Wah, ramai betul kera-kera yang berkeliaran di atas bumbung rumah aku kebelakangan ini. Semuanya berjumlah 12 ekor dan aku tak pasti ianya adalah jumlah yang tepat. Mungkin ada lagi yang belum aku sempat kira. Maklum sajalah pokok mangga di rumah aku sudah pun berbuah, habis dicurinya setiap hari. Aku tak kisah mereka ingin mencuri sebanyak mana pun mangga dari pokok itu, sebab aku memang tak makan mangga dari pokok itu.
Sebab utama aku tak makan mangga itu kerana ia betul-betul tumbuh dan membesar di tepi tangki najis rumah aku. Aku seorang sahaja tak makan tapi mak dan abang-abang aku makan sampai menjilat siku, mungkin sebab mangga itu terlalu sedap.
Apa yang aku tak sukanya adalah kera-kera ini suka sangat berlari di atas bumbung rumah aku. Rumah aku banyak lubang, kalau dia masuk dan aku tengah tidur tentu aku diculiknya. Mungkin habis seluar dalam aku nanti dicurinya. Lepas ni mungkin aku perlu lebih berhati-hati.
Oke, tutup cerita.
Ketika aku masih ditingkatan 3 dulu, ayah Da merangkap bapa saudara aku pernah memberikan aku seekor anak kera bertina kepada aku. Anak ayah Da pula ketika itu sebenarnya sudah memiliki 2 ekor anak kera sebenarnya ketika itu, dan mereka namakan kera itu masing-masing sebagai Joe dan Jenny. Joe dan Jenny tersangatlah garang, aku sendiri pun takut.
Memandangkan nama-nama yang dipilih mereka tidak menunjukkan ciri-ciri kemelayuan lantas aku nama anak kera aku sebagai Jenab. Sebelum ini aku ada membela kucing, dan kucing aku sangat jinak dengan kera aku ini. Maka hiduplah Jenab dengan bahagianya.
Memandangkan ramai penduduk kampung aku yang jakun, aku tiba-tiba dipanggil Marzuki Kera. Kalau aku membela tenuk, sah aku dipanggil Marzuki Tenuk. Teruk betul, tapi nak buat macam mana?
Saban hari Jenab semakin membesar, aku pun sangat kasihankan dia kerana dirantai dan digelangi besi. 2-3 kali seminggu aku akan melepaskan dia untuk merasai kebebasan, tak lama hanya 1 jam sahaja. Orang-orang kampung aku apa lagi semua berkeliaran lari, kera bertina pun nak takut. Jenab seekor kera yang baik dan tak pernah mencederai sesiapa. Yang aku tak tahan dia berak tersangat busuk, aku bebaskan juga akhirnya Jenab selama-lamanya.
Aku syak kera-kera yang berkeliaran tadi adalah generasi kera aku yang dulu. Lagipun aku lepaskan Jenab tak sampai pun 500 meter dari rumah aku dulu. Dah 7 tahun dah lamanya, rindu juga sebab Jenab tak sama macam kucing.
Sekarang aku dalam proses membela ikan Gopi, jangan panggil aku Marzuki Gopi oke?
Aku Tak Pasti Adakah Kera Itu Milik Aku
Sponsered
Subscribe to:
Post Comments (Atom)















Shared
27 comments :
ain pun kera jugak...
KERA..NI akaun
ain camelia mohd hussin
http://killergothic.blogspot.com
kera itu sgt sengal, dia suka isap kemaluan sendiri. lagi2 bila ramai berkerumun tonton. lagi la asyik beraksi. mmg sengal la kera tu. tak tau la dah jadi apa dengan kera tu. mungkin penari bogel yang berjaya. hahaha.
ah, terpanggil lok..
=D
marzuki kera ye ok gak name tu
nasib baik kau islam
kalau kau bela babi
ha cam ne
org panggil kau
marzuki babi lak
aku konpius jp!!
tapi memandangkan dia tumbuh kat tempat yg sangat strategik, aku pun tak lalu nk makan
kawasan rumah aku pon ada banyak kera-kera ni
nama je duduk kat bandar
mungkin kawasan belukar belakang tempat habitat tu dah abis wat rumah baru
petang2 buat bising lalu atas bumbung
kadang2 habis dikerjakan pisang n betik
ikan laga kaa..?
aku bela ikan kat facebook sudah. HAHA
kalau kan flowerhorn...??? kang ke
panjang nak panggil Marzuki Flowerhorn
miahaha... letih nak taip... skali 2 jer
org bleh panggil.. lepas tuh tak larat dah
sebab terlampau panjang utk disebut.
Kreuger®
the12, dua kali lima dengan kera aku. Kera aku suka berjimak dengan kucing aku.
JRY, tak habis-habis dengan Pirate of the Caribbean. Haha.
darkk25, aku sumpah jadi pisang baru tau.
Fendy, kita serupa nyah.
letto, haha.
BudAk hijAu, disini semua orang panggil Gopi. Harap maklum, haha.
Lup-duP, ada lagi ke?
Helmi Razali, isinya kuning dan sangat manis sekali.
Monkey D Luffy, aku takut. Semuanya macam singa nak terkam aku.
*i.am.me.for.myself*, esok boleh buat sup otak kera kalau dapat tangkap.
@t00neY r00neY®, gathering kot.
Fiziy, haha. Itu orang perempuan je main.
KE, nak letak tajuk apa? Kera ku bukan kera mu ke?
Kreuger @ Mr. Azman, kawan aku ada seorang panggilannya Flowerhorn. Sebab dia punya dahi membengkak, haha.
takde seni langsung.
bagilah name azman ke fendy ke izah ke.
barulah ngam.
hahaa.
btul kate fendyy.
patotla ko banyak buluuuuu.
bhahahahaahahahahha.
marzuki gay.
aku pon nak bela jenab gak..
rasa cambest..
bagi kera tu nama "eni gendut lemak berair". hahaha
marzuki gay berbulu. setuju
luth, boleh.
dukerobin, padan muka. Haha, belilah senapang gajah tembak.
deedlebag, haha.
mrgbum, betul.
chokilala, nama itu sangat cool la. Terima kasih. Eh! Eny gendut lemak berapi oke tak?
eny gendut lemak berapi.
bhahahahaha.
siot an.
kau+izah = kering kontang.
eh lupa lak nak tambah name fendy. hahaha
Post a Comment
Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>