Follow MarzukiJalil on Twitter

Beberapa Minit Sebelum Aku Kekenyangan

Minggu lepas aku keluar dengan Suhaila, sengaja aku nak cerita sebab aku baru dapat gambar-gambar yang aku tangkap minggu lepas bersama Suhaila. Aku tak pergi mana pun, sekadar menjengah A&W dan Mydin Mall sahaja. Kamu jangan kutuk plak 'alah pergi A&W dan Mydin Mall pun nak cerita ke?', sebenarnya aku jarang sangat ketemu Suhaila. Sedih juga sebab dia belajar jauh-jauh tapi apa nak buat dah rezeki dia.

Sebenarnya banyak lagi tempat aku pergi tapi lupa tangkap gambar. Maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan, aku memang tak pandai tangkap gambar.

Ma nak makan apa? Pa nak belanja ni.


Ma nak minum rutbir gelas gergasi.


Ma nak makan hotdog saiz gergasi.


Lapar benar Suhaila bukan?

Aku betul-betul gembira minggu lepas, cuma kelmarin aku tak dapat jumpa dia sebelum dia berangkat ke Machang. Sedih sesedih sedihnya aku tak dapat tatap wajah dia yang comel tu, tapi apa boleh aku buat? Apa-apa pun aku berterima kasih sebab dia ada bagi keychain, cincin dan segala macam kasih sayang kat aku hari tu.

Jiwangnya entri aku kali ni, dah la ramai sangat kawan aku dan bekas teman wanita aku baca blog aku. Sumpah aku malu semalu malunya, haha lantak merekalah. Semua entri kena bertapis, blog ni pun dah tak berapa nak peribadi aku tengok.

Bluwekkk.


Notakaki : Akhirnya berat badan aku sudah melepasi 50 KG, woo hoo...


Sponsered

Siapa Nak Kalendar 2009?



Tadi aku terjumpa satu set kalendar yang amat cantik dan kreatif, maka aku kongsikan kepada kamu. Kalau kamu rasa cantik dan kreatif bolehlah kamu print dan digantungkan kat dinding. Untuk memudahkan kamu aku kumpulkan sekali dalam 1 folder, kalau nak kamu muatturun saja.

Sebahagian kalendar mengandungi unsur lucah dan terdedah sedikit, maaf. Kalau tak muatturun kamu memang rugilah, haha. Selamat tahun baru walaupun sebelum ini aku dah ucap.



Muatturun | 7.16 MB | 800 x 1352 PX


25 Lagu Mengenai Aku



Aku tak tahu kenapa aku kena jawab tag dengan tag-tag sebegini, aku tak faham dan tak kan faham apa maksud tag untuk kali ni. Tag ini dicuri oleh Eman dan dia telah mem'beri'kan aku tag ni untuk menjawabnya. Ternyata dia sungguh berani.

1. Put your iTunes, Windows Media Player, Realplayer etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song name down NO MATTER HOW SILLY it sounds.
4. Put any comments in brackets after the song name.
5. For best result,put in various song from various singer at least 50 songs.


25 Lagu Mengenai Aku

1. If someone says, "Will you marry me... you say?
Keranamu Suhaila - Ways

2. How would you describe yourself?
Hot and Cold - Katy Perry

3. What do you like in a girl / boy?
Rape Me - Nirvana

4. How do you feel today?
Feel Good Inc - Gorillaz

5. What is your life's purpose?
I Don't Want To Miss A Thing - Aerosmith

6. What is your motto?
You're A Problem - Carburetor Dung

7. What do your friends think of you?
The Real Slim Shady - Eminem

8. What do you think of your parents?
Anak Tiri - Ftg

9. What do you think about very often?
Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

10. What is some good advice for me?
Stairway To Heaven - Led Zeppelin

11. What do you think of your best friend?
Berbulu - Romancesa

12. What do you think of the person you like?
Different World - Iron Maiden

13. What is your life story?
Holiday - Scorpions

14. What do you want to be when you grow up?
Modern Minimalis Glamour - The Times

15. What do you think of when you see the person you like?
No Presents for Christmas - King Diamond

16. What will you dance to at your wedding?
Someday - The Strokes

17. What will they play at your funeral?
Fuck The System - System Of A Down

18. What is your hobby/interest?
Kucing Hitam - Bittersweet

19. What is your biggest fear?
En Ronald Moore - Pretty Ugly

20. What is your biggest secret?
Chelsea - The Siblings

21. What do you think of your friends?
Bukan Superstar - Project Pop

22. What did you do last night?
La La La Kerjalah - Meet Uncle Hussain

23. How would you describe your mom?
Beautiful girl - Sean Kingston

24. What do people assume when they first look at me?
Tadapapaya - Oag

25. Will I have a happy life?
Rest In Peace - One Buck Short

Macam biasa, aku tak nak tag sesiapa. Sebabnya tag ini dibuat dengan lagu-lagu pilihan, dipendekkan cerita aku 'main' tipu. Siapa peduli bukan?


