Follow MarzukiJalil on Twitter

Selamat Menyambut Tahun Tali Pinggang Keselamatan Belakang

Sesiapa yang tak pakai tali pinggang keselamatan mulai hari ini akan dikenakan saman. Cuba teka berapa jumlah saman yang akan dikenakan? Aku harap kamu memakainya jika kamu masih sayangkan nyawa kamu. Itupun jika semasa hayat hidup kamu suka buat pahala tapi kalau semasa hayat hidup kamu suka buat dosa lebih baik pakai juga tali pinggang keselamatan. Kamu sudah besar, kamu boleh fikir mana buruk dan baik lagipun.

Aku bukannya tak sokong undang-undang itu tapi macam pelik pula hanya keselamatan pemandu kereta yang dititikberatkan. Penunggang motorsikal pun ada nyawa juga apa? Lepas ni bolehlah pihak berwajib mengeluarkan undang-undang pemakaian sut perlumbaan ketika menunggang serta merempit kepada penunggang motorsikal.

Itu baru undang-undang yang adil bukan?



Dan macam mana pula dengan pemakai serban? Mungkin serban perlu dimodifikasi supaya tidak tertanggal dari kepala, secara teorinya memasang tali pelekat pada serban. Kaum sikh pun tidak terkecuali oke?

Kita sedia maklum orang melayu suka 'buat anak', lepas ni aku rasa seluruh rakyat Malaysia yang berkereta perlu menjalani proses pemandulan jika sudah memiliki 3 orang anak. Nak tak nak seluruh rakyat Malaysia perlu membeli van atau bas untuk mengisi seluruh anak-anak mereka. Bila sudah ada van atau bas, maka mereka bebas kembali 'buat anak' seberapa banyak mengikut had kerusi yang ada.

Bila semua sudah memiliki van dan bas, alamaknya sesaklah lalu-lintas. Itu tak masuk pencemaran lagi, kalau aku mengarut sampai esok pun tak habis.

Hey, kamu fikir kerusi bayi murah ke? Abang aku beli dalam RM400 oke? Abang aku berduit tak kisahlah, macam mana orang yang tak berduit nak beli? Lagipun bukan seluruh rakyat Malaysia suka bawa laju, itu kita kena faham.

Aku tahu pihak berwajib menyuruh kita memakai tali pinggang keselamatan demi keselamatan kita, aku cuma nak ucap terima kasih sajalah kerana masih bimbangkan kami. Tapi tali pinggang keselamatan bukanlah satu alternatif untuk kita selamat bukan?

Masa sekolah dulu tak kan kamu tak pernah jawab soalan karangan yang bertajuk bagaimana mengurangi keselamatan jalan raya? Masa itu aku bagi 6 isi tapi tak ada pula isu memakai tali pinggang keselamatan belakang aku masukkan.

Aku rasa semua itu atas diri kita. Kalau masih sayang nyawa lain kali janganlah bawa laju-laju. Ini tak, lepas kemalangan baru nak menyesal. Aku cakap kat semua, bukan sebahagian. Kalau sebahagian je dengar cakap aku manakala sebahagian lagi tak dengar cakap aku nanti tak guna juga. Sampai bila-bila pun orang akan kemalangan aku rasa, tak kisahlah naik unta ke, naik kereta lembu ke, naik basikal ke atau naik kapa terbang pun.

Kalau undang-undang pemakaian tali pinggang keselamatan belakang tak menjadi juga aku syorkan setiap 100 meter jalan raya dibina bonggol, baru menangis kamu semua.

Macam-macam ragam orang kita bukan? Meriah betul tinggal kat Malaysia. Banyak lagi aku nak cakap ni tapi mereka dengar ke?

Hmm...

34 comments :

darkk25 said...
cakap je. aku dengar
Pewaris Reformasi said...
haha,

aku x setuju la saman pasal kes tali pinggang belakang ni. wajibkan pun tak payah.

kerajaan pertama sekali patut semak semula kualiti jalan kita. ada rasuah di sana lebih daripada nak cekik duit rakyat.

sungguh aku pro-reformasi :p
-JoE- said...
hahah...
undang2 nie ssh lorh...
suma naek keta melekat dkerusi...
hahah...
lolz...
.:LaDyHeaRT:. said...
ape kes tali pinggang ni? menebalkan akta keselamatan jek. kalau orang belakang lilit tali pinggang kiri, kanan, selit celah kangkang pun tapi si pemandu duk tekan minyak sampai 180 km/hour pn x guna beb. kan lebih afdal korang letak sekali brek emergency kat penumpang belakang. baru diorang leh tolong brek sesama. baru dapat mengurangkan speed..
Fendy said...
tpi kita jarang dengar pak aji or sikh exsident kan

maybe sbb tu diorg xkesah sgt
@LiYaNNuaR said...
aisehh... rini belum keluar rumah lg.. thanks bro... sudi memesan2... huhuhu...
zamz said...
baru teringat hari ni dah kuatkuasa..tgk berita tadi ramai dah yg kena saman bila diorang buat operasi start kul 12 tgh mlm tadi..
tynaizat said...
ouh ya.otw ke KT tempohari.
ade roadblock.
the plois kasi warning ouh.
da kena start pki tli pingg tu.
ah.
ta best dah.jd robot je lam kete.
tp demi safety kena lakukan juge.

