sayang sekali aku tidak dapat menghabiskan pelajaran aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Entah (SMKE). Beberapa minggu kemudian barulah ayah aku membeli sebuah motorsikal Yamaha Lagenda yang merupakan motorsikal idaman aku ketika itu. Setiap petang aku akan lalu-lalang didepan rumahnya memandangkan politeknik dan rumah aku hanya satu daerah.
Lama kelamaan aku makin sayangkan Suhaila dan dalam masa yang sama aku baru mendapat tahu yang dia baru sahaja mempunyai teman lelaki baru. Yang pasti aku sudah terlambat, sangat sedih bukan?
Akhirnya malam itu aku berterus terang kepada Suhaila bahawa aku sudah lama memendam perasaan kasih dan sayang kepada dia. Akhirnya aku mendapat lampu hijau dari dia, katanya dia juga punyai perasaan yang sama tapi dia malu untuk meluahkannya. Untuk memendekkan cerita, dia melepaskan teman lelakinya sebab dia pun tak tahu mengapa dia menerima tawaran untuk menjadi teman wanita kepada lelaki itu dan baru aku tahu dia hanya berpasangan baru seminggu. Masa itu aku jahat lagi, yang penting aku dapat Suhaila dan banyaklah ayat-ayat cinta aku gunakan. Kalau difikir-fikirkan jahat juga aku, mungkin lelaki itu sudah membunuh diri agaknya.
Kini, aku sudah jadi teman lelaki dia dan dia sudah menjadi teman wanita aku.
5 Barangan Aneh Yang Boleh Dibeli Di Amazon
Kamu tak tahu apa itu Amazon? Sedihnya.
Bagi mereka yang sudah bosan membeli barangan di Amazon tentu sesekali tidak ada idea apa barangan yang mahu dibeli. Takkan asyik beli barangan berupa pakaian dan mainan sahaja bukan? Apa kata kalau kamu membeli beberapa barangan yang unik dan luar biasa sebentar lagi.
01. Wolf Urine
Ianya seratus peratus dari air kencing serigala, maknanya ia asli. Gunakan air kencing serigala ini untuk makhluk-makhluk yang tidak dikehendaki dari masuk kedalam rumah kamu. Keberkesanannya adalah dijamin oleh pihak Amazon.
{ Beli barangan ini }
02. Dr. John’s Famous Pee Pee
Pernahkah kamu dikehendaki pergi ke tempat pengujian dadah dan kamu tahu kamu pergi untuk gagal. Dr. John’s Famous Pee Pee boleh menyelamatkan kamu.
{ Beli barangan ini }
03. UFO Detector
Setiap tahun banyak UFO dilaporkan kelihatan di langitdan ianya mempunyai gangguan-gangguan magnetik dan elektromagnetik. UFO Detector direka untuk mengesan gangguan-gangguan ini dan isyarat kehendak kehadiran oleh pancaran mereka satu LED dan bunyi bip. Sekarang kamu boleh tangkap makhluk asing, itupun kalau ianya wujud.
{ Beli barangan ini }
04. Tank
Dengan $19,995 kamu sudah mampu memiliki tangki pertempuran kamu sendiri yang sebenarnya. Tangki ini boleh memuatkan anak kapal sehingga lima orang secara dalaman dan satu orang secara luaran. Termasuk kepala / ekor lampu dan satu sistem premium 400 watt PA.
{ Beli barangan ini }
05. Uranium
Ya, ianya adalah benar. Sebenarnya kamu boleh membeli satu tin uranium sebenar. Menurut pihak Amazon, sampel uranium adalah untuk 'kegunaan pendidikan dan saintifik sahaja'. Dan kamu jangan sesekali membeli produk ini jika kamu mempunyai niat jahat. Kalau tidak pihak FBI akan datang ke rumah kamu.
{ Beli barangan ini }
Tema Desktop Baru
Semalam 2 kali laptop aku terpadam disebabkan terputus bekalan elektrik. Walaupun 5 saat je terputus tapi tetap mendatangkan kesan buruk kepada laptop aku. Bateri pada laptop ini memang aku tidak gunakan sebab aku bukan menumpang sambungan internet di kedai makan atau perpustakaan awam. Bateri itu ada tersimpan dibawah katil, masih bertenaga lagi.
Tengok-tengok desktop jadi macam ni (rujuk gambar), geram rasanya.
Aku tak tahu mengapa boleh terputus bekalan elektrik dirumah aku, pelik. Abaikanlah, aku tak nak fitnah atau maki orang hari ini.