Sponsered

Membuat Banner Menggunakan Perisian PhotoScape

Aku nak kata pandai tak pandai juga, cuma nak ajar kepada yang belum tahu macam mana nak buat banner untuk blog. Aku tahu kamu kurang pandai menggunakan perisian Adobe Photoshop, mungkin juga kamu tak pandai langsung menggunakan perisian Adobe Photoshop. Sebagai alternatifnya kamu boleh gunakan PhotoScape.

PhotoScape memang banyak gunanya, kamu boleh gunakannya juga sebagai pengurus gambar, menggunakannya untuk menganimasikan gambar ataupun untuk mencetak gambar. Pendek kata macam-macam boleh buat tapi untuk entri ini aku ajar macam mana nak buat banner ringkas. Kalau kamu kreatif, banner yang ringkas pun boleh nampak cantik.

Untuk apa banner ni?

Kalau kamu perasan, banner pun salah satu cara nak tarik perhatian pengujung. Blog aku dulu mudah-mudah je orang kata hodoh, aku pun terpikir gak nak buat banner tapi memang tak pandai. Nak suruh orang buat banner percuma pun jangan haraplah, tak ada benda percuma dalam hidup ni. Bila kamu dah ada banner mati hidup balik pun pelawat akan ingat blog kamu sampai bila-bila.

Bila ada banner, guna layout Minima pun cantik. Tak percaya singgah je kat blog kawan aku contohnya Deedlebag dan Eman.

Malas nak meleret-leret, aku ajarkan kamu terus ya!

1. Dapatkan perisian PhotoScape 3.3 melalui web PhotoScape. Takkan nak instaall pun aku kena ajar, maka aku anggap kamu dah mahir dalam bab ni.

2. Pilih PhotoScape > Editor.



3. Kamu boleh jadikan mana-mana gambar wallpaper untuk dijadikan banner, jika terlalu besar kamu boleh merisizekan gambar bergantung kepada lebar header kamu. Untuk tutorial ini aku menggunakan gambar berukuran lebar 1024 piksel.



4. Kamu boleh guna banner ini untuk percubaan jika mahu.

5. Pilih Editor > Object > Text.



6. Selain Text, kamu juga boleh memilih Photo, Balloon dan Symbol didalam mod Object. Kamu juga boleh menggunakan efek didalam mod home jika kamu mahu. Aku syorkan kamu selalu godek PhotoScape selalu jika mahu cepat pandai.



7. Selesai.

Notakaki : Kamu boleh muatturun font di web FontSquirrel sebagai font tambahan. Manakala untuk mendapatkan gambar wallpaper yang menarik kamu boleh lawati di web Dezignus. Menarik bukan?


Memasang Font Resizer





Kebanyakkan blogger jarang menggunakan font resizer tapi aku rasa widget ini memang sesuai untuk mereka yang menulis entri dengan tulisan yang terlalu kecil atau terlalu besar. Mungkin juga mereka juga tak tahu widget ini juga berfungsi pada blog.

Atas permintaan JRY aku tunaikan tutorial ini. Sebenarnya dia sudah menggunakan font resizer dari web Dynamic Drive, mungkin dia saja nak membandingkan kod aku dengan kod dia. Tapi aku rasa kod dia dari Dynamic Drive itu lebih sempurna dari apa yang aku tengah gunakan sekarang, aku hanya guna 2 saiz tulisan untuk 2 butang tulisan tapi dia guna 10 saiz tulisan untuk 2 butang tulisan. Tapi aku masih boleh bergaya dengan JRY kerana tutorial ini ada fungsi butang reset.

Sebenarnya nak guna keyboard pun boleh besarkan tulisan, tak percaya cuba tekan tab Ctrl + 0, Ctrl + + dan Ctrl + -. Cuma tak ramai yang tahu tentang trik itu, maka kamu boleh gunakan tutorial ini untuk memudahkan pembaca blog kamu membaca dengan lebih selesa. Sekali lagi aku boleh bergaya dengan JRY kerana tutorial ini hanya membesarkan tulisan dibahagian entri sahaja tanpa mengganggu tulisan yang berada dibahagian sidebar.

01. Layout > Edit Html.

02. Cari kod ini.

</head>

03. Tambahkan kod ini di atasnya.

&lt;script type=&#39;text/javascript&#39;&gt;
function getElementsByName_iefix(tag, name) {
var elem = document.getElementsByTagName(tag);
var arr = new Array();
for(i = 0,iarr = 0; i &lt; elem.length; i++) {
att = elem[i].getAttribute(&quot;name&quot;);
if(att == name) {
arr[iarr] = elem[i];
iarr++;
}
}
return arr;
}

function doZoom(size)
{
var zooms = getElementsByName_iefix(&quot;span&quot;, &quot;zoom&quot;)
for (var i = 0; i &lt; zooms.length; i++) {
zooms[i].style.fontSize = size+&#39;px&#39;;
}
}
&lt;/script&gt;

Kamu mungkin ada masalah untuk save kod ini, sila encode dahulu kod < dan > di web centricle Telah diselesaikan.

