Follow MarzukiJalil on Twitter

PPSMI Nak Diteruskan Lagi Ke?

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara umumnya diketahui diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam blog beliau ada menjelaskan panjang lebar tentang dasar PPSMI yang diperkenalkannya setelah banyak pihak kurang setuju khususnya bangsa Melayu setelah dilaksanakan pada tahun 2003.

Aku rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini setelah menonton rancangan Isu Semasa di TV1 semalam. Mujurlah ahli panel yang dijemput seramai 3 orang dan hanya 1 orang sahaja yang menyokong kerajaan.

Aku tabik dengan ahli panel 2 orang itu, maaf aku tak hafal nama.

Aku bukan tak sokong kerajaan, tapi aku kasihan kat pelajar-pelajar sekolah yang menjadi bahan eksperimen mereka.

Kalau rasa nak buat sangat dasar PPSMI lebih baik mansuhkan terus bahasa melayu di Malaysia dan jadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Aku rasa itu lebih cepat kalau nak semua pelajar fasih berbahasa inggeris.

Dan mungkin kita boleh perkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris (PPBMI) kalau semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris.

Ini tidak, baru buat dasar PPSMI dah nak bandingkan dengan Singapura. Singapura mana ada dasar PPSMI bodoh? Kalau nak banding dengan Jepun bolehlah, dia tak guna dasar PPSMI pun dia boleh maju. Pendek kata segalanya terpulang kepada pelajar itu, kalau dia nak jadi bodoh dia akan ikut cara bodoh dan kalau dia nak jadi pandai dia ikut cara pandai.

Betul tak?

Apa, kalau tak guna bahasa Melayu sepenuhnya tak maju ke orang Malaysia? Orang Malaysia tak maju sebenarnya sebab dasar-dasar yang ada memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kalau nak menyeru rakyat Malaysia untuk jadi pandai sila haramkan rancangan-rancangan hiburan yang bodoh yang sedang disiarkan di saluran-saluran TV swasta. Tutup Akademi Fantasia, tutup Sehati Berdansa, tutup One In Million, tutup American Idol dan tutup segala macam lagi rancangan-rancangan yang bodoh. Bila rakyat Malaysia sudah bodoh khususnya orang Melayu, nak tengok Al-Kuliyyah, Jejak Rasul, Mari Bertaranum pun jadi tak ada minat.

Kalau PPSMI diteruskan maka bahasa Melayu sudah senasib dengan tulisan Jawi. Mengaku jelah ianya sudah berlaku didepan mata kita sekarang.

Ilmu memang mudah didapati dalam bahasa Inggeris, aku pun tahu semua itu. Tapi PPSMI bukanlah satu-satunya dasar yang terbaik. Kalau kamu hanya rasa PPSMI itu adalah dasar mendidik yang terbaik bermakna mereka yang lembab.

Negara dulu-dulu mereka tak senang-senang nak tukar bahasa mereka. Dulu orang Islam sangat berilmu bukan? Semua subjek mereka kaji, maka lahirlah banyak tokoh ilmuwan islam yang terbilang. Akhirnya orang bukan islam pun nak belajar juga, golongan ini memang pandai bahasa arab. Maka mereka mencetak ulang kandungan buku-buku dari golongan bukan islam ke dalam bahasa mereka. Mereka pun tak bodoh untuk gunakan dasar PPSMI semata-mata nak dapatkan ilmu. Akhirnya mereka lebih maju dari negara islam.

Eh! Kita negara islam belum?

Ilmu ni tak kisahlah dalam bahasa apa pun, asalkan orang boleh belajar. Senang cerita kita perbanyakkan cetakan apa-apa buku ilmu ke dalam bahasa Melayu. Kalau PPSMI diteruskan lagi aku tak tahulah setakat mana kempen membaca boleh diteruskan. Nak baca buku bahasa Melayu pun malas, nak baca buku bahasa Inggeris lagilah malas.

Itu baru aku cakap kat kerajaan, tak cakap kat rakyat lagi.

Kita tengok diri kita sendiri sudahlah dan kamu tanya kepada diri kamu "sejauh mana kamu sayang Bahasa Melayu". Kalau kamu sayang Bahasa Melayu maka kamu tolong guna bahasa Melayu kamu baik-baik.

Tak payah tengok jauhlah, kamu tengok blog kamu dan blog kawan kamu sudah. Tanya dia pula "sejauh mana mereka sayang Bahasa Melayu". Aku nak tegur salah, tak tegur pun salah. Kalau aku tegur lebih-lebih kan nanti orang cakap aku gila bajet dan terus ban blog aku.

