Follow MarzukiJalil on Twitter

Percuma Layout Blogger : Separa Minima

Templat Separa Minima, Separa Minima layout
Separa Minima

Kelmarin layout ini telah musnah akibat kecuaian aku yang sangat suka bermain CSS dan HTML. Hasilnya aku terpaksa membina balik layout baru bermula dari kosong, mujurlah Google mempunyai sistem cached yang sedikit sebanyak memudahkan kerja aku mendapatkan sebahagian CSS dan HTML yang musnah. Akhirnya dalam masa 2 jam aku dapat membina kembali layout yang musnah, syukur pada tuhan.

Aku sebenarnya pelupa dan juga pemalas membuat salinan layout pada blog-blog yang aku gunakan. Tapi tak mengapalah, aku buat salinan juga dan aku amat berbesar hati untuk berkongsi kepada semua dengan diberi sedikit nafas baru (ayat poyo).

Aku namakan layout ini sebagai layout Separa Minima, apa-apa sajalah.

Kelebihan layout ini :-
• Navigasi yang lebih cantik dengan lenkungan.
• Telah dilengkapi dengan beberapa widget.
• Layout 2 kolum, sidebar di sebelah kiri.
• Tulisan dan warna berfungsi dalam Dashboard kamu.
• Blockquote yang cantik.
• Menggunakan penomboran pada sistem komen.
• Navbar bercirikan show and hide.
• Sedikit ruang untuk chicklet Feedburner.

Bagaimana untuk tukar link dan ikon pada menulateral

Ikon menulateral disebalah kanan entri memudahkan kamu dan pelawat berkongsi link khususnya bagi laman web popular seperti Twitter, Technorati, Picasa, Youtube dan banyak lagi. Selain itu alamat feed bagi entri dan komen turut tersedia.

Untuk mengedit link kamu sendiri, kamu harus mencari kod ini :-

Hanya kod yang ditebalkan yang perlu digantikan masing-masing, warna merah untuk alamat laman web dan biru untuk alamat ikon.

Bagaimana untuk tukar alamat dan tajuk pada navigasi

Navigasi yang terletak di atas Header juga boleh ditukar alamat dan tajuk, kamu harus mencari kod ini :-

Laman
Tajuk Alamat
Tajuk Alamat
Tajuk Alamat
Tajuk Alamat
Rujukan

Hanya kod yang ditebalkan yang perlu digantikan masing-masing, warna merah untuk alamat laman web dan warna biru untuk tajuk laman web.

Bagaimana untuk guna fungsi Blockquote

Blockquote amat cantik jika digunakan di dalam entri, walau bagaimanapun untuk menggunakan fungsi ini kamu perlu memasukkan kod ini setiap kali kamu ingin menggunakan fungsi blockquote.

Kata-kata bermula di sini.

Hanya kod yang ditebalkan yang perlu digantikan, gunalah dengan sebaiknya.

Maklumat Lesen dan Hakcipta

Semua kod di dalam layout dimodifikasi sendiri oleh aku berdasarkan layout asal Minima Black. Manakala kombinasi warna biru dan merah jambu ilham dari laman web Flick.

Layout ini telah dilesenkan dibawah edaran Creative Commons Non-Commercial Attribution 3.0 lesen. Ini bermakna kamu boleh menggunakan layout ini mengikut kehendak kamu selagi ia tidak dikomersialkan.

Pendapat Kamu?

Aku harap kamu memanfaatkan layout ini pada blog kamu. Jika terdapat sebarang pendapat, masalah serta cadangan sila komenkan di sini. Layout ini juga juga dicatatkan sebagai Layout yang cun oleh Chokilala. Terima kasih.

Lihat demo | Muatturun Layout (Dalam bentuk Zip)

Sponsered

Apa Kejadahnya Aku Jumpa Video Ini? Tapi Bolehlah Menghilangkan Perasaan Bosan Aku Ini

Tak payah komen, ini entri tiada motif.

Notakaki : Minit 0:35 membuatkan aku rasa nak pos video ini dalam entri, tolong jangan marah sebab kita masing-masing ada blog.