04. Cari kod ini.

<data:post.body/>

Pemenggalan kod ini membolehkan tutorial ini berfungsi di dalam entri. Kamu juga boleh memenggal kod ini dimana-mana bahagian mengikut kehendak kamu.

05. Tambahkan kod menjadi sebegini.

<span name='zoom'>
<data:post.body/>
</span>

06. Pilih Save.

07. Pilih Layout > Page Element > Add a Gadget : Pilih HTML/JavaScript.

08. Tambahkan kod ini.

<div id="zoom" align="center">
<a href="javascript:doZoom(15)">
<img src="http://tinyurl.com/fontsizeplus"/>
</a>
<a href="javascript:doZoom(13)">
<img src="http://tinyurl.com/fontsizeorigin"/>
</a>
<a href="javascript:doZoom(11)">
<img src="http://tinyurl.com/fontsizeminus"/>
</a>
</div>

Tukarkan perkataan yang telah diboldkan mengikut kehendak kamu. Jika kamu menggunakan saiz tulisan 13px diblog kamu, setkan juga saiz font origin kepada 13 untuk dijadikan butang tulisan reset.

09. Pilih Save.


Sponsered

The Kinks - All Day and All of the Night

Sekeping lagi game PS2 yang baru aku beli kelmarin, The Guitar Heroes : Aerosmith. Tak tahu nak cakap apa, James Bond 007 : Quantum of Solace pun tak boleh lawan. Baru aku tahu kenapa game ini terlalu lama berada disenarai tertinggi game, memang game ini sedap rupanya.

Aku memang minat Aerosmith, game ni mengisahkan kumpulan ni yang sudah bergelar "America's Greatest Rock ‘N Roll Band sejak di gig pertama lagi. Ahli kumpulannya seperti Steven Tyler, Joe Perry, Brad Whitford, Tom Hamilton dan Joey Kramer juga berjaya dikartunkan dalam game ini walaupun muka mereka taklah serupa sangat.

Aku syorkan kamu beli game ini, tak rugi pun. Soal kamu pandai main gitar atau tak tolak tepi.

Dan aku kenalkan band The Kink kepada kamu, lagunya All Day and All of the Night yang memang aku layan ketika aku menaip entri ini. Terimalah.



Kalaulah kumpulan BumiPutra Rocker, May, Search, Wings, New Boys di Guitar Rockerskan tentu seronok bukan? Meet Uncle Hussain dan Zaiton Sameon juga tak terkecuali.

Notakaki : Mengenai entri aku sebelum ini ternyata ramai yang tersalah cara rekues. Sila rekues sekali lagi dengan tutorial yang lebih spesifik, contohnya JRY merekues tutorial font styler. Kalau kamu merekues lagu kat DJ radio dengan ayat 'nak rekues semua lagu boleh tak?', agak-agak DJ tu layan tak? Haha, sila lebih profesional disesetengah entri ya!.


Siapa Nak Rekues Tutorial?

Banyak sangat rekues aku terima kat shoutbox, tapi sayang seribu kali sayang aku tak sempat baca. Banyak sangat rekues aku terima dalam kotak emel, sayang seribu kali sayang aku malas nak buka emel. Jadi aku buat entri ini untuk memudahkan kamu rekues tutoriol dan memudahkan aku buat tutorial tentang blog, sudah tentu Blogspot bukan? Wordpress bukan tak pandai tapi aku malas, haha.

Sila lengkapkan butir-butir rekues apa tutorial yang kamu nak tu, kalau terpilih aku akan tunaikan. Kalau tak tertunai, rekues lagi lain bulan. Kalau ada masalah tentang blog pun boleh adukan kat aku, aku akan tengok-tengokkan.

Ingat! Kalau boleh jangan tulis berbelit-belit. Ayat bunga-bunga pun aku tak nak. Tulis dalam bahasa Melayu gred B, jangan lupa! Tolong jangan rekues tutorial yang remeh sangat, nampak sangat kamu malas nak Google.



Apa kamu fikir aku pandai buat tutorial blog saja ke?

Ternyata kamu silap.

Kalau nak tahu tutorial menguruskan badan, tutorial mengambil hati yang tersayang, tutorial memasak mee goreng Sedap dan tutorial menjadi anak yang soleh pun aku boleh jawab. Aku dengan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah bagai isi dengan kulit, tak percaya?

Cuma kebelakangan ini aku tak beradu angin dengan Dr.Mashitah, kalau tak masalah sakit puan pun aku lepas lagi nak ajar kamu semua cara menghadapi malam pertama.

Oke, sekejap lagi aku nak pergi ke Kuala Terengganu, doakan aku panjang umur. Esok lusa aku kembali.

Notakaki : Aku tak akan komen apa-apa disini, tunggu saja tutorial menyusul jika rekues kamu terpilih.


Aku Rasmikan Blog Suhaila, Semua Dijemput Hadir

Hari ini aku nak rasmikan blog teman wanita aku, Suhaila. Semua orang dijemput hadir, kalau nak follow ke, nak komen ke atau nak chat ke amatlah dialu-alukan. Jangan mengorat sudah, kalau nak mengorat juga langkah tahi aku dulu.