Senang cerita aku nak tegur yang kita ni sayang bahasa hanya pada nama (sama macam kita sayang agama) nak gunakan dengan sebaiknya punyalah susah.

Berapa ramai orang kita guna bahasa Melayu dengan betul huh?

Ada yang guna bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris campur-campur, ada yang langsung tak guna bahasa Melayu, ada yang guna bahasa Melayu dengan penulisan huruf besar diselang-seli dengan huruf kecil, ada yang guna bahasa Melayu dengan singkatan ejaan dan ada yang guna bahasa Melayu dengan semua sekali diatas.

Tu tak termasuk dengan kesalahan tatabahasa lagi, kalau tak aku pun tersangkut sekali. Hehe.

Guna bahasa Melayu dengan betul pun dah nak malu, guna bahasa Inggeris tak malu pula? Aku bukan bagus sangat menulis blog pun, aku bukan pelajar lepasan graduan dari UiTM yang menawarkan khusus berblogging pun itu hari. Aku guna bahasa Melayu dengan sebaiknya berbekalkan sijil SPM dengan keputusan matapelajaran bahasa Melayu gred B.

Gred aku B je, jadi kalau kamu nak kutuk aku pun aku persilakan. Tapi aku bangga sebab aku masih Melayu yang menggunakan bahasa Melayu.

Ingat! Menggunakan bahasa sendiri itu dengan sebaiknya itu adalah lebih baik. Kalau pekara remeh pun tak boleh nak atasi, lambat laun Malaysia boleh bungkus. Konsep negara islam pun tak diguna, konsep negara melayu pun tak diguna maka nak guna konsep apa?

Lambat laun nanti maka ramai lagilah orang Melayu bodoh tak boleh diajar dan orang Melayu cerdik tak boleh ditegur. Tunggu sajalah.

Cuba teka apa orang melayu suka cari dalam Google?

Kalau dulu jawapannya cipap Melayu, dara Melayu dan lain-lain carian dalam bahasa Melayu.

Maka lepas ni apa pula mereka akan Google?

Mungkin selepas ini setelah dasar-dasar PPSMI berjaya diterima oleh orang Melayu mereka akan menggunakan carian Malay pussy, Malay virgin dan lain-lain carian dalam bahasa Inggeris. Maaf sebab sedikit lucah tapi itu hakikatnya orang kita bukan?

Dan itu hanya satu gurauan dari aku, Selamat Tahun Baru 2009.


Sponsered

9 Gambar Mengenai Aku

Aku kena tag lagi oleh Nor Aini, seorang wanita yang perasan comel dan kurus walhal tersangat boyot dan boroi. Dia adalah musuh tapi mesra buat aku, jadi aku tak akan melengahkan masa untuk menjawab tag-tag dia. Punyalah banyak sampai tak terjawab aku dibuatnya.

Tag ini aku jawab sebab aku suka ambil gambar dan tunjukkan pada umum, maka hayatilah setiap gambar yang aku tunjukkan ini. Rasanya semua gambar aku bermula pada tahun 2004, jika mahu lebih marilah ke rumah aku untuk membelek album gambar lama aku.

Aku ada scanner tapi tak pandai nak scan. Apa-apa sajalah.

9 Gambar Mengenai Aku :

A picture of you at the most unique environment.
A picture of you at the most unique environment.

Kalau tak silap ini masa semester 1 di politenik. Yang berbadan boyot dan boroi seperti Nor Aini ni namanya Pok Te. Dia adalah roomate aku yang paling baik sebab tak pernah buat hal dengan aku. Kiranya sekepala, kalau dia lapar dia curi mee Maggi aku dan kalau aku lapar aku curi roti coklat dia. Nanti aku buat entri untuk dia sebab banyak sangat cerita aku nak kongsi.

A picture of you at the place you dislike.
A picture of you at the place you dislike.

Aku tak suka dengan keadaan aku ketika itu, masa aku nak dating dengan Suhaila tiba-tiba anak saudara aku nak ikut. Masa itu aku baru pelan nak pergi karaoke, kecewa betul. Tapi akhirnya aku pergi juga karaoke, dengan anak saudara aku sekali berkaraoke walaupun baru berumur 5 tahun. Bila dia sudah bosan dengan suara aku yang tak sedap tiba-tiba dia tutup plug mesin karaoke. Aku pun apa lagi balik rumah dengan perasaan hampa. Tapi sebelum tu aku ajak Suhaila temankan dia main buaian, jongkang-jongket dan papan gelongsur dulu. Senyuman itu adalah palsu 100 peratus.

A picture of the people that mean a lot to you.
A picture of the people that mean a lot to you.