Kamu Sudah Bersunat Belum?

Pengalaman aku bersunat memang menyedihkan buat aku. Jika kawan-kawan aku bersunat ketika umur 12 tahun aku pula bersunat ketika umur 13 tahun.

Apa barang umur 13 tahun baru bersunat?

Tapi sejarah tetap sejarah, maka aku kongsikan pengalaman aku untuk tatapan semua. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka sekaranglah masa yang sesuai untuk berkongsi.

Abang Kamal sudah tidak asing lagi dalam kehidupan aku, tak kira apa yang aku akan buat atau sedang buat ada sahaja taktiknya mengganggu aku. Dia adalah orang pertama menyogok kepala otak aku dengan anasir-anasir jahat bahawa 'bersunat itu sakit', 'tiada ubat bius', 'doktor akan guna gergaji', 'silap hari bulan boleh terputus kemaluan' dan macam-macam lagi.

Abang Zul pula tidak kata apa-apa, membisu seribu kata.

Bersunat adalah diwajibkan terhadap umat islam

Walaupun aku tinggal di Dungun tapi seperti sudah turun termurun pula aku kena bersunat di Kuala Terengganu. Aku ingat lagi, nama kliniknya adalah Klinik Sikh. Semua abang-abang dan saudara mara lelaki aku yang lebih tua keseluruhannya disunatkan di sana. Mungkin sudah terbiasa kot?

Sebelum itu aku diraikan dengan Nasi Kunyit, kononnya itu nasi paling terakhir aku makan sebelum aku disunatkan. Aku makan sikit sahaja, dalam kepala otak asyik memikirkan bahawa 'bersunat itu sakit', 'tiada ubat bius', 'doktor akan guna gergaji', 'silap hari bulan boleh terputus kemaluan' dan macam-macam lagi.

Tiba di hari yang ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi Abang Kamal kecuali aku yang mati-mati tak nak bersunat. Dengan muka ala-ala redha aku berjaya dipaksa masuk ke dalam bilik bersunat dan doktor mengarahkan aku bertenang.

Dalam bilik itu memuatkan 3 orang kanak-kanak yang mahu berkhatan, aku lihat kedua-dua budak itu sedang disunatkan. Dan aku antara yang terakhir selepas 2 orang budak itu.

Sampai giliran aku, aku dilumur ubat bius versi sapu di kemaluan. Terasa tiba-tiba mengembang dan aku tiba-tiba tangkap lentok. Sesekali mengintai sedikit dari celahan kain takut-takut doktor itu terpotong kemaluan aku.

Akhirnya aku selamat. Rupa-rupanya bahawa 'bersunat itu sakit', 'tiada ubat bius', 'doktor akan guna gergaji', 'silap hari bulan boleh terputus kemaluan' dan macam-macam lagi adalah palsu.

Aku pun keluar dengan perasaan bangga, hari itu aku jadi lelaki sejati rupanya. Dengan berkain batik dan memegang sedikit pada bahagian depan kain aku terus menuju ke kaunter ubat seperti yang diarahkan doktor.

Abang Kamal pula tak habis-habis dengan perangainya, dia tahu kelemahan aku masih tidak mampu menelan ubat berbentuk pil lalu aku menangis teresak-esak. Macam biasa mak aku memotong ubat berbentuk pil itu menjadi dua, aku menelannya dengan perasaan berbaur sedih. Nasib dapat juga telan.

Setibanya di rumah, aku difitnah bahawa aku menangis ketika bersunat. Teruk betul Abang Kamal. Maka berduyun-duyun saudara mara menggelakkan aku walaupun ia adalah tidak benar.

Aku menangis lagi.

Malam itu Abang Zul membelikan alat permainan ala-ala Brick Game tapi kat dalamnya adalah permainan bola sepak. Siang malam aku main alat permainan itu, maka bebanan yang aku alami petang tadi sedikit berkurangan. Rumah nenek aku hanya ada satu televisyen dan aku hanya dapat dengar suara Mickey Mouse dari jauh. Aku dengan Apis sepupuku memang tak ngam, asyik dia je dapat tengok televisyen dan aku terperuk di bilik bawah keseorangan.