Semalam aku dan Suhaila bergaduh, menangis sakan dia sebab kena marah dengan aku. Sebagai tanda menyesal dan tak mahu mengulangi kesalahan lagi (kononnya) maka aku menghadiahkan sebuah layout premium untuk dia maghrib tadi. Alhamdulillah dia dah kembali tersenyum selepas dirasuah dengan sebuah layout premium, aku ambil layout premium tu dari Gisele Jaquenod. Layout biasa tak sama dengan layout premium ya!

Layout tu dah lama dia idamkan, aku tak sampai hati lebih-lebih lagi dia cakap dia mimpikan layout itu. Boleh percaya ke?

A picture of someone that stands on top of your heart.
Sebelum ni dah ada aku publish gambar ni, disebabkan aku suka gambar ni aku publish semula.

Blog Suhaila cuma ada catatan peribadi dia, cinta dia, masalah dia dan kenangan dia saja. Ingat! Itu bukan blog tutorial oke? Bagi mereka yang sudah tahu dengan blog itu awal-awal aku ucap terima kasih sebab sudi berkawan dengan dia.

Yang gatal nak mengorat pun ada, macam-macam. Nasib aku kacak dan Suhaila tak tergoda lagi, tak sia-sia jadi lelaki kurus bukan? Aku harap dengan blog ini dia dapat luaskan pembacaan dia dan tambahkan pengetahuan dia. Jangan layan Redtube sudah!

Satu pesanan untuk Suhaila, Pa sayang Ma. (Malu satu dunia baca, hikhik.)


Memasang Total Post Count & Total Comment Count

Ini adalah widget mudah untuk pengguna Blogspot, walaubagaimana pun ianya juga membantu pengunjung blog merujuk berapa jumlah entri dan jumlah komen yang kamu miliki.

Ketika entri ini ditulis, aku telah mengumpul 75 entri dan 1475 komen. Kamu macam mana pula? Mungkin lagi banyak bukan? Jika kamu telah lama menulis blog, disarankan kamu menggunakan widget ini.


01. Pilih Layout > Page Element > Add a Gadget : Pilih HTML/JavaScript.

02. Tambahkan kod ini.

Jumlah Entri

<script style="text/javascript">
function showpostcount(json) {
document.write('Total Posts : <b>' + parseInt(json.feed.openSearch$totalResults.$t,10) + '</b><br>');}</script>
<script src="http://dilarangmelarang.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=json-in-script&callback=showpostcount"/></script>


Jumlah Komen
<script style="text/javascript">
function numberOfComments(json) {
document.write('Total Comments : <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');}
</script>
<script src="http://dilarangmelarang.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=numberOfComments"/></script>

03. Pilih Save.


Meet Uncle Hussain Juara Anugerah Juara Lagu Ke 23

Aku seronok malam ni sebab Meet Uncle Hussain, kumpulan indie kegemaran aku kali ini terpilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23 selain juara bagi kategori Pop Rock. Semuanya berjumlah RM37,000 ya! Trofi tu tak ada nilai pun, buat kenangan bolehlah. Nampaknya lagu Lagu Untuk Mu menjadi tuah bagi mereka sebab sudah 3 tahun lagu itu dicipta dan malam ini mereka boleh berbangga besar dengan lagu itu termasuk aku.

Manakala Faizal Tahir yang nyaris menjadi juara AJL ke 23 tadi cukup-cukup mengejutkan aku selepas menang ketiga-tiga kategori masing-masing iaitu juara persembahan terbaik, juara persembahan vokal terbaik dan juara kategori Balada yang berkongsi lagu Sampai Syurga. Kalaulah betul Faizal Tahir layak menjadi juara lagu AJL 23 tadi aku rasa tentu penonton meluat dengannya nanti, sama macam kisah Siti Nurhaliza cerita dulu. Nampaknya Faizal Tahir berjaya mengumpul wang tunai RM32,000 sahaja, walaubagaimana pun tahniah kepada mereka sebab tercalon dalam AJL kali ini.

Farawahida pula mempertaruhkan lagu Persoalan Cinta dan terpilih sebagai juara bagi kategori Etnik Kreatif, sumpah aku cakap tak sedap dan dia menang sebab penyertaan lagu kebanyakkan yang kurang bermutu. Tapi dapat trofi dan RM12,000 sudah cukup berbaloi bukan, bajet lagu tu pun nampak macam hebat.

Lagu lain yang aku rasa hebat adalah dari kumpulan Spider dengan taruhan lagunya, Bila Nak Saksi. Lain-lain aku tak nak komen.



Oke, macam mana? Kamu setuju dengan juara AJL kali ini? Rumah dah siap takkan pahat berbunyi lagi kan? Aku tinggalkan dulu Meet Uncle Hussain untuk kamu, aku pun sakit kepala nak tulis lebih-lebih malam ni.

Sebelum AJL berlangsung tadi aku ada chat dengan Suhaila tadi, aku bertaruh dengan dia. Kami bersetuju siapa yang kalah akan ditumbuk dan siapa yang menang akan menumbuk.