Sudah semestinya mak aku. Tapi ini mak angkat aku, gambar mak aku ada tapi lain kali aku upload. Dari kecil lagi aku tinggal dengan mak angkat aku, secara tak langsung kasih sayang aku mungkin lebih sedikit kepada dia. Tapi dua-dua tetap aku sayang. Mak angkat aku ni sangat baik dan antara yang paling baik dalam dunia ni, kadang-kadang aku sedih sebab aku sangat jahat dan antara yang paling jahat dalam dunia. Susah kan jadi lelaki?

A picture of you with your best smile (mouse open).
A picture of you with your best smile (mouth open).

Aku jarang buka mulut ketika senyum sebab aku susah nak senyum. Tangkap gambar pun masih buat mimik muka serius kononnya kacak dan hensem. Sebenarnya tu semua nak tutup rahsia sebab gigi geraham aku sudah berjaya dicabut sebanyak 3 batang. Tapi taklah seteruk Magibon bukan? Kadang-kadang aku kasihan jugak kat Magibon sebab tak habis-habis orang kutuk dia, seluruh dunia pula tu pasal dia tak punyai gigi yang cantik.

A picture of you with your best smile (mouth close).
A picture of you with your best smile (mouth close).

Aku rasa senyuman ini tak adalah antara yang terbaik. Dan aku rasa sangat seronok ketika itu. Hehe, malulah nak cerita lebih-lebih.

A picture of you with the lamest pose.
A picture of you with the lamest pose.

Aku bukan peminat kumpulan Newboys atau Boboi oke, cuma ketika zaman itu rambut belah tengah adalah gaya yang paling top. Aku rasa semua ni hal remeh temeh je, kalau tak percaya kamu tengok gambar kamu 10 tahun lepas. Masa ini kalau tak silap baru habis peperiksaan SPM dan yang mengambil gambar itu bekas teman wanita aku. Entahlah, aku pun dah lupa. 25 Januari 2009 ini insya'Allah dia akan bertunang dan aku doakan dia kahwin cepat-cepat. Berani ya kamu curang dengan aku dulu?

A picture of someone that stands on top of your heart.
A picture of someone that stands on top of your heart.

Oke, ni dia pengarang jantung dan limpa aku. Pejam celik dah 3 tahun aku berpasangan dengan dia dan alhamdulillah dia masih kekal dengan aku. Mak aku pun sayang sangat kat dia sampai dia sendiri tertukar mana anak dia dan mana teman wanita dia. Aku sebenarnya malas nak berpasangan lama-lama, doakan aku kahwin cepat-cepat.

A picture of you with some toys or cute stuff.
A picture of you with some toys or cute stuff.

Aku malas nak tangkap gambar anak patung ke, tabung syiling ke, bantal busuk ke, kad raya ke atau seluar dalam aku ke. Apa kamu fikir aku gay? Aku rasa gambar air botol masih oke kot sebab tidak berunsur lucah atau berbaur politik. Sekurang-kurangnya boleh menghilangkan dahaga dan melegakan kentut yang berbau. Kalau ketiak masam boleh minum air botol Pepsi dan kalau kuku kaki cekam boleh minum air botol Coca Cola. Eh! Tipu jelah.

A picture of you in white shirt.
A picture of you in white shirt.

Aku jarang pakai baju putih ketika dating dan ini antara baju putih kesukaan aku. Dibaju itu tertulis 'Kill Fucking Kolonel', aku sangat benci ayam goreng KFC sebab aku dah jatuh hati dengan ayam goreng McD. Tengok rambut aku tu macam syaitan gondol je, aku bencilah berambut pendek sebab tak kacak dan hensem langsung. Janggut pun tak lebat lagi, sama macam Awang Dogol. Tapi misai ada iras-iras Datuk K bukan?

Akhirnya siap juga aku jawab tag ini, laparlah pula. Mahu temankan aku pergi KFC?

Eh! McDlah.


Kalaulah aku jadi Bobba Fett, Suhaila jadi Stormtroopernya




Sebenarnya aku nak jawab tag tadi tapi sebelum tu aku masuk laman web Youtube dulu. Sesampainya aku di sana ada satu video yang aku jumpa, rasa lawak betul.

Kat umah aku ada robot R2-D2 sama seperti dalam video Youtube tu, tapi sebuah je. Gilalah Mat Saleh dalam video tu sampai beli 12 biji, terbeliak mata aku dibuatnya. Untuk pengetahuan kamu R2-D2 ni menggunakan suara manusia untuk mengarahkan mereka membuat sesuatu kerja. Yang menjadi masalahnya bahasa Inggeris aku tidak begitu baik. Maklum sajalah orang Terengganu, loghat negeri memang susah hendak dibuang. Dalam blog bolehlah nak cakap menggunakan bahasa baku, kalau jumpa aku kat luar jangan harap aku cakap menggunakan bahasa baku.