Tiada idea. Selesai.
Pantai Teluk Lipat, Dungun
Petang tadi Suhaila datang ke rumah aku, katanya mahu jumpa aku. Aku pergi dapur terus basahkan rambut, biar hensem sedikit. Dua minit kemudian aku nampak kereta dia dihadapan pintu pagar rumah aku, aku pun meluru pergi. Dengan seluar pendek, selipar cap ayam dan berambut serabai aku pun terus kontrol hensem. Sebenarnya kelmarin (rabu) aku marah dia sebab dia marah aku top-up telefon aku, katanya dia mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu. Aku memang tak suka ayat tu, aku tutup telefon bimbit.
Aku tengok dalam kereta ada dia, adik dia dan dua lagi kawan dia, aku lupa siapa nama mereka. Suhaila tersenyum padaku, arghh nak rasuah la ni. Dia memang tahu aku lemah tengok senyuman dia, manis sekali. Dia ajak aku ke pantai, aku pun terkejut beruk sebab pakaian aku ni hanya sesuai berada dirumah. Sekurang-kurangnya bagilah aku masa seminit untuk tukar seluar dan selipar. Masa itu aku tak pakai seluar dalam, lagilah aku tak suka. Tapi sebab sayang aku ikut juga tapi dia yang pandu kereta.
Dalam kereta aku tengok saja mimik muka dia, aku memang suka tengok senyuman dia. Memandangkan aku tak pakai seluar dalam, aku mengalihkan pandangan aku ke Laut China Selatan. Mana boleh tahan.
Akhirnya dia memberhentikan kereta di Teluk Gadung, betul-betul di hadapan Universiti Institut Teknologi Mara cawangan Dungun. Aku masa itu terkilan juga sebab tak dapat belanja Suhaila dan kawan-kawannya sebab tak bawa dompet pun. Cuma Suhaila je belanja aku makan beberapa cucuk hotdog, chicken ball dan fish ball dan segelas minuman tapi berkongsi dua. Akhirnya sesi suap menyuap makanan dilakukan, memang kenyang perut aku.
Memandangkan kami keluar dalam pukul 6.30 petang, maka kamera digital yang dibawanya tidak dapat mengambil gambar yang berkualiti. Mahu guna flash, nanti putih sangat imej. Tak mahu guna flash, nanti hitam sangat imej. Akhirnya tiada gambar yang berkualiti diambil, rugi bukan? Apa-apa pun Suhaila memang comel sangat hari ini, mungkin aku rabun dekat atau gila meroyan.
Kalau Jadi Minggu Depan Aku Mula Bekerja
Kawan aku yang pernah meminjam PS2 aku dulu ada menelefon aku waktu maghrib tadi, nama dia Hafiz. Katanya tempat yang dia bekerja dulu ada projek baru nak jalan, dan dia ajak aku sertai kumpulan kerja dia. Biasanya 3-4 kumpulan diperlukan untuk jalankan kerja-kerja ini, memang bagus sebab nampak bersistematik. Kalau jadi minggu depan aku mula bekerja, tapi ini masih bukan kerja tetap. Ada projek aku kerja, tak ada projek aku tidur.
Projek apa ni? Sebenarnya projek ini membabitkan aku untuk membuat pendawaian elektrik. Tapi tempat kerja baru ini lebih ke arah pemasangan, maknanya untuk aku membuat pendawaiaan tidak banyak dilakukan. Tapi bagus juga, peratus aku terkena kejutan elektrik juga amatlah rendah. Masa aku pratikal dulu rasanya banyak kali aku terkena kejutan elektrik, nikmat betul rasanya. Tapi kali ini aku mahu berkongsi dua cerita sahaja.
01. Kejutan Elektrik Pertama
02. Kejutan Elektrik Kedua
Mungkin kamu tertanya-tanya mengapa tidak dimatikan arus terlebih dulu bukan? Kejutan pertama yang aku terkena tidak boleh dimatikan punca bekalan kerana ia menyusahkan kerja-kerja pekerja membezakan mana mentol yang masih boleh digunakan dengan mentol yang sudah terbakar. Kejutan kedua yang aku terkena juga tidak boleh dimatikan punca bekalan elektrik kerana ia menyusahkan kerja-kerja tuan rumah untuk membasuh kain, menonton televisyen atau mengisar bawang.
Jimatlah tenaga elektrik, bye.