Mungkin aku akan tukar lagi domain aku kepada ditumbukmenumbuk.com nanti, haha.

Aku pun tak letak harapan tadi sebab aku jangka Stacy akan buat kejutan dan akan menang banyak kategori malam ini. Akhirnya Suhaila memilih Stacy dan aku memilih Meet Uncle Hussain. Macam tak percaya je bukan, aku ingat aku akan kalah rupanya sangkaan Suhaila meleset.

Insya'Allah cuti UiTM bagi Tahun Baru Cina nanti Suhaila tak balik kampung sebab aku akan menumbuknya sekuat hati, haha.

Notakaki : Tiba-tiba aku teringat masa aku nyanyikan lagu Lagu Untuk Mu untuk Suhaila, tiba-tiba anak saudara aku yang berusia 5 tahun tutup suis televisyen ditempat kami berkaraoke. Sumpah aku hilang mood hari itu.


Aku Pun Tak Tahu Kenapa Aku Tulis Blog



Aku tulis blog pun kamu nak tulis blog? Banyaklah kau punya update, sampai aku tak sempat baca. Bagus, tapi jangan membazir waktu dan membuang masa. Eh! Sama je maksud dia.

Kenapa aku tulis blog?

Aku pun tak tahu kenapa aku tulis blog. Rasanya sudah 2 blog kesayangan aku sudah terkubur. Satu tentang blog mengedit blog dan satu lagi tentang blog memuatturun perisian. Dua-dua aku kuburkan sebab aku rasa tak ada mood. Mood itu penting ya, kalau tak kamu akan jadi macam kisah cuiit.

Maka aku buat semula blog ini untuk aku sumbatkan mood aku. Blog-blog lama aku tak usah pedulikan lagi. Mungkin aku akan beri nafas baru untuk tutorial lama pada blog ini.

Masa aku tulis blog dulu aku memang dah ada akaun Myspace. Aku terlalu taksub pada Myspace sampai beratus-ratus orang aku add setiap hari, kononnya nak tambah kawan. Myspace hanyalah benda bodoh, yang penuh dengan mesej foward dan spam. Aku tengok sekarang budak-budak politeknik suka sangat main Myspace, muka dahlah tak hensem tapi ada kawan berjuta-juta orang (kononnya). Aku tak kisah kamu ada Myspace atau tak, janji kamu add kawan yang betul-betul berkawan dengan kamu. Oh! Mat Rempit pun ada Myspace jangan tak tahu dan sila berhati-hati.

Nasib aku bukan Mat Rempit.

Selain aku add kawan beratus-ratus sehari aku juga suka bermain kod Css dan Html melalui Myspace. Sebab itu sekarang kamu tengok Css dan Html aku berubah-ubah di blog aku, terima kasih pada Tom Myspace sebab membodohkan aku dan dalam masa yang sama mempandaikan aku.

Yang aku ingat aku banyak belajar Css dan Html dari blog indo seperti Agus Hery dan Agus Ramadhani. Seterusnya aku jumpa Deepak, Purplemoggy, Hackosphere dan Hoctro. Kemudian muncul pula Amanda dan Antonio sebagai pelapis mereka.

Selain itu aku banyak belajar mengenai perisian, tutorial dan segala muatturun filem dan lagu di portal Syok dan Mysahabat. Aku sempat juga memegang peranan sebagai moderator dan admin di sana tapi atas alasan sibuk aku tinggalkan mereka. Kamu boleh daftar sama jika kamu mahu, segala macam kamu boleh dapati nanti tanpa sebarang cas.

Sekarang aku tumpukan hanya di sini dan aku selesa di sini.

Blog ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh Azman, dialah yang memaksa aku tulis blog ini. Kalau tak kerana dia aku tak tutup blog lama aku tu. Dan dia jugalah yang suruh tulis tentang kisah-kisah cinta aku. Kamu pun tahu kan aku sayang Suhaila, jadi aku iyakan aje. Selain itu aku kenal Eriyza, dia juga inspirasi aku suatu masa dulu lebih-lebih lagi blog yang dia guna dulu sangat kemas. Kalau tak silap Dekan yang buat. Seorang lagi namanya Intan, dia sangat baik dengan aku. Sampai bila-bila pun aku akan ingat nama mereka bertiga.

Eny tiada dalam senarai, dia gila!

Lain-lain kawan aku rujuk je kat sini atau kat sidebar. Kalau nak jadi kawan aku tinggalkanlah komen ya! Bagi yang dah lama link kan blog aku sila perbaharui link aku.

Aku sangat suka baca blog orang lain terutamanya blog yang menarik. Aku rasa blog, Sue Anna Joe, Noe, Pjoe dan Fynn adalah blog peribadi yang menarik. Yang bukan peribadi pula aku rasa Melayu Minimalis, Saniboey, Hamka, Lucius Maximus dan banyak lagi kot yang terbaik. Ada cadangan lain lagi yang terbaik kamu rasa?