Aku tak ingat apa ayat arahan tu sebab sudah lama tak aktifkan robot tu. Kadang-kadang sampai biul R2-D2 tu mendengar arahan aku. Kalau R2-D2 boleh disetkan dalam bahasa Melayu kan seronok, memang laku macam goreng pisang kalau dijual di Malaysia. Tapi nasib ada butang reset, kalau tak memang gila R2-D2 aku kerjakan.

Abang Zul pun tak lepas peluang memberi arahan kepada R2-D2, yang kelakarnya masa aku tidur dia buat kerja tak senonoh tu. Konon-konon malu, hampeh. Aku syorkan kamu beli R2-D2, memang tak menyesal kalau kamu beli tapi tak tahulah ada tak kat Malaysia. R2-D2 ni pun dibeli secara online.

Petang tadi aku merayau-rayau kat Mesra Mall, ada satu barang lagi yang menarik perhatian aku. Kamu tahu apa dia?



Barang itu sebenarnya helmet Clone Trooper siap dengan suara lagi, tapi kalau ada helmet Darth Vader, Darth Maul, Bobba Fett atau Stormtrooper mesti lagi gila aku dibuatnya. Pendek kata aku memang peminat Star Wars lah. Harga hanya RM182.00 dan agak mahal kalau dibeli di Malaysia.

Kalau aku beli helmet ini mesti aku sepopular Red and Jonny bukan?

Red dan Jonny merata-rata tempat dengan helmetnya.

Bolehlah nanti aku beli helmet Bobba Fett untuk aku satu dan helmet Stormtrooper untuk Suhaila satu sambil pergi dating. Boleh bayang tak kami ke kedai Seven Eleven sambil tangkap gambar?

Eh! Helmet Transformer pun oke juga bukan?


Sponsered

Dolla Dan Dolliy

Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat komik pendek ini, walaupun pendek tapi tetap membuatkan aku tersenyum. Sayangnya pemilik blog itu entah hilang ke mana.

Dolla Dan Dolliy
Dolla & Dolliy

Dolla & Dolliy - Kisah 1
Dolla Dan Dolliy
Dolla Dan Dolliy
Dolla Dan Dolliy

Handset Baru Dolla - Kisah 2
Dolla Dan Dolliy
Dolla Dan Dolliy
Dolla Dan Dolliy

Otak dia memang biru bukan?


Senarai Filem Wajib Tonton 2009 - V1

Aku memang peminat filem Hollywood, tapi tak semua genre yang aku boleh tonton sehingga habis. Memandangkan sekarang ianya boleh didapati di internet dengan bantuan perisian Internet Download Manager, maka kerja-kerja memuatturun boleh dijalankan dengan mudah.

Tapi aku syorkan kamu beli DVD jika mahu menonton filem, sebabnya memuatturun filem secara haram adalah satu kesalahan hakcipta. Rasanya filem pertama dan terakhir yang aku beli adalah filem The Lord Of The Ring, itupun sebab aku masih belum pandai memuatturun filem dari internet. Sekarang ni jangan haraplah aku beli apa-apa DVD pun sebab lepas tonton aku akan cepat boring, pendek kata lepas memuatturun aku akan buang fail dalam masa 24 jam (ayat poyo).

Nantilah aku ajar kamu memuatturun filem secara haram dengan lebih efisyen, buat masa ini aku belum terbuka hati untuk menambahkan apa-apa kesalahan hakcipta.

Sekarang aku cuma nak senarai pendek filem-filem yang bakal keluar pada tahun 2009 sekadar untuk memudahkan daya ingatan aku. Jika kamu belum tahu apa filem yang akan ditayangkan pada tahun 2009 bolehlah kamu baca sehingga habis, tapi jika ada senarai yang kurang boleh juga kamu syorkan kepada aku mana-mana filem yang terbaik. Insya'Allah aku akan senaraikan kembali dalam versi ke-2 tapi ingat filem Hollywood sahaja.

Senarai Filem Wajib Tonton 2009 - V1


Apa kata kamu?


Sponsered

66 Boys - Surfing Guitar




Aku jumpa lagu ni ketika bermain game Metal Gear Solid : Subsistence, kalau kamu nak dengar sila set frekuensi radio pada angka 147.08. Muzik menenangkan walaupun ia bukan citarasa sebenar aku, asalkan sedap di telinga aku sudah.