Sudah jatuh ditimpa tangga (perumpamaan sahaja).

Pagi itu aku terasa ada benda yang bergerak-gerak dalam kain aku. Sial betul Abang Kamal tengah mengusha kemaluan aku, padahal dia pun bersunat macam aku juga dulu.

Aku menangis lagi.

Memang sedih betul aku ketika itu, aku tak terdaya langsung melayan karenah Abang Kamal yang gila-gila itu. Apa-apa pun mereka tetap abang aku walaupun masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

Aku rasa ketika aku bersunat memang tak seronok sebab aku seorang diri, lagipun kedua-dua sepupu aku adalah perempuan. Tapi bila Abang Kamal bersunat aku rasa semacam gembira sangat sebab dia tak seorang diri sebab ada Abang Zul, Abang Man, Abang Min, Abang Fauzi, Abang Usop dan Abang Din ketika itu. Memang penuh satu rumah nenek aku dengan mereka bertujuh, mungkin perbezaan umur yang ketara antara aku dan mereka membuatkan aku tidak layak menyertai mereka.

Walau apa pun bersunat memang tak sakit, cuma pengalaman bersunat je memang sakit sedikit bagi aku.

Sumpah tak tipu.

Sponsered

Keseksian Aku Terselah Jua Akhirnya

Dulu pernah kontroversi bila aku menampakkan peha aku yang gebu dalam salah satu gambar pada entri Pjoe memang WTF. Kali ini nampaknya aku kena tunaikan tag dari kumbang kecil yang ingin melihat lagi keseksian aku kerana begitu teruja dengan entri tersebut.

Adab-adab sebelum menyeksikan diri.
01. Sertakan tiga keping gambar kamu yang kamu rasa paling seksi.
02. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan, mungkin kamu rasa senyuman anda masa itu adalah seksi, sertakan!
03. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata kamu?
04. Tag 5 orang yang seksi.
05. Selamat menyeksikan diri!

3 Gambar Seksi Aku

Aku memang suka menganggakan mulut semenjak dua menjak ini, mungkin aku rasa mimik muka ini paling seksi bagi aku. Buktinya salah satu gambar aku sedang mengangga dijadikan wallpaper laptop dan telefon oleh Suhaila.

Gambar ini diambil pada tahun lepas agaknya, ketika ini aku rasa terlalu gembira bagai nak rak ketika keluar dengan Suhaila. Mungkin warna baju yang dipakai dalam gambar tersebut membuatkan aku terasa seksi, sebenarnya aku dan Suhaila sukakan warna oren.

Aku tak berbaju, dan ini gambar paling seksi kepunyaan aku. Walaupun aku berbadan kurus dan tidak mempunyai berat badan yang cukup tapi aku tidak pernah malu dengan aku. Lihat sajalah gambar ini, aku terpaksa cover hensem untuk menampakkan dada yang bidang walaupun tidak ada dada bidang yang muncul.

Bonus
Gambar ini merupakan gambar digital pertama aku dan kali pertama aku publish ketika aku sedang gila-gilakan Myspace. Gambar ini diambil ketika aku berumur 18 tahun dan mendapat hits paling tinggi dari mana-mana gambar lain dalam album Myspace kepunyaan aku.

Baiklah, seterusnya aku akan tag Janie, Aishahtur, Nor Aini, Awin dan Meratip. Selamat menyeksikan diri.

Banyak Cerita Hendak Dikongsikan Tapi Banyak Lagi Masalah Hendak Difikirkan

Aku dah balik, ada sesiapa di rumah?

Maaf sebab tak ada gambar menarik, aku kecewa dengan Suhaila kerana tidak mengecas bateri kamera dan dia menggunakan alasan memori kamera sudah penuh. Yang aku tahu memori kamera tersebut penuh dengan rakaman video aksi aku sedang berkaraoke dengan nada yang sumbang, ianya diibaratkan pembaziran bagi aku sedangkan banyak lagi gambar menarik yang boleh diambil. Sampai hari keenam baru dia mengecas itupun aku sudah tiada mood memegang kamera, dia tak tahu yang aku benar-benar suka kumpulkan gambar kami berdua walaupun dimana jua berada.