Aku pun tak tahu kenapa aku tulis entri ni. Mungkin sebab ramai sangat blogger baru sekarang, orang tulis blog mereka pun tulis blog. Dan aku rasa mereka patut menulis dengan penulisan yang menarik, aku nak baca pun tak ada mood. Lagi satu blog plagiat, sangat-sangatlah aku tak-tak-tak suka. Tapi awas Piah Zadora akan memantau mereka mulai sekarang. Kalau kamu nak tahu siapa plagiat entri dari kamu sila masuk web Copyscape secepat mungkin. Kalau kamu menggunakan blog platform Wordpress aku rasa dah ada plugin untuk itu.

Tapi siapa peduli Wordpress? Aku rasa blogger yang bagus datangnya dari Blogspot. Wordpress kebanyakkan untuk golongan yang profesional, golongan cari duit dan golongan menyabul.

Selamat menyabul.


Pelekat Hari Ini : Twitter

Pelekat Hari Ini : Saya Benci
Pelekat ini memang sesuai untuk Sidebar kamu.

Aku tak tahu nak tulis apa maka aku aku pun buka perisian Photoscape untuk mengedit gambar. Aku ada Adobe Photoshop tapi lupa pula ilmu-ilmu mengedit, mungkin sebab beberapa kali terkena renjatan elektrik. Header yang aku gunakan sekarang sumpah tak lawa, ada orang kata macam header Myspace. Sudah jatuh ditimpa tangga, pasukan Chelsea pula kalah dengan pasukan Manchester United dengan 3 gol bolos tanpa balas.

Maaf sebab aku suka tukar-tukar layout, aku memang benci layout aku. Apa nak buat? Harap-harap layout Denim yang aku gunakan sekarang ni dapat bertahan selama beberapa tahun, doakan aku ya! Back up untuk layout aku dulu lupa nak letak kat mana, kalau jumpa aku kongsi untuk semua. Kalau kamu perasan layout yang aku gunakan sekarang sudah kosong dengan gambar dimuka hadapan dan aku gantikan dengan iklan dimuka dalaman blog aku. Untuk memendekkan cerita, bantulah aku menyokong iklan tersebut.

Setibanya aku di web Blog Bumper Sticker, aku tiba-tiba tergerak nak buat pelekat sendiri. Aku buat ringkas je, kalau berkenan bolehlah curi. Tema untuk pelekat kali ni aku pilih Twitter dulu sebab aku suka gunakan Twitter.

Pelekat Twitter

Versi 1
Dilarang Melarang - TwitterDilarang Melarang - TwitterDilarang Melarang - TwitterDilarang Melarang - Twitter

Versi 2
Dilarang Melarang - Twitter Dilarang Melarang - Twitter Dilarang Melarang - Twitter Dilarang Melarang - Twitter

Versi 3
Dilarang Melarang - Twitter Dilarang Melarang - Twitter Dilarang Melarang - Twitter Dilarang Melarang - Twitter

Maklumat Lesen dan Hakcipta

Pelekat ini telah dilesenkan dibawah edaran Creative Commons Non-Commercial Attribution 3.0 lesen. Ini bermakna kamu boleh menggunakan pelekat ini mengikut kehendak kamu selagi ia tidak dikomersialkan.

Pendapat Kamu?

Kalau kamu rajin kamu boleh edit semula pelekat tersebut dengan menambah link blog kamu. Sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah diemelkan kepada aku dengan kadar segera. Jangan lupa follow aku.


Notakaki : Doa aku telah termakbul, Abang Zul beli juga rounter untuk aku akhirnya. Twit twit...


Memasang Pelekat Pada Header

Pelekat membuatkan sesuatu blog itu cantik dan unik.

Aku sebenarnya dah lama nak ajar tutorial ini tapi terlupa pula, sebelum aku terlupa lagi lebih baik aku ajarkan kamu sekarang. Pelekat ini memang cantik lebih-lebih lagi bila blog kamu sudah sedia ada cantik. Dan aku selalu guna pelekat ini bila aku baru sedang tukar layout, konon-kononnya nak bagitahu kamu bahawa aku sedang mengedit layout.

Pelekat tu kamu boleh nak tukar dengan apa-apa gambar pun, syaratnya gambar yang kamu pilih tu mestilah transparent backgroundnya. Jangan letak gambar berpetak, sumpah tak lawa nanti macam blog budak tadika. Aku bukan nak kutuk tapi aku taknak orang kutuk, sebelum orang kutuk blog kamu lebih baik aku kutuk dulu.

01. Pilih Template > Edit Html (tick pada Expand Widget Template).

02. Cari kod ini :

]]></b:skin>


03. Tambahkan kod ini diatasnya :

#pelekat img {
position:relative;
top:-28px;
right:-28px;
opacity:0.90;
float:right;
}

Tak semua layout sesuai dengan Css ini, maka kamu perlu mengedit nilai top dan right mengikut kesesuaian layout kamu.

04. Cari kod ini :

<div id='outer-wrapper'>


05. Tambahkan kod ini dibawahnya :

<div id='pelekat'>
<a href='http://dilarangmelarang.com/' target='blank'>
<img src='http://tinyurl.com/89lgzw'/>
</a>
</div>


06. Pilih Save.


Memasang Caption Pada Gambar

Aku nak berkongsi sedikit ilmu tentang Blogspot, sesiapa yang teringin nak belajar sebaik-baiknya haruslah tahu apa itu Css dan Html serba sedikit. Kalau tak, susah sikit nak belajar atau mengalami sedikit kesulitan ketika belajar.