Notakaki : Akhirnya aku berjaya juga menewaskan The Sorrow. Ia sememangnya game yang menarik selain Resident Evil dan Hitman.


Win "Rocky" Win

Kebelakangan ini Abang Zul mempunyai hobi yang pelik, setiap masa membeli barangan secara online. Kalau 2-3 jenis barang masih aku boleh terima tapi kalau sampai sudah tak terkira apa kejadahnya? Aku bukanlah jahat sangat untuk dengki kat abang tapi kadang-kadang aku geram bila setiap kotak barangan yang sampai ke rumah terpaksa aku tandatangan.

Kesimpulannya, masa tidur aku 12 jam terganggu.

Abang posmen itu pun sampai sudah naik jelak melihat aku yang bermuka baru bangun dari tidur dengan bermulut penuh air liur basi. Tahi mata tak usah ceritalah, melekat sampai ke pipi.

Selepas aku catatkan butir-butir pengenalan aku sebagai penerima, aku menyambung kembali masa tidur aku yang terbengkalai sejak 5 minit tadi.

Apa yang aku tengok Abang Zul beli hanyalah baju, dompet, baju tidur (untuk isterinya), DVD, patung aksi figura, patung aksi figura dan patung aksi figura. Mungkin ketika zaman kanak-kanaknya mak ayah kami masih belum mampu untuk membelinya. Mungkin ketika zaman kanak-kanaknya juga perkhidmatan membeli secara online tidak diperkenalkan lagi.

Rocky Balboa, Rocky, Sylvester StalloneBaru-baru ini dia hadiahkan aku sehelai baju tapi aku memang kurang berkenan. Baju itu hanya sesuai untuk dia yang berperut buncit dan bukannya aku berperut ehem-ehems. Dia sudah tahu adiknya adalah satu-satunya benih paling kurus kering dalam salasilah keluarga tetapi tetap dibelinya saiz L.

Akhirnya aku simpan baju itu konon-kononya sayang nak pakai. Kamu boleh klik gambar untuk tatapan yang lebih jelas, sekarang aku guna plugin Thumbnail Viewer.

Kalau dia google 'Marzuki', 'Rocky', 'Win Rocky Win' atau 'perut buncit' dan menjumpai blog ini memang mati aku dibunuhnya. Syhh, diam-diam sudah oke?



Sebenarnya aku nak suruh dia beli t-shirt ini dengan ucapan 'kamu kan abang'.


10 Tahun Akan Datang

Abang Zul ada bersembang dengan aku semalam. Bukan senang kami nak bersembang, aku dan dia memang jarang bersembang sejak dari kecil lagi.

Abang Zul : Kamu buat lesen, nanti kita boleh bincang tentang cadangan kamu nak buka kedai.
Aku : Huh!
Abang Zul : Kamu nak buka kedai apa?
Aku : Entah, ikutlah mana-mana pun. Kalau boleh nak buka kedai komponen elektronik sebab di daerah Dungun masih tiada lagi yang membukanya. Kalau setakat kedai cybercafe, kedai membaiki telefon dan kedai membaiki komputer sudah berlambak di Dungun.
Abang Zul : Bagus juga tu. Bila aku sudah selesai tentang duit pinjaman rumah aku dan rumah mak nanti kita bincang lagi.

Sensaoil, minyak lintah, minyak kuat lelaki, minyak gagah
Cuba teka apakah barangan yang ditunjukkan ini.


Kalau nak dikutkan dia nak suruh aku jadi pertani moden dan menternak lintah atau ikan keli, aku cuma takut 10 tahun akan datang pasaran sudah beralih minat dengan ternakan lain. Kamu tahu sajalah orang Malaysia memang banyak citarasa.

Mungkin aku akan menyambung pelajaran aku lagi dan memikirkan hal itu kemudian.

Monolog : Suhaila pula menyuruh aku membuka Spa dan berkongsi modal dengan dia.


Nama Aku Topotato, Berasal Dari Melaka Dan Belum Berpunya

Hari ini Aku (Marzuki) nak menyamar jadi Topotato sekejap, ehem-ehem.

Nama aku Topotato, kamu boleh panggil aku sama ada Topotato atau Topo sahaja. Kalau aku ada teman wanita aku nak dia panggil aku Mister Potato.

Hoho...

Tapi sayangnya aku masih tiada teman wanita, nak mengorat Janie dan Chokilala pun dia lagi tua dari aku. Kalau aku mengorat mereka berdua sekaligus bukankah seronok, boleh menunjuk-nunjuk kat Marzuki.

Hoho...