Itu baru satu masalah, lain-lain nantilah aku ceritakan.

Aku harap semua yang mengenali aku sihat-sihat belaka walaupun sekadar di depan skrin desktop/laptop. Erm, sekarang ni bukan sahaja musim hujan tapi musim 'orang sakit'. Abang Zul tiba-tiba koma sehari, Abang Usop terkena kayap ular dan Mok Da pula tergelincir sampai patah tulang rusuk. Mereka hampir-hampir meninggalkan kita di dunia ini tapi mujurlah nyawa mereka masih dipanjangkan-Nya lagi.

Kita bila lagi akan mati?

Aku dan Suhaila sekarang sudah selamat pulang ke Dungun. Sebenarnya semalam aku sudah online tapi belum ada perasaan ingin bercerita. Kalau nak diikutkan kali ini aku bercuti tanpa mengecapi apa itu keseronokkan bercuti. Tapi aku tetap gembira melihat senyuman Suhaila, kadang-kadang aku terpaksa menipu untuk menjaga perasaannya.

Malas nak cerita, jiwa kacau.

Notakaki : Nasib tadi ketika di dalam kereta aku sempat mengambil (bukan niat untuk mencuri sebab aku meminta keizinan sebanyak 3 kali) kain selimut dan bantal milik Suhaila, semoga malam ini aku boleh mimpikan dia. Erm, sebenarnya kain selimut dan bantal ini digunakan Suhaila untuk tidur semenjak dia belajar di UiTM lagi. Nampaknya semester depan dia terpaksa beli kain selimut dan bantal yang baru, nasib badan.

Sponsered

Aku Bercuti

Pukul 10 pagi nanti aku akan ke Kelantan, mungkin aku tak akan update blog ini selama beberapa hari. Maaf jika sebelum ini pun aku tak update, dalam kepala aku hanya teringatkan Suhaila.

Sebenarnya aku nak mengambil Suhaila membawa pulang ke Dungun, UiTM kan sudah bercuti?

Baiklah semua, doakan aku selamat pergi dan kami selamat kembali.

Kalau kamu tak ada kerja sila follow aku di Twitter sebab aku mulai bosan dengan Plurk, terima kasih.

Assalamualaikum.

Alangkah Indah Jika Aku Sekuat Stone Cold Steve Austin

Dulu aku memang peminat perlawanan Word Wrestling Federation (WWF) dan jika ada perlawanan terbaru contohnya Summer Slam, No Way Out, Royal Rumble atau sebagainya abang aku pasti membeli VCDnya di kedai-kedai yang berdekatan. Memang kat Terengganu susah untuk mendapatkan VCD ketika itu apatah lagi dengan harga yang murah, dan yang paling dekat adalah di Pahang.

Antara penggusti kegemaran aku adalah Stone Cold Steve Austin, Undertaker, Chris Benoit, Mankind dan The Rock. Aku sangat beterima kasih kepada WWF kerana aku sempat mengadaptasikan beberapa gerakan yang dilakukan oleh penggusti profesionalnya kepada kawan-kawan dan abang aku.

Aku sudah lama mengidamkan untuk membotakkan kepala.

Ini semua bukan idea aku tapi idea budak-budak di kampung aku, lebih-lebih lagi keluarga Pakcik Iskandar. Anak-anak mereka memang hyper-aktif, aku fikir aku sudah terlebih ekstrem rupa-rupanyanya ada lagi yang lebih ekstrim.

Kat kampung aku tanahnya berpasir debu, maka kalau kena beberapa gerakan pun masih tidak sakit lagi. Masa itu memang seronok sebab ramai budak-budak yang join, aku jarang join sebab aku memang tak suka pasir debu. Kat kampung itu juga memang celaka sebab ada 2-3 orang samseng yang lagi tua dari aku suka buli kanak-kanak. Aku ketika itu tingkatan 1, mereka tingkatan 5. Takkan aku nak jadi hero, nak mati ke?