Aku Spiderman, Kamu Peter Parker
Aku tak tahu apa benda semua ini, kalau hendak membazir masa boleh kot. Sila buat kat Kuiz Superhero untuk membazir masa bersama aku. Apa-apa pun aku memang minat Spiderman, tak sangka aku dapat Spiderman juga.
I am intelligent, witty, a bit geeky and have great power and responsibility.
Blur - Song 2 (Woo Hoo)
http://www.youtube.com/watch?v=Dg4aPJ93b8o
Langit yang terang. Hati yang tenang. Woo Hoo...
Sebenarnya aku nak cakap templat aku sudah dimodifikasi lagi. Kalau kamu tak suka lagu ini sila tutup telinga. Kalau kamu tak suka blog ini sila tutup mata.
Catatan Pendek Pada 2 Syawal
Hari ini Suhaila datang beraya di rumah aku, pagi-pagi lagi dia datang. Setibanya di ruang tamu, menghempaskan punggung ke kusyen dan memandang tepat ke wajahku, dia terus mengalirkan air mata. Aku tahu dia masih memendam apa yang terjadi semalam dan hari ini baru dapat meluahkan segalanya kepada aku. Aku hanya terkebil-kebil kerana aku belum mandi lagi, akhirnya aku memujuknya dengan kata-kata cintaku. Dia kembali tersenyum dan aku lantas meninggalkannya untuk mandi.
Selepas mandi, dia pun bermaaf-maafan dengan aku. Aku lagak seorang suami duduk di kerusi dan dia lagak seperti seorang isteri duduk di karpet. Kenangan ini aku rakamkan menggunakan kamera digital, kalau ada masa aku upload untuk tatapan kamu semua. Pagi tadi memang aku gembira betul walaupun tak lama. Memandangkan rancangan di televisyen kurang menarik, kami bercadang untuk beraya di rumah kawan-kawannya. Selepas penat beraya kami pun pulang ke rumah dan beberapa keping gambar ditangkap.
Seronoknya.
Catatan Pendek Pada 1 Syawal
- 01. Subuh
- Aku bangun awal hari ini, hajat hati nak bersahur. Tengok jam sudah pukul 6 pagi, tiba-tiba teringat bahawa hari ini Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya semalam Suhaila ada cakap kat aku dia tak nak bersahur esok (hari ini), aku pun marah dia dan paksa dia bersahur. Aku tak tahu pula yang dia sedang bergurau dengan aku, aku pula lambat pick-up masa itu. Memang hidup-hidup aku kena kencing. Aku pun telefon dia, konon-konon nak marah. Bila dengar suara dia aku tak jadi nak marah, akhirnya banyaklah pekara aku bualkan.
- Aku buka laptop, buka modem. Selepas itu aku periksa akaun blog aku, hajat nak baca komen tapi tak ada terima sebarang komen hari ini. Mungkin semua orang balik kampung atau entri aku tak cukup mantap. Tutup blog terus mandi. Pergi sembahyang lepas tu balik rumah untuk menonton televisyen.
- Lagi sekali aku buka laptop, buka modem. Masih tiada komen, tutup akaun blog aku dan terus tertidur. Bangun tidur terus Abang Zul mengajak aku ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah gara-gara banyak kereta dipandu secara 'siput'. Setibanya disana aku singgah ke kubur arwah datuk aku dan ibu saudara aku di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam.
- Aku ke rumah keluarga kakak ipar aku. Selepas itu aku ke rumah mak saudara aku. Disana aktiviti bermaaf-maafan dilakukan dan aku sangat gembira. Baju melayu yang aku pakai tidak menyelesakan aku, ketat.
- Aku balik ke Dungun, selepas 1 jam perjalanan aku pun sampai. Hanya mendengar perbualan antara abang aku dengan mak aku, sesekali aku menyampuk untuk menkelakarkan diri. Sebenarnya aku tengah sedih, aku mahu beraya dengan Suhaila esok.
- Lagi sekali aku buka laptop, buka modem. Malas nak baca komen, memang tak ada yang nak komen. Sebelum aku tidur Suhaila ada mesej aku, katanya dia menangis dalam bilik air tadi. Dia cakap dia menangis sebab mak dia pilih bulu antara teman lelaki dia dan adik dia. Aku pun menelefon dia untuk menenangkan perasaan dia, akhirnya dia terlelap juga dalam ayat-ayat cinta aku. Pesanan untuk mak dia, duit bukanlah segalanya.
02. Pagi
03. Tengahari
04. Petang
05. Maghrib
06. Malam