Sebenarnya aku masih belajar lagi disalah sebuah universiti yang kurang terkenal di negeri lain selain Melaka yakni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Tapi bila UTEM Bloggers United (YUBIYU) dilancarkan, tiba-tiba universiti kami meletup sampai ke Terengganu.

Ceyh, bukan meletup terbakar la, tapi meletup popular.

Aku mempunyai seorang kakak dan bernama Sharina, lagi cun dari Chokilala. Mereka berdua adalah kawan baik, tapi apa yang aku tak puas hati dia kutuk aku dalam blog dia.

Patut tak dia kata aku gila trafik?

Patut tak dia kata aku gila trafik?

Patut tak dia kata aku gila trafik?

Memang patut pun dia kata aku gila trafik. Dulu ketika aku dilantik menjadi fasilator merangkap Biro Penerbitan telah sesuka hati aku menggunakan kuasa veto untuk mempromosi blog aku kepada semua junior baru. Bayangkan pada mukasurat belakang buletin Minggu Haluan Siswa ada setepek url blog aku iaitu http://www.topotato.com dan buletin tu diedarkan kepada lebih kurang hampir seribu orang pelajar? Ini semua idea asal Dino, kalau nak marah pun marah la dia dulu.

Chokilala apa lagi, dia kejelesan dan berkata 'WTF! Cisdel Topo.'. Kahkah...

Sebenarnya banyak lagi aku sesuka hati aku menggunakan kuasa veto. Resit pembelian lab coat pun aku pernah promosi blog dengan tandatangan aku, tapi ianya istimewa untuk Chokilala sahaja sebab dia cun.

Hoho...

Imej ini dikreditkan kepada Popshovans

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih nama Topotato. Masa kecil-kecil dahulu mungkin aku suka makan Ubi Kentang. Tapi Ubi Kentang yang paling membuatkan aku gila kentang sudah semestinya Mister Potato Crisps Barbeque Flavor. Sedap sehingga menjilat ibu jari kaki, kamu boleh bayang tak?

Memandangkan domain untuk Mister Potato Crisps sudah menjadi trademark Mamee, maka aku sudah kebuntuan. Kalau pilih domain ala-ala Mister Potato pun aku takut kena saman oleh mereka. Maka nama Topotato dipilih kerana ketika itu aku sedang bermain dengan anak patung bernama Topo.

Hoho...

Anak patung ini bernama Topo, comel bukan?

Bercakap tentang blog pula aku adalah seorang penagih blog. Kalau tak percaya sila rujuk kategori-kategori aku, segala jenis macam kategori aku tulis sama ada tentang blog, kehidupan, tutorial, perisian, assigment, review, iklan, filem dan macam-macam lagi.

Hoho...

Kamu masih ingat tentang entri emotikon Upin dan Ipin? Entri itu adalah entri yang paling popular di blog aku. Dan aku pernah buat satu plugin untuk peminat siri animasi pendek Upin dan Ipin. Tapi tiba-tiba Marzuki pula mencuri emotikon Upin dan Ipin, habis hilang trafik aku 50 peratus. Kalau kamu rajin singgah la kat blog dia, macam-macam cara kamu boleh cantikkan blog kamu yang hodoh itu.

Kamu masih ingat tentang entri Kota A Famosa? Entri itu adalah entri yang paling sengal di blog aku. Setiap hari ada sahaja keyword-keyword yang pelik digoogle oleh orang melayu dan tersesat di blog aku. Kalau keyword seperti itu aku boleh terima lagi, kalau keyword buah dada besar, projek atas tangga dan kantoi dalam tandas itu memang memeningkan kepala aku.

Kamu masih ingat tentang entri Heliza si mata besar? Entri itu adalah entri yang paling jiwang di dalam blog aku. Apa tidaknya, matanya yang besar sangat-sangat mencairkan pandangan mata aku. Kalau nak dibandingkan dengan aku, dia memiliki sepasang mata yang besar tapi aku hanya memiliki sepasang lubang hidung yang besar. Kalau Heliza tengok boleh mencairkan pandangan mata dia tak?

Ahhh! Banyak sangat entri yang aku nak cerita, kamu masuk archive-lah dan layan diri.

Hoho...

Aku memang lagi hensem dari Marzuki, harap maklum.

Sebelum aku sudahi entri ini dengan noktah terakhir, aku nak berkongsi serba sedikit fakta mengenai Topotato. Alang-alang kamu sudah menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal ketiak masam aku ini.