Biasanya juga anak pakcik iskandarlah yang kerap kena buli, nasib aku tak kena.

Yang paling aku kagum ketika anak pakcik Iskandar melakukan gerakan People's Elbow (dipopularkan oleh The Rock), memang sempoilah lagi-lagi ketika melemparkan baju yang dibalut dilengan (kononnya pelindung siku) kepada penonton.

Masa itu aku rapat dengan Aman, aku pun tak pasti kenapa Aman ni suka sangat berkawan dengan aku. Ingat tak yang aku pernah cerita dulu, dialah yang ajak aku lempar mercun dalam tandas tu. Dan yang berak dalam tandas itu tak lain tak bukan adalah Pakcik Iskandar, sampai mati pun aku tak boleh lupa kisah tu.

Ada satu hari ketika Aman bermain dengan aku, kalau tak silap selepas bermain Police and Thieves. Selepas berpenat-lelah bermain ada seorang budak yang tak berlaga angin dengan aku mengacau aku, apa lagi aku hadiahkan Tombstone Piledriver (dipopularkan oleh The Undertaker) kepada dia. Tiba-tiba aku terus menghilangkan diri sebab aku tersilap melakukan gerakan itu di atas simen. Dalam hati aku terfikir sama ada tengkuk dia sudah patah atau tak, tapi nasib sebenarnya tak ada apa-apa kecederaan berlaku.

Sejak dari itu aku sudah bersara dari arena gusti (ayat poyo).

Di rumah aku pula abang aku memang suka mengganggu kehidupan aku, lebih-lebih lagi abang Kamal. Boleh kamu bayangkan dia menggunakan gerakan Mandible Claw (dipopularkan oleh The Mankind) ke atas aku. Dan aku rasa dia lebih jahat daripada Mankind bila mana dia tidak menggunakan stoking busuk malah menukarkannya dengan seluar dalam yang dipakainya selama seminggu berturut-turut.

Ya, aku tak tipu. Bayangkanlah apa perasaan ketika itu.

Abang aku lagi jahat dari aku, lebih jahat dari Mankind. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali. Bayangkalah. Masa itu dia berumur 23 tahun manakala aku masih 13 tahun, aku guna gerakan Stone Cold Stunner (dipopularkan oleh Stone Cold Steve Austin) atau Crippler Crossface (dipopularkan oleh Chris Benoit) pun gerenti tak menang. Untuk mengelakkan dari kalah aku menggunakan kerusi (buatan plastik bukan besi), penyapu, baldi, kain selimut atau apa-apa sahaja yang tercapai di akal untuk menghentamnya.

Tapi aku tetap kalah, sebab dia kan abang?

Ini Bukan Blog Lucah

Hasil dari pemantauan Google Analytics sejak 2 bulan yang lalu, beberapa orang bodoh berjaya dikesan. Ibarat pepatah melayu, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terhempap ke tanah jua". Berikut merupakan beberapa bukti penyelewengan beberapa orang melayu yang menyalahgunakan perkhidmatan Google sebagai sumber pencari maklumat para penduduk di dunia.

Beberapa Keyword Yang Melucahkan Blog Aku, Lantaklah :

01 syarifah hadli
Di sini tak pernah disebutkan tentang asal-usul Syarifah Hadli, yang ada cuma Marzuki dan Suhaila. Lain-lain aku tak pasti. Mungkin di laman web Facebook ada, silalah jangan malu-malu. Aku dah jumpa, di sini.

02 korek hidung batal puasa
Aku pernah timbulkan isu ini, memang tak batal kecuali selepas korek kamu makan tahi hidung itu. Kalau was-was boleh tanya Imam masjid yang berdekatan.

03 aku dah bercerai
Tak ada kaitan.

04 aku di fuck perempuan
Ini baru ada kaitan.

05 alat permainan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan
Banyak, memang tak terkira. Kamu boleh rujuk di sini kalau nak tapi aku rasa itu belum memadai. Mungkin aku akan lancarkan edisi kedua, itupun kalau rajin.