t jd macam pontianak tu tepelanting keluar.
haha.
funny ouh!
tynaizat said...
polis*
hehe.
azlan ahmad said...
ko skung dah mula menulis isu semasa.. apa kerja ko sebenarnya..? pengulas bertawliah.. ahaks..
Fynn Jamal said...
letak bonggol setiap 100 meter.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

aku nak calon ko naik parlimen la.
ko bernas.
dan aku tidak merujuk pada beras nasional.
mbsc said...
This post has been removed by the author.
myfr3ak said...
Kita sedia maklum orang melayu suka 'buat anak', lepas ni aku rasa seluruh rakyat Malaysia yang berkereta perlu menjalani proses pemandulan jika sudah memiliki 3 orang anak.

btul! then, kalau skali nak kuar melepak dengan kawan-kawan, 3-4 bijik keta kuar skali.. dah 1 keta fit 4 orang.. phew~
Kreuger @ Mr. Azman said...
erm.. kalau beli bas bleh buat anak banyak-banyak
ok gak tuh... aku ingat nak beli kontena terus la
yang tayar 16 tuh... sure sampai ke cucu cicit pon
bleh tumpang skali~

Kreuger®
*i.am.me.for.myself* said...
tali pinggang untuk tujuan keselamatan aku fikir ini hanya teori sahaja.. tapi bergantung juga mentaliti dan sikap seorang pemandu. pakai je la ape2 tali bagai..kalau dah memandu mcm F1 takleh nak ckp la..

bagi anak ramai tu.. harga sebuah mpv perlu dikuranglah.. mungkin lepas ni boleh pakai alphard?
ultramantarojuga said...
mcm dera orang la plak,,,
dulu dpan jer,skrg blkng pn kne pkai gak,,,
pasni brang kat bonet plak,,,
tp xper r,,,2 ntok kselamatan jgak,,,
hajime said...
ah...
ini sume undang2 dunia!
persetankan sume ini!
(smbil menolak meja komputer)
Chempaka said...
owh undang2... yg satu ni aku mmg xberapa setuju... mcm xlogic jer derng hadkan 5 org satu keter... agak2nya pas ni derang nak buat undang2 mcm kat china... satu kuarga satu anak jer...
Nem0 o0h Nem0 said...
salam maal hijrah
dan
selamat tahun br,

moga tahun ni
jd lebih baik dr tahun sebelumnyerr..=)

3 ratus byk tu,baik pakai seat belt dr ne saman..=p
deedlebag said...
semalam roadblock semua glabah pakai seat belt blakang. kahkah
dewi said...
adil..tapi macam mana if orang tu ada 4 anak dibelakang?coz sekarang kan dihad kan penumpang blakang hanya 3..ye laa coz blakang pon guna sit belt..undang2 bagus.tapi ada jugak kelemahan:)
Mia said...
ala.. ikot je la peraturan baru tue.. yg ptg jiwa selamat hati gembira
Eriyza said...
Banyak membebel laa kamu nih Juki.
Kekeke!!! :)
AkiM said...
toyata LE agak2 pasang belt blakng bape harga eh..??

ko tau x..??
sickchild said...
tau tak tadi aku kua ngan mak aku naik kete kakak aku.
abg ipa aku drive. mangat gila aku pakai seat belt blkg.
hahaha. gila haram je ase.

sumpah bodoh. hahaha.
Helmi Razali said...
hoh, tapi kalaupun susah. Aku rasa kerajaan dah cuba yg terbaik, dan yg tercepat. Kena kasi kredit jugak kan. he he
ZARA 札拉 [사랑해~] said...
Ada lagi yang sengal kan?
Bas pun patut kena pakai tali pinggang...
Ni tak, main angkut semua..
Bleh tahan lagi if bas ekspres..bas awam? HUH!!
Awan Lahon said...
wow...helmet kura kura pun xleh pakai...
paan said...
aku pun tak tau nak setuju @ tak...sebab aku malas nak pakai tali pinggang keledar nie.especially bila dah duk belakang,kalo duk depan tu,leh terima la.
KAIROLE said...
tali pinggan kat belakang ad dua je. nak tambah lagi satu? kene jadikan tiga.ape kejadahnya ini semua.aq skrg bawk kete pun dah naik rimas kene lilit memanjang, pahtu duk belakang kalu ad 4 orang 2 org mati 2 org lagi selamat.apesal x lilit je satu tali pinggang tuk semua kat belakang tu.cam roller coster...wohooo
cikyuyu said...
marzuki.
anda mmg hebat! kah3..

aku dop taw lah wkpe yer wat undang2 gni2..
gne kalo anok ramai.. de'eh mo'oh aku wase2!!~ hahaha. nok g jln mkr 0 kali jer.. kui3!~
chika said...
semalam bapa pon pesan. Mulai skearang pakai tali pinggang belakang. Perbuatan aneh. Tapi takpe. Tak lama lagi, tak aneh la tu
GraFiQuE said...
hoh, best per pakai tali pinggang kaledar...

ehehe. aku bonceng motosikal jer...
umangaih said...
hmm... agaknya bila dah ada ahli keluarga yg mati baru sedar kepentingan tali pinggang belakang ni kan... macam aku... :(

Post a Comment

Kamu boleh menggunakan beberapa tag HTML, seperti <b>, <i>, <a>

Sponsered