5 Fakta Mengenai Topo :-
  • Aku mula mengenali blog seawal 5 Januari 2008 dan membeli domain seawal 10 Mei. Aku pasti kamu tak ingat tarikh-tarikh yang banyak ini, maka kamu ingat tarikh lahir aku sajalah pada 7 Januari 1988.
  • Aku sangat meminati warna hijau dan sebab itu kamu boleh tengok layout blog aku yang berwarna hijau.
  • Aku sentiasa menginvisiblekan diri ketika menggunakan perisian Yahoo Mesengger kecuali pada orang-orang tertentu dan ketika waktu-waktu tertentu. Jika mata kamu sebesar mata Heliza atau lebih besar dari mata Heliza amatlah dialu-alukan untuk Buzz aku.
  • Aku sangat meminati lagu I kissed a girl bukan nyanyian Katy Perry, klip videonya sangat tak boleh diterima oleh akal aku. Selain Katy Perry, aku juga meminati lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, Tomok New Boys dan Dato M. Daud Kilau.
  • Aku sentiasa mengupdate Twitter, kalau nak tahu dengan lebih lanjut silalah follow aku dan juga Marzuki.

Hoho...

Penafian : Entri ini ditulis oleh Marzuki dan bukannya oleh Topotato, ianya adalah rekaan semata-mata bagi memenangi pertandingan milik Topotato yang bernilai RM50, RM20 atau RM10 yang dibiayai sepenuhnya oleh Mak-mak Datin cawangan Melaka. Nama Topotato digunakan sebagai idea pertandingan dan anda tidak dibenarkan mengambil bulat-bulat kandungan didalam entri ini kerana ianya diambil dari blog Topotato, Chokilala, Popshovans dan yang berkaitan. Sebarang kekeliruan bolehlah diemelkan kepada Marzuki.

Woo Hoo...


Azam, Harapan Dan Doa Untuk Tahun 2009, Apakah?

Beberapa lagi tahun 2008 akan meninggalkan kita dan tahun 2009 pula menanti kehadiran kita. Pusingan tahun demi tahun sudah lali dalam kehidupan kita ini, macam-macam yang berlaku dalam tempoh itu.

Ada yang baik menjadi jahat, ada yang jahat menjadi baik, ada yang baik semakin bertambah baik dan ada yang jahat semakin bertambah jahat.

Aku memang baik, harap maklum.


Quantum of Solace, James Bond, Daniel Craig, 007
Gambar sekadar hiasan.

Azam aku untuk tahun 2009
  • Aku berazam nak sambung belajar, belajar dan belajar lagi, insya'Allah. Dulu aku fikir nak kerja, kerja dan kerja tapi kerja yang aku kerjakan dulu masih tidak berbaloi dengan apa yang aku telah laburkan dekat PTPN ketika belajar dulu.
  • Aku berazam nak jadi baik, sumpah aku cakap tahun 2007 dan 2008 adalah tahun yang membuatkan aku sedikit jahat (ayat cover). Kalau boleh aku nak orang yang baik-baik, bakal mak mertua aku tengok aku pun dah kecut perut.
  • Aku berazam nak gemuk, tu azam aku dari tahun 1987 lagi. Masa tu aku kat dalam rahim mak aku lagi. Nasib Suhaila tak kurus macam aku, mungkin azam dia nak kurus. Berat badan aku dan Suhaila lebih kurang je, haha.


Harapan aku untuk tahun 2009
  • Aku berharap daerah Dungun semakin maju, sekurang-kurangnya ada sebuah pusat membeli belah. Setakat Ten-Ten, Bata, Kawanku, Hari-Hari, Pok Eng Tem dan kedai runcit Ting Tong tu baik bungkus jelah.
  • Aku berharap kawan aku si Abdul Rahman membaca blog ini, CD game aku bila nak pulangkan?


Doa aku untuk tahun 2009
  • Aku berdoa untuk jadi yang terbaik dihadapan-Nya. Amin.


Apa pula azam, harapan dan doa kamu?


Ini Baru Dirty Job




Sebab inilah aku dan dia gelarkan ia sebagai Dirty Jobs. Ada sesiapa berminat? Ianya terbuka kepada semua penagih blog yang tegar.

Notakaki : Aku malas nak tulis sesuatu sebenarnya sebab ramai sangat kawan aku baca blog aku, kantoi betul.


Adakah Kamu Seorang Penagih Blog?

Satu soalan bonus untuk kamu, adakah kamu seorang penagih blog?

Akhir-akhir ini aku rasa aku perlu kurangkan masa bersama beberapa blog aku ini, mana-manalah asalkan ia blog kepunyaan aku. Mungkin aku perlu tumpukan blog ini sahaja sebab aku takut aku terlalu membazirkan waktu sosial aku bersama kawan-kawan, keluarga mahupun televisyen aku. Sumpah aku jarang tengok televisyen semenjak akhir-akhir ini.