06 gambar terkena kejutan elektrik
Mentang-mentang aku pernah terkena kejutan elektrik senang-senang nak minta gambar. Tak sempat ambil, kalau sempat dah lama aku bagi.

07 kemaluan aku
Err... Kamu lelaki atau perempuan?

08 melayu dirogol lelaki india selepas bersahurKasihan. Sempat masuk Berita Harian tak?

09 no telefon awek sekolah
Amboi, kamu fikir Google tu tempat mencari jodohkah? Kalau nak sangat pergi daftar di laman web Myspace atau Friendster. Dalam masa sehari kamu boleh dapatkan mana-mana gadis yang diidamkan, itupun kalau kamu kacak macam aku. Erm, aku tak main Myspace dan Friendster, tak ada class.

10 seluar dalam wanita paling seksi
Jenama tak penting, warna yang penting. Maka pilihlah warna oren. Sumpah tak tipu.

11 sueannajoe
Pengunjung blog Sueannajoe tersesat ke dalam blog aku? Ini bukan blog budu dan belacan atau seumpamanya, ini blog keropok lekor dan cendol pulut. Maaf ya.

12 seks dengan bekas kakak ipar
Jahat sungguh adik dia ni, lepas abang bercerai terus buat seks dengan kakak iparnya. Mungkin juga mencari koleksi cerita lucah, kalau betul di sini tempatnya. Kalau belum puas, di sini pula tempatnya.

Nasib blog ini baru berusia 2 bulan, kalau 2 tahun macam manalah agaknya kan? Tak lain tak bukan ini mesti kerja beberapa orang kaum Melayu yang berotak biru (harap-harap kamu tak).

Akhir kata dari aku, "Jinak jinak burung merpati, jinak lagi burung sendiri. Burung merpati didekat lari, burung sendiri dipegang berdiri".

Sekian, Marzuki melaporkan untuk Dilarang-Melarang.

Aku Menang Lagi, Nasib Dapat Tempat Ke-3

Syukur aku menang lagi, bagi yang tak menang itu janganlah berputih mata. Menteil ini sangat sensitif, lain kali kutuk dulu baru puji. Ingat, bukan puji Menteil, tapi puji teman wanita Menteil.

Haha, gurau je.

Yang musykilnya sudah dua kali aku menang tempat ke-3, tak pelik tapi benar. Harap-harap ada lagi yang berani buat pertandingan versi kutuk memuji. Aku bukan kisah sangat tentang hadiah, asal dapat kutuk sudah.

Sebenarnya aku menang sebuah domain dan sebuah hosting, jumlahnya RM100 tapi penganjur memberi diskaun 70%. Dalam bahasa mudahnya aku kena bayar juga RM30, tapi masih berbaloi bagi seorang pemenang. Penganjur untung, aku lagi untung.

Kalau sudi boleh tak transfer aku RM30 dalam akaun Maybank? Nanti aku ganti, tak tipu.

Aku Memang Tak Pernah Bersukan Ketika Zaman Persekolahan

Bila aku tengok orang bersukan, aku rasa jeles juga sebab mereka berkebolehan bermain bola sepak, batminton atau sepak takraw. Sukan-sukan itu antara sukan yang popular dimainkan di kampung atau di sekolah sejak zaman berzaman. Dan aku labelkan sukan-sukan itu sangat cool untuk menarik perhatian sesiapa.

Sebab utama aku tidak bersukan adalah kerana buku rekod kesihatan aku tidak baik, pada buku rekod itu tertera yang aku menghidap penyakit jantung.

Sakit jantung?

Entahlah, aku pun tak tahu sama ada aku sakit jantung atau tak. Lagipun aku tak pernah tanya mak aku untuk mengesahkannya. Lagipun aku tak pernah pengsan dalam tandas ketika berak. Lagipun aku tak pernah menjalani sebarang pembedahan atau makan ubat sakit jantung.

Biru adalah warnanya.

Soalan itu masih tiada jawapannya.

Kerana itu aku satu-satunya seorang penghidap sakit jantung dalam kelas itu, dalam sekolah rendah itu. Kemana aku pergi biasanya akan dapat hak keistimewaan sebagai pesakit.