Caption sebenarnya banyak digunakan pada platfom Wordpress, bagi pengguna Blogspot ianya mungkin ganjil. Untuk menggunakannya pun kenalah lakukan secara manual yakni menambah sedikit kod semasa mengupload gambar. Caption bukan sahaja mencantikkan sesuatu blog malah memudahkan pembaca faham apa gambar yang ditunjukkan kepada mereka.

Setakat ini tak ramai yang menggunakan caption, jadilah orang kedua yang menggunakannya hari ini.

Sebelum :



Selepas :

Pantai Teluk Lipat


01. Template > Edit Html (tick pada Expand Widget Template).

02. Cari kod ini :

]]></b:skin>


03. Tambahkan kod ini diatasnya :

.imgcontainer {
position:relative;
float:left;
}
.caption {
font: normal 1em/1.3em arial;
background:#fff;
color:#000;
position:absolute;
bottom:0;
left:0;
margin-bottom:20px;
text-align:center;
width:100%;
opacity:.75;
filter:alpha(opacity=85);
}


04. Pilih Save.

05. Pilih Posting > Create > Edit Html.

06. Upload apa-apa gambar.

07. Jadikan seperti kod ini :

<div class="imgcontainer">
<img src="http://tinyurl.com/98hwpd"/>
<div class="caption">Pantai Teluk Lipat</div>
</div>


08. Pilih Publish.

Untuk tambahan, elakkan memilih float left atau right, sebaiknya pilihlah float none. Apa-apa pun selamat mencuba.


Aku Sudah Tukar Domain

Akhirnya aku menuntut juga hadiah dari Menteil hari ini berupa sebuah domain dan sebidang hosting. Entahlah, mungkin aku sudah kena nasi kankang oleh Blogspot sebab itu aku tidak boleh setia pada Wordpress. Aku tahu Wordpress lagi hebat dari Blogspot tapi aku rasa kat mana aku blog pun sama saja. Selagi penulisan kita menarik tak kisah di mana jua kita berada pasti ada yang datang, itu aku nasihat kepada pengguna baru blogger.

Memandangkan aku sudah bertukar domain, bermakna aku kena mula dari 0. Segala kedudukan Google, Alexa, Technorati, Sitemeter dan Feedburner sudah musnah. Bertukar domain adalah satu kerja yang menyusahkan tapi apa aku kisahkan blog ini pun bukannya menarik sangat pun.

Yang ada aku dan Suhaila saja, hehe.

Jangan lupa klik iklan di sini supaya dapat menampung kos domain.

Bagi sesiapa yang telah bertukar link dengan aku sila perbaharui dengan segara dalam tempoh kurang 1 jam selepas membaca entri ini. Boleh kan? Alah, janganlah malas sangat itupun nak merungut.

Satu lagi, blogmenjerit sudah terkubur.


Aku Tak Pasti Adakah Kera Itu Milik Aku

Wah, ramai betul kera-kera yang berkeliaran di atas bumbung rumah aku kebelakangan ini. Semuanya berjumlah 12 ekor dan aku tak pasti ianya adalah jumlah yang tepat. Mungkin ada lagi yang belum aku sempat kira. Maklum sajalah pokok mangga di rumah aku sudah pun berbuah, habis dicurinya setiap hari. Aku tak kisah mereka ingin mencuri sebanyak mana pun mangga dari pokok itu, sebab aku memang tak makan mangga dari pokok itu.

Sebab utama aku tak makan mangga itu kerana ia betul-betul tumbuh dan membesar di tepi tangki najis rumah aku. Aku seorang sahaja tak makan tapi mak dan abang-abang aku makan sampai menjilat siku, mungkin sebab mangga itu terlalu sedap.

Apa yang aku tak sukanya adalah kera-kera ini suka sangat berlari di atas bumbung rumah aku. Rumah aku banyak lubang, kalau dia masuk dan aku tengah tidur tentu aku diculiknya. Mungkin habis seluar dalam aku nanti dicurinya. Lepas ni mungkin aku perlu lebih berhati-hati.

Aku Tak Pasti Adakah Kera Itu Milik Aku
Kera aku sebijik macam ni.

Oke, tutup cerita.

Ketika aku masih ditingkatan 3 dulu, ayah Da merangkap bapa saudara aku pernah memberikan aku seekor anak kera bertina kepada aku. Anak ayah Da pula ketika itu sebenarnya sudah memiliki 2 ekor anak kera sebenarnya ketika itu, dan mereka namakan kera itu masing-masing sebagai Joe dan Jenny. Joe dan Jenny tersangatlah garang, aku sendiri pun takut.

Memandangkan nama-nama yang dipilih mereka tidak menunjukkan ciri-ciri kemelayuan lantas aku nama anak kera aku sebagai Jenab. Sebelum ini aku ada membela kucing, dan kucing aku sangat jinak dengan kera aku ini. Maka hiduplah Jenab dengan bahagianya.