Selepas ini aku ingin berkaraoke, mencari pakaian bundle, meronda kampung, mengajar anak saudara asas berbahasa inggeris dan menolong mak di dapur (pembetulan : mengacau bukan menolong). Aku nekad.

Boleh dikira dengan jari rancangan-rancangan televisyen yang aku sempat menonton, rancangan terakhir aku menonton adalah rancangan Dirty Job disaluran Discovery. Rancangan itu sangat menarik bagi aku sebab di dalam dunia ini banyak pekerjaan yang boleh dibuat selain menjadi seorang penagih blog yang boleh membuang masa dan duit kita.

Kamu macam mana pula?

Alang-alang kamu dah baca blog aku yang separa lucah ini lebih afdal kamu bacanya sehingga noktah terakhir. Mari kita lihat apa simptom-simptom seorang penagih blog, jika aku silap maafkan aku.


Ini mungkin kamu

Simptom-simptom yang biasa dihadapi seorang penagih blog :-
  • Kamu ingin melihat blog kamu setiap seminit walaupun kamu sedang bekerja ataupun sedang berehat.
  • Kamu akan jadi bimbang jika bekalan internet terputus atau tergendala, kemudian menyalahkan perkhidmatan Streamyx atas segala kesulitan.
  • Kamu terlalu mengambil serius terhadap komen-komen yang diberikan pengomen, jika silap gayanya kamu akan mengeluarkan satu entri tentang pengomen itu.
  • Kamu berasa tenang dan selesa selepas berjaya membuat satu entri yang berkualiti dan kemudiannya kamu akan berasa cemas dan takut kembali memikirkan apa entri yang kamu harus tulis selepas ini.
  • Kamu berusaha dalam masa yang singkat untuk jadi penulis blog yang hebat walaupun baru membina blog.
  • Kamu meletakkan diri kamu sebagai seseorang yang penting didalam arena blog ini dan merasakan pembaca blog kamu memerlukan kamu jika tiada entri dihasilkan.
  • Kamu memberikan lebih nilai kepada laptop kamu berbanding teman wanita kamu.
  • Kamu mahu pengasingan diberi daripada dunia supaya kamu boleh bersama dengan laptop. Paling kamu tak suka ketika menulis blog sekumpulan manusia bercakap kuat dan membuat bising.
  • Kamu ditegur oleh teman wanita ataupun kawan-kawan kamu bahawa kamu sudah mulai berubah.
Malas nak cakap banyak, cukup setakat ini. Boleh tambah hingga seratus lagi simptom jika kamu mahu, tapi itu aku inginkan jika kamu mensia-siakan hidup kamu.

Blog itu membunuh, sama seperti dadah. Dan kamu salah seorang penagihnya, sebelum terlanjur katakan TAK NAK pada blog. Eh! Bukan tolak semua blog oke, blog aku ni bacalah seperti biasa.

Satu lagi aku nak kongsi, menjadikan amalan menagih blog sebagai rutin harian tidaklah begitu elok. Entahlah, memandangkan blog ini blog untuk golongan dewasa maka aku harap kamu faham-fahamkanlah sendiri. Kamu sudah ber'bulu' bukan?

Kaedah rawatan yang boleh diikuti oleh penagih blog :-
  • Bataskan beberapa entri dalam blog seminggu, contohnya 1 entri mengikut kesesuaian. Jika kamu penagih blog tegar, cubalah 2 entri setiap seminggu.
  • Membela haiwan peliharaan contohnya kucing atau Sugar Glider. Sekurang-kurangnya masa kamu terisi untuk membasuh najis mereka.
  • Jika kamu tidak pandai bersukan, cukuplah sekadar menyaksikan orang lain bersukan.
  • Jangan tinggal di rumah, pergilah ke mana-mana sahaja untuk bersiar-siar atau berkelah.
  • Erm, paling mudah berhenti melanggan perkhidmatan Streamyx.
  • Kalau mahu yang lebih hebat, kamu online tanpa henti jika kilat sedang sambar menyambar. Kamu mungkin mati bersama blog peribadi kamu dan aku akan selalu merindui kamu.
Apa aku mengarut ni?

Sebenarnya menulis blog memang menyeronokkan dan aku paling seronok menulis tentang hal peribadi. Kesimpulannya janganlah membiarkan blog kamu mengawal cara hidup kamu dan sebagai fitrah seorang manusia ianya haruslah diisi dengan pelbagai aktiviti yang lebih baik lagi.

Notakaki : Tiada lagi blogmenjerit, harap maklum.