Aku ingat lagi, aku dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT), aku tak pasti sama ada sekarang masih diteruskan lagi saluran bantuan pelajar seperti itu. Selain dikatakan aku menghidap sakit jantung, keluarga aku juga amat susah ketika itu dan tidak hairanlah aku mendapat RMT.

Biasanya RMT memperuntukan nasi lemak, mee goreng dan mee sup sahaja, tidak lupa segelas air dan sebiji buah-buahan sebagai pencuci mulut. Memandangkan aku memang jarang ke sekolah, maka aku 'wakaf'kan makanan aku kepada kawan-kawan aku yang tidak dapat RMT. Kerana RMT aku pun mereka sanggup bergaduh, apa punya kawanlah.

Berbalik pada cerita asal, aku juga diberi hak keistimewaan sebagai pesakit ketika perhimpunan. Wah, boleh kamu bayangkan jika aku berpura-pura pengsan setiap minggu ketika perhimpunan? Mereka akan menyediakan satu bilik rehat untuk aku, yang konon-kononnya akan pengsan beberapa minit lagi. Seingat aku hanya sekali aku ke bilik persalinan, itupun sebab aku sakit perut nak berak.

Tak kan aku nak berpura-pura sakit, nanti aku terlepas menyanyikan lagu Negaraku.

Lain-lain, kawan aku tak pernah menganggu aku. Mereka takut aku pengsan agaknya jika mereka membuli aku. Tapi ada juga yang berani mati mengacau aku, akhirnya mereka kena marah dengan cikgu. Itupun mereka curi kotak pensil aku, memang patut pun kena marah.

Kalau aku mengacau orang pula macam mana?

Tak, aku budak baik. Aku tak pernah mengacau orang.

Tapi aku kerap juga tidak menyiapkan kerja sekolah. Kalau kawan aku kena 'henjut telinga' 50 kali, aku pula hanya kena 10 kali sahaja. Kalau kawan aku kena 'jalan itik' satu kelas, aku pula dibebaskan tanpa sebarang rayuan. Baru aku tahu cikgu pun takut dengan aku, yang konon-kononnya menghidap penyakit jantung.

Bila aku beralih ke Politeknik baru aku boleh bersukan, kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri. Akhirnya aku memilih untuk bermain bola tampar ketika itu, salah satu sukan yang sangat tak cool.

Kalaulah masa boleh diundur, aku akan bakar buku rekod kesihatan itu.

Laptop Itu Leceh, Tiada Laptop Lagi Leceh

Hari ini paling menggembirakan aku, sebab aku sudah dapat kembali online. Router rosak satu hal, Ethernet port rosak dua hal.

Tadi aku pergi kedai membaikpulih komputer, dia memang cakap Ethernet port pada laptop aku rosak. Bila Ethernet port rosak, dalam bahasa mudahnya Motherboard pun rosak. Itu dia yang bagitau, kalau dia tipu aku memang dalam bahasa mudahnya aku turut tipu kamu.

Laptop Itu Leceh, Tiada Laptop Lagi Leceh - dilarang-melarang
Memang leceh pun.

Laptop Itu Leceh, Tiada Laptop Lagi Leceh
Aku beli dengan harga RM40 kalau tak silap.

Aku ke kedai satu lagi, dan jurutekniknya mengesyorkan aku untuk membeli USB Lan, harganya RM60. Sebelum aku terlupa, laptop aku juga terkena tempias petir agaknya, tapi kalau ikut logik komputer abang aku tak ada sebarang kerosakan berlaku.

*Musykil*

Kedua-dua buah kedai ini mengesyorkan aku untuk menghantarnya ke Syarikat Intel pada mulanya, tapi aku sebolehnya tak nak. Bukan apa, kosnya aku sudah agak yang aku terpaksa bayar RM100-200 atau lebih. Laptop memang leceh, tiada laptop memang lagi leceh.

Setelah aku membeli USB Lan, aku pulang ke rumah dengan senyuman hingga ke telinga.