Memandangkan ramai penduduk kampung aku yang jakun, aku tiba-tiba dipanggil Marzuki Kera. Kalau aku membela tenuk, sah aku dipanggil Marzuki Tenuk. Teruk betul, tapi nak buat macam mana?

Aku Tak Pasti Adakah Kera Itu Milik Aku
Yang paling syok bila dia tengah cari kutu.

Saban hari Jenab semakin membesar, aku pun sangat kasihankan dia kerana dirantai dan digelangi besi. 2-3 kali seminggu aku akan melepaskan dia untuk merasai kebebasan, tak lama hanya 1 jam sahaja. Orang-orang kampung aku apa lagi semua berkeliaran lari, kera bertina pun nak takut. Jenab seekor kera yang baik dan tak pernah mencederai sesiapa. Yang aku tak tahan dia berak tersangat busuk, aku bebaskan juga akhirnya Jenab selama-lamanya.

Aku syak kera-kera yang berkeliaran tadi adalah generasi kera aku yang dulu. Lagipun aku lepaskan Jenab tak sampai pun 500 meter dari rumah aku dulu. Dah 7 tahun dah lamanya, rindu juga sebab Jenab tak sama macam kucing.

Sekarang aku dalam proses membela ikan Gopi, jangan panggil aku Marzuki Gopi oke?


Selamat Menyambut Tahun Tali Pinggang Keselamatan Belakang

Sesiapa yang tak pakai tali pinggang keselamatan mulai hari ini akan dikenakan saman. Cuba teka berapa jumlah saman yang akan dikenakan? Aku harap kamu memakainya jika kamu masih sayangkan nyawa kamu. Itupun jika semasa hayat hidup kamu suka buat pahala tapi kalau semasa hayat hidup kamu suka buat dosa lebih baik pakai juga tali pinggang keselamatan. Kamu sudah besar, kamu boleh fikir mana buruk dan baik lagipun.

Aku bukannya tak sokong undang-undang itu tapi macam pelik pula hanya keselamatan pemandu kereta yang dititikberatkan. Penunggang motorsikal pun ada nyawa juga apa? Lepas ni bolehlah pihak berwajib mengeluarkan undang-undang pemakaian sut perlumbaan ketika menunggang serta merempit kepada penunggang motorsikal.

Itu baru undang-undang yang adil bukan?



Dan macam mana pula dengan pemakai serban? Mungkin serban perlu dimodifikasi supaya tidak tertanggal dari kepala, secara teorinya memasang tali pelekat pada serban. Kaum sikh pun tidak terkecuali oke?

Kita sedia maklum orang melayu suka 'buat anak', lepas ni aku rasa seluruh rakyat Malaysia yang berkereta perlu menjalani proses pemandulan jika sudah memiliki 3 orang anak. Nak tak nak seluruh rakyat Malaysia perlu membeli van atau bas untuk mengisi seluruh anak-anak mereka. Bila sudah ada van atau bas, maka mereka bebas kembali 'buat anak' seberapa banyak mengikut had kerusi yang ada.

Bila semua sudah memiliki van dan bas, alamaknya sesaklah lalu-lintas. Itu tak masuk pencemaran lagi, kalau aku mengarut sampai esok pun tak habis.

Hey, kamu fikir kerusi bayi murah ke? Abang aku beli dalam RM400 oke? Abang aku berduit tak kisahlah, macam mana orang yang tak berduit nak beli? Lagipun bukan seluruh rakyat Malaysia suka bawa laju, itu kita kena faham.

Aku tahu pihak berwajib menyuruh kita memakai tali pinggang keselamatan demi keselamatan kita, aku cuma nak ucap terima kasih sajalah kerana masih bimbangkan kami. Tapi tali pinggang keselamatan bukanlah satu alternatif untuk kita selamat bukan?

Masa sekolah dulu tak kan kamu tak pernah jawab soalan karangan yang bertajuk bagaimana mengurangi keselamatan jalan raya? Masa itu aku bagi 6 isi tapi tak ada pula isu memakai tali pinggang keselamatan belakang aku masukkan.

Aku rasa semua itu atas diri kita. Kalau masih sayang nyawa lain kali janganlah bawa laju-laju. Ini tak, lepas kemalangan baru nak menyesal. Aku cakap kat semua, bukan sebahagian. Kalau sebahagian je dengar cakap aku manakala sebahagian lagi tak dengar cakap aku nanti tak guna juga. Sampai bila-bila pun orang akan kemalangan aku rasa, tak kisahlah naik unta ke, naik kereta lembu ke, naik basikal ke atau naik kapa terbang pun.

Kalau undang-undang pemakaian tali pinggang keselamatan belakang tak menjadi juga aku syorkan setiap 100 meter jalan raya dibina bonggol, baru menangis kamu semua.

Macam-macam ragam orang kita bukan? Meriah betul tinggal kat Malaysia. Banyak lagi aku nak cakap ni tapi mereka dengar ke?

Hmm...